Gintell lancar S9 SuperChAiR – Sinar Harian

Gintell lancar S9 SuperChAiR – Sinar Harian

Amber (kiri), Chris Leong(dua dari kiri), Jalaluddin (kanan) berkongsi pengalaman menggunakan produk Gintell.

Amber (kiri), Chris Leong(dua dari kiri), Jalaluddin (kanan) berkongsi pengalaman menggunakan produk Gintell.

RANGKAIAN perniagaan dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia, Gintell telah melancarkan kerusi urut siri SuperChAiR terbaharu mereka, S9 SuperChAiR, baru-baru ini.

Gintell dalam satu kenyataan berkata, Gintell S9 SuperChAiR merupakan kerusi urut siri ‘S’ terbaharu yang dilengkapi dengan teknologi AI terkini, iaitu AI-Senses yang terdiri daripada ‘Voice Intelligence’ dan pengimbasan seluruh badan.

Menurut kenyataan itu, saiz dan jarak urutan di kaki boleh dilaraskan mengikut saiz dan bentuk badan pengguna.

“S9 SuperChAiR mempunyai enam teknik urutan unik dan 24 program auto.

“Ia juga merupakan kerusi urut 6D Dwi-Tangan pertama yang dibahagikan kepada dua iaitu protrusi sebanyak 15 sentimeter (cm) pada bahagian atas badan dan protrusi sebanyak 12 cm pada bahagian bawah badan yang membantu untuk urutan tisu secara mendalam,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jerayawara Gintell akan berlangsung bermula 24 Ogos sehingga 4 September 2022 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di IOI City Mall, Putrajaya.

Dari kiri, Amber, Chris, Cheh Yak dan Jalaluddin pada majlis pelancaran S9 SuperChAiR diadakan sempena pembukaan dan perasmian Fasa 2, IOI City Mall Putrajaya pada 25 Ogos lalu.

Dari kiri, Amber, Chris, Cheh Yak dan Jalaluddin pada majlis pelancaran S9 SuperChAiR diadakan sempena pembukaan dan perasmian Fasa 2, IOI City Mall Putrajaya pada 25 Ogos lalu.

Produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian, basikal aero dan mesin urut mudah alih.

Pelancaran S9 SuperChAiR diadakan sempena pembukaan dan perasmian Fasa 2, IOI City Mall Putrajaya pada 25 Ogos lalu.

Tetamu yang hadir adalah Pengarah Pengurusan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak, duta Gintell, Amber Chia, Datuk Seri Master Chris Leong, dan Datuk Jalaluddin Hassan.


Sumber