Celcom perkenal Xpax ‘Mix & Match’

Celcom perkenal Xpax ‘Mix & Match’

SHAH ALAM – Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Celcom Xpax yang diperbaharui iaitu pelan prabayar ‘Mix & Match’ yang membolehkan pelanggan untuk mengubah suai pelan mengikut keperluan mereka.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, bermula dengan hanya RM20, pelanggan Celcom Xpax ‘Mix & Match’ akan mempunyai akses kepada pilihan keberkesanan yang berbeza, kuota data, internet berkelajuan tinggi, penstriman sosial serta aplikasi permainan seperti TikTok, Instagram, YouTube, Facebook, iQiyi, Viu, PUBG dan MLBB.

“Pelanggan hanya memerlukan data boleh mengubah suai pelan mereka dengan memilih Data Tanpa Had tanpa panggilan suara dengan hanya RM32 sebulan. Mereka juga boleh memilih nilai tambah atau ‘add-ons’ daripada RM3 dengan 20GB internet berkelajuan tinggi atau kuota hotspot sebanyak 20GB,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata Berhad, Chee Loo Fun berkata, Celcom terus menginovasikan tawaran bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggannya yang semakin berkembang.

“Pelan prabayar Celcom Xpax ‘Mix & Match’ yang diperbaharui ini membolehkan pelanggan dengan keperluan berbeza untuk melanggan dan dapatkan berdasarkan apa yang mereka mahukan sahaja.

“Bagi pelanggan yang ingin mengubah suai pelan serta mempunyai fleksibiliti untuk mengubah langganan mengikut penggunaan mereka secara harian, mingguan atau bulanan, Celcom Xpax ‘Mix & Match’ sangat sesuai untuk mereka.

“Bagi pelanggan yang ingin menikmati penstriman dan permainan video, kami mempunyai pelan Celcom Xpax Unlimited High-Speed daripada harga RM35 sebulan termasuk perkhidmatan suara,” katanya.

LOO FUN

LOO FUN

Beliau berkata, jika pelanggan inginkan akses internet tetapi mengikut bajet terutama sekali hanya untuk penggunaan asal digital, mereka boleh nikmati pelan penjimatan hebat yang menyediakan 8GB kuota internet pada harga RM20 sebulan.


“Persekitaran hari ini membuatkan pelanggan sentiasa mencari cara untuk menjimatkan dan pada masa yang sama maksimumkan perbelanjaan mereka. Pelan prabayar Celcom Xpax ‘Mix & Match’ kini direka khusus untuk memenuhi keperluan tersebut, dengan memberikan pelanggan peluang untuk mengubah suai pelan anda berdasarkan fleksibiliti dan kemudahan mereka melalui aplikasi Celcom Life, setiap bulan.

“Celcom akan terus menjadi penyedia rangkaian yang boleh dipercayai kepada pelanggan kami dengan memberikan prestasi rangkaian yang konsisten dengan liputan terluas. Kami akan terus meningkatkan pelan prabayar kami dengan lebih banyak pilihan dan tawaran hebat dari semasa ke semasa,” katanya.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber