Cipta kelainan dalam Malaysia #QuranHour

Cipta kelainan dalam Malaysia #QuranHour

ALOR SETAR – Malaysia #QuranHour di Masjid Sultanah Bahiyah mencipta kelainan apabila memulakan slot solat tasbih, tadabbur dan bacaan surah Waqiah terlebih dahulu.

Urusetianya, Rosiah Ramli berkata, tidak seperti biasa, kelainan lain ialah apabila seramai 400 wanita mengambil bahagian dalam aktiviti kali ini, manakala lelaki seramai 20 orang.

Menurutnya, kekangan waktu tidak menghalang mereka memulakan slot berkenaan terlebih dahulu sebelum bermulanya bacaan surah Al-Khafi diketuai pelajar Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR), Amir Hakim Md Noor.

Peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, khusyuk membaca surah Al-Khaf.

Peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, khusyuk membaca surah Al-Khaf.

“Alhamdulilah, Malaysia #Quran Hour disertai peserta berusia antara 13 hingga 70 tahun itu berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai.

“Kita berharap dapat terus membudayakan amalan membaca al-Quran melalui aktiviti Malaysia #QuranHour yang turut diadakan bersempena Hari Kebangsaan ke-62 dan Awal Muharram itu,” katanya.

Rosiah Ramli

Rosiah Ramli

Menurutnya, beliau menyifatkan inisiatif mengadakan Malaysia #QuranHour merupakan usaha baik dalam membudayakan amalan itu di kalangan orang ramai.

“Jikalau boleh kita berharap program bacaan seumpama ini diadakan lebih kerap, sebagai contohnya pada setiap bulan demi memberi galakan kepada orang ramai,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar, guru teruja sertai Malaysia #QuranHour



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *