HIBURAN BERTERUSAN DENGAN LEBIH PENJIMATAN SEMASA 12.12

HIBURAN BERTERUSAN DENGAN LEBIH PENJIMATAN SEMASA 12.12

TV3 dan Lazada Malaysia telah berkolaborasi menerusi program Shoppertainment, “LAZADA CHIEF DISCOUNT OFFICER” yang akan memberikan penonton menikmati tawaran yang paling hebat pada 11 Disember 2020 (Jumaat) secara siaran langsung di TV3 dan YouTube TV3 Malaysia (pukul 9.02 malam hingga 10.00 malam) dan strim secara langsung di aplikasi Lazada dari pukul 9.02 malam hingga 11.00 malam. 

Bersempena dengan musim cuti dan sambutan Tahun Baharu, Lazada Malaysia akan mensubsidi pembelian pelanggannya dengan memberikan jaminan harga terendah* yang terbesar di dalam industri, dan membantu komuniti tempatan dengan inisiatif CSR menerusi platform bantuan digitalnya semasa Jualan Besar Akhir Tahun Lazada 12.12.

Para pembeli akan mendapat keriangan berganda apabila membuat pembelian menerusi tawaran ‘Beli 1, Dapat 2’ 12.12 Bersubsidi oleh Lazada dengan diskaun sehingga 90%, dan jaminan pulangan wang 12 kali ganda* Lazada yang ditawarkan kepada para pembeli bagi memastikan mereka HANYA mendapat tawaran terbaik dan terendah ketika membeli-belah di Lazada. LazadaForGood, platform sumbangan digital Lazada juga memberi peluang kepada para pengguna untuk berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama-sama dengan 8 NGO. Apa yang pasti, kemeriahan musim cuti dan Tahun Baru kini semakin dirasai di Lazada.

Senarai jenama yang menyertai rancangan ini dan menampilkan tawaran terhebat masing-masing termasuklah Carlo Rino, Senheng, L’oreal, Dr. Cardin dan Universal Traveller. Nantikan pelbagai tawaran menarik dan jangan ketinggalan untuk mengumpul baucer dalam aplikasi Lazada.

Jaminan pulangan wang 11 kali ganda Lazada mula diperkenalkan semasa jualan 11.11 baru-baru ini, dan akan diteruskan semasa 12.12 dengan peningkatan jaminan pulangan wang 12 kali ganda*, bagi memastikan bahawa pengguna bukan sahaja mendapat tawaran terbaik dengan jaminan harga terendah pada musim perayaan ini. Dengan lebih 3 juta produk kempen 12.12 daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan serta diskaun sehingga 90%, para pelanggan mempunyai banyak pilihan dengan harga yang tiada tandingan di dalam platform berkenaan pada Disember ini.