Hamad Kama Piah dilantik Pengerusi Mara Corp

Hamad Kama Piah dilantik Pengerusi Mara Corp

Ahmad Zahid (kanan) bersama Hamad Kama Piah.

Ahmad Zahid (kanan) bersama Hamad Kama Piah.

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dilantik sebagai Pengerusi Mara Corporation (Mara Corp) yang baharu.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

“Mara Corp merupakan institusi di bawah Mara yang bertanggungjawab menguruskan anak-anak syarikat dalam sektor pelaburan dan pelbagai cabang perniagaan, salah satunya Pelaburan Mara Berhad.

“Dengan pengalaman luas Tan Sri Hamad Kama Piah dalam mengemudi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) seperti PNB dan beberapa syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia termasuk mempelopori beberapa skim pelaburan seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan lain-lain, diharapkan mampu melonjakkan prestasi pelaburan dan penjanaan perniagaan Mara Corp.

“Ini sekali gus mampu meningkatkan dana Mara bagi memperkasakan agenda pembangunan sosioekonomi Melayu-Bumiputera,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Asyraf Wajdi turut menegaskan, Mara tidak akan berkompromi dalam aspek tadbir urus dan tata kelola yang baik bagi memastikan tiada pembaziran, ketirisan serta salah laku yang menjejaskan integriti agensi berkenaan di masa hadapan.

Sumber