Ejen2u Platform Pengurusan Ejen Yang Komprehensif Di Pasaran

Ejen2u Platform Pengurusan Ejen Yang Komprehensif Di Pasaran

Apa itu Ejen2u? Orang luar mesti nak tahu apa itu Ejen2u, apa kegunaannya, atau pertanyaan lain yang terlintas di fikiran semua. Pertama sekali, Ejen2u adalah satu platform yang dicipta untuk memudahkan pengasas-pengasas produk di luar sana. Ejen2u adalah satu sistem dimana pengasas-pengasas dapat memantau keadaan perniagaan meraka.

Dengan adanya Ejen2u ini, pengasas di luar sana tidak perlu lagi pening untuk menguruskan ejen-ejen mereka secara manual yang memakan masa yang lama dan tidak teratur. Pengasas dapat memantau prestasi ejen-ejen  mereka untuk mengetahui ejen yang mana paling tinggi hasil jualannya agar mudah untuk pengasas memberikan pengahargaan kepada ejen tersebut,

Selain itu, Ejen2u juga dapat menyediakan pangkalan data yang berkualiti untuk pengasas agar dapat menganalisis keadaan perniagaan mereka dengan cara yang paling komprehensif. Ia turut menyediakan laporan yang lengkap dan jelas agar pengasas dapat membuat keputusan perniagaan yang tepat berdasarkan laporan yang dibuat. Banyak jenama yang besar mempercayai Ejen2u ini termasuklah Kekasih milik The Melvins, Chocodap’s, Mouthgasm Crunchy dan lain-lain.

CEO Ejen2u, Encik Sheikh Ezaiddin

Penggunaan Ejen2u ini dapat meningkatkan lagi pengurusan ejen dan perniagaan secara yang sistematik tanpa memeningkan kepala untuk menyusun maklumat satu per satu. Tambahan pula, system aplikasi ini turut dapat memantau pesanan yang dibuat oleh pelanggan agar produk sampai selamat kepada pelanggan. Justeru, melalui aplikasi ini dapat melahirkan komunikasi yang berjaya antara pihak HQ, stokis, ejen, dan dropship agar tidak berlaku kecelaruan apabila menguruskan jualan produk.

Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Sheikh Ezaidin mengharapkan platform ini dapat membantu para pengasas produk dengan efektif tanpa perlu membazir masa dan tenaga untuk melakukannya secara manual. Hanya menggunakan kuasa hujung jari dan semuanya tersedia.

Untuk maklumat lanjut atau ingin melakukan demo boleh layari laman web https://ejen2u.com/.  Hubungi talian Hotline: +6011 1052 45000/ +6012 479 1165. Kunjungi juga aplikasi milik Ejen2u Instagram,Facebook,Twitter dan Youtube : @ejen2u.official.