Ford Ranger generasi baharu dilancarkan

Ford Ranger generasi baharu dilancarkan

FORD Motor Company (Ford) bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pada Jumaat membawakan Ford Ranger generasi baharu pada pelancaran rasmi model tersebut untuk pasaran tempatan.

Model Ranger generasi baharu di Malaysia merangkumi tujuh varian berbeza, termasuk XL, XLT, XLT Plus dan WildTrak manakala Ranger Raptor berprestasi tinggi akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Presiden Pasaran Pengedar ASEAN dan Asia Pacifik Ford, Yukontorn Vickie Wisadkosin berkata, Ranger model generasi baharu itu menawarkan trak pikap idaman pelanggan untuk tujuan kerja, keluarga dan riadah.

Menurutnya, sempena ketibaan Ford Ranger generasi terbaharu itu, SDAC juga memperkenalkan beberapa perkhidmatan lepas jualan terkini yang akan memberikan pengalaman lebih baik buat pemiliknya.

“Ranger sentiasa menjadi rakan yang selalu boleh diharapkan untuk peniaga kecil, keluarga, peminat kembara, kegunaan komersial dan banyak lagi di lebih 180 pasaran seluruh dunia.

“Dengan ciri terkehadapan baharu yang menawarkan lebih kebolehan dan kepelbagaian ciri, kami percaya Ranger generasi baharu akan terus membawa revolusi dalam segmen trak pikap dan mempertingkatkan lagi daya tarikannya yang sedia hebat dalam pasaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion-Ford, Turse Zuhair berkata, corak penggunaan trak pikap yang lebih daripada sekadar untuk kerja memang telah berkembang di Malaysia, terutama dalam golongan berpendapatan tinggi.

Yukontorn Vickie Wisadkosin (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Ford Ranger generasi baharu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Yukontorn Vickie Wisadkosin (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Ford Ranger generasi baharu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Mereka sebelumnya lebih memilih menggunakan SUV, tetapi kini semakin cenderung terhadap Ranger, terutama WildTrak, disebabkan kebolehannya untuk tujuan kerja, teknologi terbaru dan ruang dalaman seakan kereta premium.


“Kami yakin generasi baharu akan memenuhi keperluan dan kemahuan khalayak yang lebih luas sebagai kenderaan serba boleh untuk kerja, keluarga dan riadah,” katanya.

Ranger generasi baharu tampil dengan penuh berani. Jurutera dan pereka Ford mencipta reka bentuk luaran Ford Ranger generasi baharu yang berani dan tegap serta ruang dalaman yang bergaya, memikat dan berteknologi tinggi.

Ia juga memiliki teknologi baharu yang pertama dalam segmen termasuk ‘evasive steer assist’, ‘reverse brake assist’,‘cross traffic alert’ dan ‘adaptive cruise control’ dengan ‘stop-and-go’.

Ranger generasi baharu memanfaatkan enjin Bi-Turbo Ford yang telah terbukti prestasinya dengan tork 500Nm dan 210 PS.

Yukontorn Vickie Wisadkosin (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Ford Ranger generasi baharu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Yukontorn Vickie Wisadkosin (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Ford Ranger generasi baharu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Casis dan sistem suspensi yang ditambah baik untuk menjamin pengendalian dan pemanduan lebih berkesan oleh pemilik Ranger Generasi baharu. Ruang kargo juga ditingkatkan untuk menawarkan capaian dan fungsi yang lebih baik.

Ranger generasi baharu membawakan pengalaman pemilikan yang lebih baik, termasuk jaminan lima tahun dan tawaran perkhidmatan lepas jualan serta perkhidmatan ekspres yang baharu.

Ranger generasi baharu menyediakan pilihan dua warna yang memikat iaitu Sedona Orange dan Luxe Yellow untuk Wildtrak selain warna sedia ada iaitu Arctic White, Meteor Grey, Aluminium Metallic, Lightning Blue dan Absolute Black (bergantung kepada varian).

Harga Ranger generasi baharu akan bermula RM108,888 (atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan).

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber