Cafe Di Hospital Pantai Melaka Di Saras Delights & Bakery

Cafe Di Hospital Pantai Melaka Di Saras Delights & Bakery

Di Saras Delights & Bakery, terdapat alternatif hidangan mewah dan sihat yang terdapat di Cafe Pantai Hospital Melaka. Hospital di Pantai Melaka ini telah menjalani pengubahsuaian. Apabila kita mendengar perkataan “hospital,” kita memikirkan lokasi untuk orang sakit. Pengurusannya agak bijak dan mesra pengguna, dan tempat letak kereta adalah mudah dan harga berpatutan

Jom semua kali ini nak kongsikan satu lagi makanan menarik yang boleh semua cuba di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka. Kafe terbaru yang nampak cantik dengan susun atur yang menarik dan bersih yang terletak dalam kawasan Hospital Pantai  yang pasti semuanya bersih

Café ini mula dibuka pada Julai 2022 oleh Puan Sara yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan. Dengan minat dan azam yang tinggi Puan Sara berbincang dengan suami yang merupa Doktor pakar bedah disitu. Untuk membuka sebuah Cafe Sedap Hospital Pantai Melaka Di Saras Delights & Bakery.

Ia terletak di level G, bangunan parkir bertingkat yang bersebelahan dengan Hospital Pantai Melaka. Kawasan ini dinamakan “Makan Makan”. Ruang makan yang bersih dan selesa dibuka setiap hari kecuali Ahad kerana klinik tutup . Waktu operasi dari jam 7.00pagi hingga 7.00 malam. Sabtu sahaja jam 7.00pagi hingga 5.00petang.

Antara menu yang ada di Saras Delights & Bakery seperti pastry, cakes, pasta dan pizza. Semua makanan adalah tanpa MSG, tanpa pewarna tambahan dan dimasak segar setiap hari.

Menu bagi Asian Delights Saras Delight pula anda boleh cuba Chicken Porridge, Mee Siam, Noodle Soup, Nyonya Curry Laksa, Rice with Chicken Rendang dan Rice withTerayaki Chicken. Banyak lagi menu-menu terbaru akan di hasilkan oleh Saras Delights. Untuk pengetahuan semua hidangan mereka tanpa MSG untuk memberikan kepuasan makanan sihat untuk pelanggan-pelanggan.

Pastri, kek, pasta, mi, nasi dan piza semuanya dalam menu di Sara’s Delights & Bakery. Semua makanan adalah bebas MSG, tiada pewarna tambahan, dan disediakan segar setiap hari. Lawati Sara’s Delights Bakery di Instagram dan Sara’s Delights di Facebook jika anda berminat.