DBKL luluskan pembangunan Menara YNH

DBKL luluskan pembangunan Menara YNH

YNH pada Jumaat mengumumkan menerima kelulusan daripada DBKL berkenaan perintah pembangunan yang dipinda untuk projek Menara YNH.

YNH pada Jumaat mengumumkan menerima kelulusan daripada DBKL berkenaan perintah pembangunan yang dipinda untuk projek Menara YNH.

YNH Property Berhad (YNH) pada Jumaat mengumumkan bahawa syarikat berkenaan telah menerima kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan perintah pembangunan yang dipinda untuk projek Menara YNH perdananya.

YNH dalam kenyataan berkata, menara itu telah dikonseptualisasikan sebagai pembangunan bercampur terdiri daripada servis apartmen, hotel, pejabat kecil – rumah pejabat (SOHO), pejabat dan ruang runcit yang terletak secara strategik di daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan berkenaan, pembangunan tanah komersial pegangan bebas tersebut akan mengambil kawasan seluas kira-kira tiga ekar dan nilai pembangunan kasar projek itu dianggarkan berjumlah RM3 bilion.

Sementara itu, Pengerusi YNH, Datuk Dr Yu Kuan Chon memaklumkan kelulusan perintah pembangunan dan pelan bangunan yang dipinda untuk Menara YNH menandakan satu peristiwa penting bagi kumpulannya kerana mereka kini boleh memberi tumpuan kepada penjualan unit kediaman ke pasaran.

“Ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan sambil berusaha untuk meningkatkan nilai pemegang saham secara konsisten.

“Berada di kawasan ‘super prime’ di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, Menara YNH dibayangkan untuk menjadi mercu tanda utama di Kuala Lumpur dan dibina dengan mengutamakan inovasi dan kelestarian selain pemandangan yang tidak terganggu iaitu pencakar langit kota Kuala Lumpur yang cantik,” katanya.

Menurut Kuan Chon, kelulusan daripada DBKL adalah tepat pada masanya kerana YNH bercadang untuk menyelesaikan cadangan pelupusan Kiara 163 Retail Park dan AEON Seri Manjung tidak lama lagi.

Jelasnya, cadangan pelupusan itu akan menjana kemasukan wang tunai RM422.5 juta kepada kumpulan sekali gus mengukuhkan kunci kira-kira mereka.

Selain membolehkan kumpulan memperoleh pembiayaan masa depan yang diperlukan untuk memulakan pembangunan Menara YNH.

Sumber