Forum remaja kelainan Malaysia #QuranHour di Kelantan

Forum remaja kelainan Malaysia #QuranHour di Kelantan

Malaysia #QuranHour di Kelanta akan menampilkan kelainan apabila Rumah Ngaji Kelantan menganjurkan forum remaja khas sejurus selepas majlis bacaan al-Quran dan tadabbur pada Rabu ini.

Malaysia #QuranHour di Kelanta akan menampilkan kelainan apabila Rumah Ngaji Kelantan menganjurkan forum remaja khas sejurus selepas majlis bacaan al-Quran dan tadabbur pada Rabu ini.

KOTA BHARU – Malaysia #QuranHour di negeri ini akan menampilkan kelainan apabila Rumah Ngaji Kelantan menganjurkan forum remaja khas sejurus selepas majlis bacaan al-Quran dan tadabbur pada Rabu ini.

Forum yang akan berlangsung selepas solat Zohor itu akan bertempat di lokasi yang sama dengan Malaysia #QuranHour iaitu di Masjid Muhammadi sehari sebelum negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-66 tahun.

Pengerusinya, Datuk Adnan Hashim berkata, ia bertepatan dengan tema kali ini ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

“Saya berharap anak-anak muda tidak melepaskan peluang ini yang dilihat mampu menyuntik motivasi, semangat serta hala tuju sebagai pelapis pemimpin.

Adnan

Adnan

“Malaysia #QuranHour kali ini adalah khas untuk meraikan, mendekati serta menyantuni golongan muda,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurut beliau, forum itu akan dipengerusikan oleh Mohamad Haniff Mustaffa, Mohd Afiq Syawan (moderator), serta empat panel iaitu Nur Nabihah Asyikin Pauzi, Ismer Jibril, Imam II Masjid Muhammadi, Nik Mohd Afif Azhan Nik Mohd Naidi dan Mohd Syakirin Yuslan.

Ujarnya, mereka semua adalah anak-anak muda yang mempunyai pengalaman luar biasa dalam bidang masing-masing.

Adnan memberitahu, selain menghayati bacaan dan tadabbur tiga surah pilihan iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr, peserta yang hadir juga akan mendapat ilmu lain.

“Selain itu sepanjang perjalanan program Malaysia #QuranHour ini turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua yang hadir,” katanya.

Sumber