IFTAR RAMADHAN DI RESTORAN WESTPLATE FACTORY

IFTAR RAMADHAN DI RESTORAN WESTPLATE FACTORY

Bertemakan Masakan Barat dan Tradisional, tahun ini merupakan tahun kedua Restoran Westplate Factory mengadakan Buffet Ramadhan sempena sambutan bulan Ramadhan.

Bertempat di 100, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam Selangor

Menyajikan hampir 30 jenis masakan. Antara sajian yang disediakan ialah Ayam masak lemak cili api, Ayam masak merah, Ayam masak rendang, Ayam masak kari, Daging Dendeng, Ayam Goreng Berempah, Roti John Daging, Roti John Ayam.

Masakan barat juga turut disajikan, seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Steak, Spaghetti Carbonara, Oglio Olio Spaghetti, French Fries, Mushroom Soup dam wedges.

Kuih-muih seperti kuih lompang, kuih lapis, talam jagung dan talam gula melaka serta pencuci mulut seperti bubur kacang hijau, bubur kacang hitam, kek coklat, butter mable dan kurma juga turut dihidangkan.

Harga promosi yang ditawarkan dari 1 Mac 2022 hingga 1 April 2022 hanya serendah RM49.90 untuk dewasa dan RM20.90 untuk kanak-kanak.

Bermula 2 April 2022 akan bermulanya harga biasa, RM59.90 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak (kanak-kanak berumur 5-10 tahun)

Kemudahan seperti ruang solat, ruang parkir yang luas, dewan berhawa dingin untuk sebarang acara dan pelbagai pakej menarik untuk pelanggan.

Tempahan boleh dibuat terus melalui pesanan whatsapp ke 014 671 2043, 019 367 4796, 011 5888 1916 atau 013 488 2286. Boleh juga singgah ke laman media sosial Facebook dan Instagram di westplatefactory.