FAIZAL TAHIR DENGAN “OK” KELUARAN SINGLE TERBAHARUNYA SELEPAS DAH “SANTAI”

FAIZAL TAHIR DENGAN “OK” KELUARAN SINGLE TERBAHARUNYA SELEPAS DAH “SANTAI”

FAIZAL TAHIR “OK” JE

Pada 11 Ogos 2023 lalu, artis terkenal tanah air Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir, 45 telah meluncurkan single terbarunya yang berjudul “OK” keluaran Faithful Music.

Belia terus menunjukkan kredibalitinya sebagai seorang anak seni yang dahagakan kejayaan meskipun telah dianugerahkan dengan pelbagai penghargaan. Beliau yang bukan sahaja menelusuri bidang nyanyian, ia juga terlibat dalam penulisan lirik dan komposer lagu.

Dengan penghasilan karya terbaru gandingan Bersama Ezra Kong, lagu “OK” ini disiratkan dengan pelbagai maksud dalam yang bakal menjadi fenomena tersendiri dan keunikan yang bakal membuat para peminat dan pendengar terpikat.

Menurut Faizal dan Ezra penciptaan lagu OK bertujuan memupuk semangat dan motivasi di dalam jiwa pendengar agar sentiasa bersemangat dan tidak mudah beputus asa dalam melanjutkan perjuangan hidup.

“Dunia ini penuh cabaran ditambah lagi ramai yang cuba menjatuhkan dan menyakiti kita menggunakan kata-kata. Namun tidak perlu kita terbawa emosi untuk membalas. Boleh jawab ‘no comment’ saja.

FAIZAL TAHIR

“Dalam masa sama, kekal tabah dan teruskan pencarian seperti seorang pendekar berdisiplin yang tak henti-henti memperbaiki dan memperkasakan dirinya,” kata Ezra Kong.

Keunikan single terbaru ini dapat direalisasikan dengan mengimpikasikan beberapa mesej terisrat serta elemen tradisional dikir barat.

Menurut Faizal Tahir, buat masa ini beliau tidak memikirkan lagi pengeluaran single terbaharu yang lain namun sekiranya ada itu pasti adalah olahan kreativati penciptaan lagu yang belum pernah beliau buat.

Tambahannya juga, beliau ingin terus memartabatkan elemen muzik tradisional atau Nusantara di dalam penghasilan lagu terbaharunya pada masa akan datang.

ALBUM SINGLE “OK” FAIZAL TAHIR

Dalam perkembangan lain, Faizal bakal menjayakan konsert solo pertamanya “Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur” yang dibawakan oleh Allianz Malaysia Berhad, pada 2 September ini di Dewan Merdeka, World Trade Centre pukul 8.30 malam.

Dengarkan single terbaru Faizal Tahir “OK” di platform Youtube :

https://www.youtube.com/watch?v=5aO_wf1RL6I&ab_channel=FaizalTahir

Atau di plaform muzik digital :

https://faithful.lnk.to/OKFT