IHH Healthcare lancar kempen kesihatan demi kesejahteraan keluarga

IHH Healthcare lancar kempen kesihatan demi kesejahteraan keluarga

Pasukan dari Gleneagles Hospital bersama pakar sakit puan, Dr Somaskandar S (tengah).

Pasukan dari Gleneagles Hospital bersama pakar sakit puan, Dr Somaskandar S (tengah).

IHH Healthcare Malaysia dengan rangkaian 16 hospitalnya yang terdiri Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court di seluruh negara kini mempromosikan kempen ‘Perjalanan Luar Biasa Demi Kesihatan dan Kesejahteraan’ (Extraordinary Journey to Health and Wellness).

Kempen yang dilancarkan pada 18 November lalu bertujuan untuk menyebar luas maklumat kesihatan dan perkhidmatan yang disediakan khusus untuk wanita bagi memastikan tahap kesihatan yang unggul sekali gus membawa kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.

IHH Healthcare berkata, dengan ketibaan tahun naga bagi kalender masyarakat Cina tahun depan yang membawa semangat kekuatan, kesihatan serta memberikan nasib yang baik, pastinya banyak pasangan suami isteri bercadang untuk memperoleh zuriat yang akan menyerikan hidup mereka.

Menurutnya, melalui kempen dan jelajah yang diadakan di beberapa lokasi terpilih, orang ramai berpeluang mendapat konsultasi dan kaunseling terus daripada pakar perubatan berkaitan penjagaan kesihatan yang komprehensif untuk kehamilan, bersalin dan panduan penjagaan bayi serta kanak-kanak.

Sumber