FlyScoot tambah penerbangan beri manfaat kepada Malaysia

FlyScoot tambah penerbangan beri manfaat kepada Malaysia

INISIATIF syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, FlyScoot menghubungkan negara itu ke lebih banyak bandar di Malaysia, bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor pelancongan tetapi juga rakyat yang bekerja di Singapura.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif FlyScoot, Leslie Thng dan pasukannya pada Sabtu bagi membincangkan mengenai rancangan penambahan kawasan penerbangan tersebut.

“Kami amat mengalu-alukan inisiatif syarikat penerbangan berkenaan,” katanya di Facebook.

Dalam masa sama, Anthony turut mencadangkan kepada FlyScoot berkenaan keperluan bagi menempatkan lebih banyak penerbangan di laluan sedia ada termasuk Singapura ke Ipoh.

“Selain itu, ke Pulau Pinang, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ketika musim perayaan.

“Ia bagi memastikan perjalanan mampu milik dan berterima kasih kepada Leslie atas maklum balas positif (cadang itu),” ujarnya.

Sumber