Indeks nilai seunit eksport Malaysia susut pada Disember 2023

Indeks nilai seunit eksport Malaysia susut pada Disember 2023

Mohd Uzir Mahidin. Foto Bernama

Mohd Uzir Mahidin. Foto Bernama

INDEKS nilai seunit eksport Malaysia susut 0.9 peratus kepada 148.0 mata pada Disember 2023 berbanding 149.3 mata dalam bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat.

Indeks nilai seunit import turun 1.0 peratus kepada 129.6 mata daripada 130.9 mata manakala terma perdagangan Malaysia sebaliknya meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 114.6 mata.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan indeks nilai seunit eksport pada Disember 2023 berbanding bulan sebelumnya adalah disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (-3.6 peratus), minyak galian (-2.4 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (-0.5 peratus).

“Pada masa sama, indeks volum eksport susut 1.8 peratus selaras dengan penyusutan indeks minyak galian (-14.8 peratus), makanan (-8.0 peratus) dan bahan kimia (-3.9 peratus),” katanya dalam kenyataan Indeks Perdagangan Luar Negara Malaysia Disember 2023.

Sumber