Dagangan ringgit dijangka tidak menentu minggu depan

Dagangan ringgit dijangka tidak menentu minggu depan

RINGGIT dijangka diniagakan dalam dagangan berhati-hati minggu depan, berikutan pasaran bertumpu kepada data utama seperti data pekerjaan bukan ladang Amerika Syarikat (AS) (NFP) yang penting bagi menentukan prestasi gandingan ringgit-dolar AS.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dagangan ringgit dijangka berada dalam aliran tidak menentu minggu depan.

“Sekiranya NFP ternyata lebih baik daripada jangkaan, ringgit dijangka kekal lemah minggu depan, mungkin sekitar RM4.65 yang agak menghampiri paras rintangan segeranya pada RM4.6611,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pakar ekonomi menjangkakan pertambahan kira-kira 170,000 peluang pekerjaan.

Sumber