CELCOM KOMITED MEMACU MASYARAKAT DIGITAL DI NEGERI SABAH

CELCOM KOMITED MEMACU MASYARAKAT DIGITAL DI NEGERI SABAH

KOTA KINABALU- Celcom Axiata Berhad menyatakan komitmen berterusan syarikat itu untuk membangunkan dan menambahbaik keterhubungan negeri Sabah, menyasarkan komuniti bandar dan luar bandar dengan pengembangan dalam perkhidmatan hubungan internet berkelajuan tinggi melalui gentian optik, teknologi tanpa wayar dan aplikasi digital di seluruh Sabah, seterusnya memajukan gaya hidup digital dan masyarakat Sabah.  

Celcom menyasarkan untuk menyumbang kepada pembangunan Sabah dalam sektor produktif, mencapai sumber manusia yang berkualiti, dan membantu dalam pembangunan infrastruktur asas, utiliti, dan kemudahan awam, seterusnya memandu pembangunan ekonomi, sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), bagi memacu kadar asas liputan jalur lebar 98% di kawasan penduduk pada 2023 dengan kelajuan jalur lebar minimum 30Mbps di seluruh negara.

Sejak sekian lama, Celcom sentiasa mendahului dalam penyediaan pengalaman keterhubungan sehingga ke kawasan pedalaman di negara ini, seterusnya menambahbaik pembangunan Sabah dengan memperkasa gaya hidup digital penduduk. Sejak kira-kira 26 tahun lepas, Celcom telah melabur secara progresif dalam infrastruktur rangkaian negeri Sabah sehingga memiliki 1, 200 tapak menara komunikasi di Sabah hari ini.

Tapak tersebut menyediakan liputan 2G, 3G, LTE dan LTE-Advance di kesemua daerah, meliputi 78% populasi liputan Sabah. Dalam menyediakan hubungan internet yang terbaik dan pengalaman digital bagi kediaman di negeri Sabah, Celcom menggunakan teknologi hujung ke hujung seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain. Hari ini, Celcom bersama Celcom Timur Sdn. Bhd. (CTSB) merupakan penyedia rangkaian terluas di Sabah, meliputi kira-kira 650,000 kediaman dengan teknologi gentian optik dan hubungan tanpa wayar Celcom. Celcom Home Fibre™ menawarkan pelanggan di Sabah dengan Internet berkelajuan tinggi sehingga 1Gbps (terdapat di beberapa kawasan terpilih di Sabah), hanya pada RM229 sebulan. Selain itu, untuk masa yang terhad, 100 pelanggan pertama di Sabah yang memilih pelan Celcom Home Fibre™ 100Mbps atau 1Gbps akan menerima Wi-Fi Extender (bernilai RM149). Celcom Home Fibre™ turut menawarkan kelajuan sehingga 100Mbps pada RM120 dan 30Mbps pada RM80 sebulan.

Kediaman yang tidak disediakan dengan perkhidmatan gentian optik boleh memilih alternatif teknologi rangkaian tembaga dengan perkhidmatan jalur lebar Celcom Home Wireless™ yang menyediakan internet berkelajuan tinggi dengan kelajuan kira-kira 30 Mbps, yang mampu menghubungkan sehingga 64 peranti dalam masa yang sama, hanya ‘pasang dan pakai’ tanpa perlu merosakkan dinding bagi pemasangan.

Celcom turut menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat di Sabah melalui penglibatan secara digital dan perkongsian, serta menyediakan penyelesaian keterhubungan yang inovatif sebagai sumbangan kepada pembangunan perniagaan tempatan dan ekonomi negeri. Sehingga kini, Celcom menyediakan perkhidmatan keterhubungan kepada kira-kira 3, 000 syarikat di Sabah, melalui gentian optik, aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT), perkhidmatan Pengurusan Fleet, dan pakej mudah alih yang dikhususkan untuk keperluan digital bagi setiap perniagaan. 

Celcom turut melangkah jauh dengan pelbagai inisiatif yang sejajar dengan aspirasi kerajaan pusat dan negeri. Celcom menyokong industri menegak di seluruh Sabah seperti pelancongan, pendidikan, dan pengangkutan. Pada hari ini, Celcom menyediakan penyelesaian dan keterhubungan bagi lebih 900 buah sekolah di Sabah, meliputi kawasan pedalaman seperti Tuaran dan Sipitang. Celcom juga menyediakan perkhidmatan keterhubungan di kebanyakan hotel di bandar, serta di kepulauan terpencil, termasuk penyelesaian perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. 

Dalam usaha memajukan komuniti pedalaman Sabah, Celcom bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini mengendalikan 86 daripada 114 buah Pusat Internet di Sabah, serta menyediakan program latihan keusahawanan dan digital, yang telah melahirkan lebih 300 orang usahawan di Sabah.

Majlis ‘Celcom Memacu Masyarakat Digital di Sabah’ hari ini dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, bersama  beberapa rakan teknologi dan pembekal  tempatan di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom amat komited dalam memperkasa negeri Sabah dengan pelan pelaksanaan liputan rangkaian terbaik bersama aplikasi, perkhidmatan dan produk inovatif, yang akan memacu pembangunan dan ekonomi negeri Sabah di era digital ini. “Inisiatif ini juga adalah suatu kerjasama dan sejajar dengan agenda kerajaan negeri bagi pembangunan digital negeri Sabah dan kami ingin mencapai kesemua lapisan masyarakat, sama ada di bandar mahupun pedalaman, bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk menjadi mahir dalam industri teknologi digital yang berkembang pesat hari ini.

“Celcom akan terus berdiri bersama negara ini dalam menjadikan aspirasi negara menjadi realiti, dan kami yakin dengan komitmen kami di Sabah akan menyumbang kepada penyediaan yang menyeluruh di negara ini demi kemajuan dan pengalaman digital bagi setiap rakyat Malaysia, seterusnya merealisasikan Malaysia yang benar-benar digital,” kata beliau lagi.