D’Otai Boyz Hidang Rock Kapak Singapura dengan Lagu Terbaru ‘Permata Ku’

D’Otai Boyz Hidang Rock Kapak Singapura dengan Lagu Terbaru ‘Permata Ku’

Band D’OtaiBoyz ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat sahaja. Kini 2021, dapat meneruskan kembali band ini sebagai projek band dan bertukar nama ke D’OtaiBoyz. Mereka memilih nama itu untuk mengetengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) yang berentak “rock kapak” dan Boyz disebabkan nama vocalist kami iaitu Boy Botak.

Lagu terbaru mereka yang bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yang tertentu kemungkinan curang atau sakit. Ia terpulang kepada pendengar yang menilaikan.

Kumpulan dari Singapura, D’Otai Boyz membuktikan rock kapak Melayu masih terus berbisa di negara Temasek sana. Kesemua ahli yang terdiri daripada Boy Botak (vocal), Nazry (gitar), Dzoul (gitar), Khai (bass), Lee (drum) dan Man (keyboard). Semua mereka dari Singapura kecuali Dzoul dari Malaysia. Man pula juga merupakan keyboardis kumpulan Life Petal iaitu satu lagu kumpulan balada rockestra di sana,’

Antara band yang masih kental memainkan irama rock balada dan kapak, mereka giat membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan acara kemasyarakatan di Singapura sejak 2010-an. Mulai tahun 2021, mereka kembali bersemangat untuk aktif dan kini akan melancarkan single terbaru mereka berjudul ‘Permata Ku’.

Bagi projek yang akan datang, mereka dijangka akan membuat konsert mini virtual secara maya bersama beberapa aksi lain. Semoga kehadiran semula D’Otai Boyz akan terus menyemarakkan arena muzik tempatan di Malaysia dan Singapura. Lagu ‘Permata Ku’ boleh didapati di platform-platform digital lain seperti Spotify, Itunes, Joxx, KKBOX dan Deezer.