EnrichMoney mudahkan perbelanjaan tanpa tunai di luar negara

EnrichMoney mudahkan perbelanjaan tanpa tunai di luar negara

APLIKASI e-dompet EnrichMoney yang dilancarkan Mac lalu memudahkan pengembara mengurus perbelanjaan di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Penyelesaian Kesetiaan dan Perjalanan Malaysia Aviation Group, Philip See berkata, e-dompet berbilang mata wang dan kad prabayar Visa membolehkan pemegang kad ini membuat membeli mata wang dunia dan menebus mata bagi mendapatkan pulangan tunai.

Menurutnya, EnrichMoney dikuasakan oleh Merchantrade dan boleh digunakan ke 430,000 peniaga Visa di Malaysia and 80 juta pedagang Visa di seluruh dunia.

“EnrichMoney adalah penyelesaian perjalanan yang sempurna untuk mereka yang melancong sama ada untuk perniagaan, menghabiskan masa lapang atau pelajar yang tinggal di luar negara.

“Platform ini juga membolehkan ibu bapa menghantar dana dengan mudah ke e-dompet anak mereka, memastikan akses pantas kepada perbelanjaan yang diperlukan,” katanya selepas majlis pelancaran EnrichMoney di Hotel Grand Hyatt, di sini pada Isnin.

Philip (dua dari kiri) pada pelancaran EnrichMoney di Hotel Grand Hyatt di sini pada Isnin.

Philip (dua dari kiri) pada pelancaran EnrichMoney di Hotel Grand Hyatt di sini pada Isnin.

Beliau berkata, aplikasi ini telah merekodkan 10,000 muat turun menerusi App Store atau Google Play Store sejak diperkenal Mac lalu.

Ujar beliau, pemegang kad EnrichMoney berpeluang mempercepatkan status elit mereka dengan melakukan tambah nilai sehingga 31 Julai 2023 ini.

“Pemegang kad yang menambah nilai 40,000 mata akan layak mendapat status Enrich Silver, manakala mereka yang menambah nilai 80,000 mata akan diberikan dengan status Enrich Gold.

“Ini membolehkan pemegang kad mendapat akses dan faedah eksklusif apabila melancong dengan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan rakan kongsi,” katanya.

Bagi tempoh sama, Enrich kini memberikan 1,000 mata bonus Enrich dan akses kepada Golden Lounge secara percuma sebagai menarik pengguna baharu.

Selain itu, bagi menggalakkan perbelanjaan pula, 1,000 pemegang kad pertama yang melakukan transaksi minimum RM3,000 akan menerima MHGiftcard bernilai RM50.

Tiga pelanggan yang berbelanja paling banyak pula akan memenangi 50,000 mata bonus Enrich, bersamaan dengan tiket pergi balik ke Jepun atau Australia yang mana tawaran itu sah sehingga 31 Julai 2023.

Sumber