Celcom tawar 5G di kawasan terpilih mulai 1 November

Celcom tawar 5G di kawasan terpilih mulai 1 November

Celcom tawar perkhidmatan 5G bermula 1 November 2022.

Celcom tawar perkhidmatan 5G bermula 1 November 2022.

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) mengumumkan semua pelanggannya termasuk pelanggan Celcom Business yang mempunyai peranti berdaya 5G dan melanggan pelan pascabayar dan prabayar Celcom terpilih secara automatik boleh mengakses perkhidmatan rangkaian 5G di kawasan terpilih bermula 1 November 2022.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh pengenalan itu, Celcom mengetepikan yuran akses 5G untuk pelanggan menikmati kuota internet mereka sehingga 31 Disember 2022.

“Pelanggan Celcom dengan peranti berdaya 5G juga akan dapat menikmati pelbagai Kandungan Realiti Maya 5G serta perkhidmatan perayauan 5G di 14 negara.

“Celcom juga akan mengadakan pelbagai jerayawara dan acara di seluruh negara untuk memaparkan keupayaan perkhidmatan 5G,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelanggan bertuah yang melanggan pelan pascabayar Celcom terpilih akan menikmati 5G percuma seperti Celcom Mega Lightning 80, Celcom Mega Lightning 98, Celcom Mega Lightning 128, Celcom Mega Lightning 158, Celcom Mega Lightning 188, Celcom Xpax Postpaid 40 dan Celcom Xpax Postpaid 60.

“Turut menikmati akses 5G percuma ialah dalam kalangan pelanggan prabayar Celcom yang melanggan Celcom Xpax prepaid 35 (30 GB) dan Celcom Xpax prepaid 45 (40GB),” kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Idham Nawawi berkata, Celcom menyokong aspirasi digital negara dan menyampaikan perkhidmatan 5G kepada semua rakyat Malaysia.

“Dengan memanfaatkan liputan terluas Celcom, pelanggan kami akan menikmati perkhidmatan boleh dipercayai dengan prestasi rangkaian yang konsisten.

“Celcom akan terus bekerjasama secara berterusan dengan rakan kongsi teknologi tempatan dan antarabangsa ke arah pembangunan ekosistem 5G yang pelbagai di Malaysia untuk menawarkan penyelesaian 5G merentasi pelbagai industri,” katanya.

Sumber