Harga permintaan rumah kekal berdaya tahan sepanjang tempoh PKP

Harga permintaan rumah kekal berdaya tahan sepanjang tempoh PKP

Kuala Lumpur, 4 Ogos – Pemilik dan para penjual hartanah tetap teguh dalam menghadapi wabak COVID-19, dengan PropertyGuru Malaysia Property Market Index meningkat kepada 89.80 mata pada Q2 2020, menunjukkan eskalasi daripada 89.46 mata yang dicatatkan dalam suku pertama.

Pertumbuhan ini didorong oleh kenaikan harga permintaan sebanyak 1.05% di Selangor, bantu meningkatkan prestasi lebih lemah yang dapat diperhatikan di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur, dengan minat yang semakin bertambah banyak di pasaran lain seperti Perak ketika tren desentralisasi memuncak. Walaupun indeks penawaran rumah merosot sebanyak 3.60%, ini adalah peningkatan besar berbanding penurunan sebanyak 10.47% pada Q1 2020. Rakyat Malaysia juga menamakan portal hartanah sebagai sumber maklumat yang lebih dipercayai dalam memulakan perjalanan pemilikan rumah mereka semasa wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan berikutan wabak berkenaan, dengan media sosial dan laman web pemaju rumah menjadi pilihan popular di kalangan rakyat juga.

Kenaikan dan keturunan di pasaran hartanah

“Kami telah melihat indeks harga Selangor meningkat daripada 93.20 mata pada Q1 2020 kepada 94.18 mata pada suku kedua. Ini, ditambah dengan penurunan Kuala Lumpur sebanyak 1.28% dari 96.62 mata menjadi 95.38 mata dalam tempoh yang sama, menunjukkan penyebaran minat dari kawasan bandar ke pinggir bandar dan bandar-bandar satelit,” kata Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia.

Para pemaju telah memanfaatkan tren ini melalui pelbagai inisiatif dan insentif digital, yang kebanyakannya dikaitkan dengan projek-projek di Selangor, mendorong minat terhadap hartanah di sana walaupun kesan COVID-19 di negeri itu masih kelihatan. Tatkala kesan wabak berkumandang di seluruh pasaran, PropertyGuru juga menyaksikan kenaikan 8.7% dalam bilangan pertanyaan hartanah di Perak, khususnya Ipoh dan Taiping.

Pertumbuhan Selangor memaparkan angka yang lemah bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di Pulau Pinang dan Johor juga, menyaksikan harga permintaan masing-masing merosot sedikit sebanyak 0.17% dan 0.61%. Walaupun terdapat unjuran bahawa penurunan harga hartanah akan menimpa kerana sentimen dan sekatan industri yang lemah berikutan wabak COVID-19, namun penyatuan sisi di pasaran-pasaran utama masih berlaku.

“Harga rumah kekal berdaya tahan di sini mencerminkan situasi di pasaran serantau, dengan penjual rumah kurang gembira dengan penurunan harga, terutamanya urusan jual-beli yang melibatkan rumah lelong. Namun, fenomena ini mendatangkan kesan terhadap transaksi hartanah juga, para pembeli memilih untuk tidak meneruskan pembelian pada masa ini kerana mereka menjangka harga rumah akan menjunam lagi di masa depan,” kata Fernandez.

“Faktor-faktor utama yang menyebakkan penurunan harga semacam ini adalah kenaikan kadar pengangguran dan unjuran pengurangan KDNK, di mana kedua-dua faktor ini pernah dikaitkan dengan pergerakan harga hartanah pada masa lalu. Dengan kemelesetan 1997/8 dan wabak virus Nipah sebagai senario terburuk, kami memproyeksikan had 10% pada impak harga – dengan potongan harga di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diperkenalkan semula mendorong perubahan segera di sini.”

Pergerakan penawaran: pembetulan pasaran di Johor

Walaupun aktiviti ekonomi telah disambung semula pada bulan Jun, indeks penawaran padaQ2 2020 masih menurun secara keseluruhan, walaupun penguncupan ini lebih kecil daripada suku sebelumnya. Tahun ke tahun, penurunan penawaran sebanyak 1.98% pada Q2 2020 tahun ini berbeza dengan pertumbuhan tahun ke tahun yang konsisten sejak Q4 2017.

Kadar penguncupan yang menurun ini jelas kelihatan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Selangor adalah satu-satunya pasaran yang menunjukkan pertumbuhan penawaran tahun ke tahun pada Q2 2020, dengan indeks penawarannya meningkat sebanyak 5.12% berbanding dengan suku yang sama tahun lalu.

Sebaliknya, Johor adalah satu-satunya pasaran di mana kadar penguncupan penawaranmeningkat dari suku ke suku, dari 8.09% pada Q1 2020 menjadi 9.18% pada suku kedua. Penurunan ini mencerminkan pembetulan pasaran yang berskala besar di bahagian selatan Malaysia, yang secara tradisionalnya bergantung pada pelaburan asing untuk menjana pertumbuhan.

Fernandez berkata: “Ketegangan perdagangan global dan juga wabak COVID-19 telah mempengaruhi selera pelabur antarabangsa, seperti yang dilihat pada pergerakan harga dan pergerakan penawaran baru-baru ini di Johor. Ini menempatkan Johor pada satu posisi yang lebih bagus untuk memenuhi permintaan domestik, dan sebenarnya ia juga lokasi ketiga tertinggi untuk pencarian dan pertanyaan hartanah di Malaysia sekarang menurut data PropertyGuru.”

Sementara itu, penggunaan platform dalam talian telah meningkat dengan ketara dalam tempoh PKP, dengan 75% rakyat Malaysia memilih portal hartanah sebagai titik permulaan yang lebih disukai untuk perjalanan pemilikan rumah mereka, menurut PropertyGuru Malaysia Consumer Sentiment Study H2 2020.

“Tren ini mencerminkan peralihan dalam skala yang lebih besar ke alatan digital setelah wabak COVID-19 tercetus. Dalam peranannya sebagai laman web hartanah terbesar di Malaysia dengan pilihan rumah yang paling banyak, PropertyGuru sedang memenuhi permintaan ini menggunakan lebih daripada 450,000 listing rumah dan penekanan pada lawatan maya dan inisiatif maya lain,” beginilah yang dikatakan oleh Fernandez.

Lebih banyak pengguna sedang beralih ke media sosial juga, daripada 64% pada H1 2020kepada 66% pada H2 2020. Laman web pemaju adalah sumber maklumat hartanah yang ketiga paling popular, meningkat dari 57% menjadi 62% dalam tempoh yang sama.