Gegak gempita AOS 2019

Gegak gempita AOS 2019

Acara pameran motosikal, kereta kustom unik setanding penganjuran peringkat antarabangsa

SEJAK dianjurkan lapan tahun lalu, Art of Speed (AOS 2019) semakin matang dari tahun ke tahun. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, acara tersebut kini mampu setanding dengan pentas anjuran antarabangsa.

Mana tidaknya, itenari AOS 2019 yang mengetengahkan bakat dalam aktiviti seni binaan khas (kustom) untuk jentera dua dan empat roda itu bukan sahaja menarik perhatian peminat dalam Malaysia, malah dari luar negara.

MEMPAMERKAN seni kostum tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai.

MEMPAMERKAN seni kostum tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai.

Seperti edisi sebelumnya, AOS 2019 yang berlangsung meriah selama dua hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor pada hujung minggu lalu padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung.

Kolaborasi

Trademark AOS nampaknya masih lagi kekal dengan mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai unik dan ‘disolek’ cantik.

Memeriahkan acara, restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah antara yang menarik perhatian ribuan pengunjung.

AOS 2019 mengetengahkan bakat tempatan dalam aktiviti seni binaan khas untuk jentera dua dan empat roda.

AOS 2019 mengetengahkan bakat tempatan dalam aktiviti seni binaan khas untuk jentera dua dan empat roda.

Pengasas Art Of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar berkata, pihaknya sukar untuk menafikan bahawa penganjuran kali ini adalah pengelolaan yang paling terbaik apabila turut mengetengahkan kepelbagaian dan seni ‘kerumitan’ kenderaan.

Malah menurutnya, pihaknya juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur dalam kalangan pengunjung.

ASEP

ASEP

“Lebih 55,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat berjaya direkodkan. Antara sorotan khas di AOS adalah kolaborasi Hot Wheels dan Krome Bandits edisi khas terhad daripada Petronas.

“Hausboom dengan kerjasama Hot Wheels mempamerkan kereta rasmi berskala 1:1 New Beetle Gen pertama sebagai hadiah yang diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah di acara AOS 2019.

“Kolaborasi itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia. Hadiah kereta tersebut dimenangi oleh pemenang bertuah, Eric Lim dari Kuala Lumpur. Tahniah kepada pemenang,” katanya.

SALAH satu jentera dua roda yang dipamerkan.

SALAH satu jentera dua roda yang dipamerkan.

Art of Speed Invitational Car Build Off 2019 tahun ini dikuasakan oleh Petronas, menyaksikan tujuh pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) dan wang tunai RM5,000 (pilihan awam).

Keputusan daripada pihak juri memihak kepada The Classic Garage dari Johor Bahru, Johor dan pilihan awam ialah Carazee Artwork dari Klang, Selangor.

Padat

Antara aktiviti memukau lain pada acara tersebut ialah pameran Vans yang bertemakan Black Rainbows yang memberi penghormatan kepada kasut ‘Era’ dan juga klinik papan selaju, Hail Vintage dan NoEqual NEAT Fest.

Antara perubahan besar ketara yang telah dibuat oleh penganjur acara AOS 2019 ialah Konsert Sound Circus yang dipindahkan ke kawasan luar yang lapang untuk memenuhi permintaan peminat muzik yang semakin meningkat angkanya.

AOS 2019 padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas untuk para pengunjung.

AOS 2019 padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas untuk para pengunjung.

Barisan artis Sound Circus menampilkan Hujan untuk persembahan utama dengan barisan kumpulan muzik lain seperti Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow dan banyak lagi.

Melengkapkan pertunjukan ialah hadiah cabutan bertuah. Pemenang bertuah yang diumumkan di pentas utama ialah Tham Wei Ping dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

HADIAH yang ditawarkan untuk cabutan bertuah berupa sebuah Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa.

HADIAH yang ditawarkan untuk cabutan bertuah berupa sebuah Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa.

Beliau berjaya membawa pulang satu unit Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa dihasilkan oleh FNG Works.

Sementara pemenang kategori motosikal dan kereta Best of Show berjaya memenangi pakej percutian dan berpeluang hadir pada acara 28th Annual Mooneyes Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Senarai pemenang AOS2019:

1. Best Of Mega Car & Motorcycle Club Gathering – OSBMX

2. Best Marketplace – Black Rainbows by House Of Vans

3. Best Display Motorcycle – Nodie Cycles

4. Best Display Car – BWB

Best Of Show Automobile-Faroib Autosport, Skyline KGC10, Hakosuka 1971 (Malaysia)

Best Of Show Motorcycle

-Mohd Nasir Morni, Honda EX5, 1995 (Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *