HUAWEI lancar P60 Pro, beri pengalaman mengagumkan pada pengguna

HUAWEI lancar P60 Pro, beri pengalaman mengagumkan pada pengguna

PENERAJU telefon pintar, HUAWEI Malaysia pada Khamis secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu HUAWEI P60 Pro dan beberapa produk yang lain.

Melalui reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi yang luar biasa, P60 Pro menjanjikan untuk memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada penggunanya.

HUAWEI P60 Pro disediakan dengan dua warna iaitu Rococo Pearl dan Hitam merupakan telefon pintar yang menawarkan fotografi ke satu tahap lain, reka bentuk estetik dan pengembaraan baharu kepada semua pengguna.

Telefon pintar yang bermula dengan harga RM4,699 tersebut mempunyai sistem optik yang dinaik taraf sepenuhnya dan merupakan yang pertama dalam industri dilengkapi dengan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan Kumpulan Berbilang Lensa.

Pengurus Kanan Pemasaran HUAWEI, Felicia Choong berkata, HUAWEI P60 Pro yang berpaksikan pada seni cahaya selain memperkenalkan kepada era baharu pengimejan mudah alih.

Felicia Choong ketika pelancaran HUAWEI P60 Pro pada Khamis.

Felicia Choong ketika pelancaran HUAWEI P60 Pro pada Khamis.

“HUAWEI P60 Pro menggunakan Paparan Quad-Curve Baharu dengan Kaca Kunlun eksklusif yang tahan lama. Sisi sedikit melengkung manakala empat tepi skrin lebih bulat menjadikan penglihatan skrin tidak terbatas dan mencapai paparan yang lebih mendalam.

“Berat HUAWEI P60 Pro hanya 200 gram. Pengguna boleh menikmatinya dengan cengkaman dan sentuhan yang lebih selesa.

“Selain itu, kadar penyegaran tinggi penyesuaian 1-120Hz LTPO membantu mencapai keseimbangan sempurna antara kelancaran visual dan pengoptimuman penggunaan bateri,” katanya pada Khamis.

Tambahnya, sistem optik yang direka bentuk semula dengan Kamera Utama Pencahayaan Ultra akan menghasilkan fotografi yang terang, memaparkan butiran sepenuhnya meskipun dalam gelap.

Selain itu, menurut beliau, HUAWEI P60 Pro turut memperkenalkan Long Travel Slide Zoom Lens Group yang boleh mengawal jarak pemfokusan secara fleksibel dan mencapai pengimejan yang jelas daripada fotografi jarak jauh hingga makro dekat.

Dalam masa sama katanya, peranti itu terdiri daripada bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh dan menggunakan HUAWEI SuperCharge berwayar 88 wat (W).

Dari kiri, Pengurus Kanan Pemasaran APAC HUAWEI, Tan Ling Yung; Pengarah HUAWEI Malaysia, Victor Xu Jin Long dan Felicia semasa pelancaran HUAWEI P60 Pro dan lima produk yang lain.

Dari kiri, Pengurus Kanan Pemasaran APAC HUAWEI, Tan Ling Yung; Pengarah HUAWEI Malaysia, Victor Xu Jin Long dan Felicia semasa pelancaran HUAWEI P60 Pro dan lima produk yang lain.

Tambahnya, ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dan pengecasan tanpa wayar terbalik 7.5W yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“HUAWEI P60 Pro boleh dicas kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja,” ujarnya.

Jelas beliau, HUAWEI P60 Pro kini sedia untuk prapesanan di semua kedai, web rasmi, Shopee, Lazada dan kedai rakan kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

Selain itu, HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan produk lain seperti HUAWEI Mate X3 dengan harga permulaan RM8,888, HUAWEI Watch Ultimate (RM3,799), HUAWEI Watch Buds (RM2,199), HUAWEI FreeBuds 5 (RM699) dan HUAWEI Metapad 11 inci 2023 berharga RM1,999.

Sumber