Bursa Malaysia terus meningkat, ditutup pada paras tertinggi harian

Bursa Malaysia terus meningkat, ditutup pada paras tertinggi harian

INDEKS utama Bursa Malaysia terus meningkat untuk ditutup tinggi bagi sesi dagangan ketiga berturut-turut pada Isnin, didorong sokongan belian asing yang berlanjutan terutama dalam saham perbankan.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.79 peratus atau 11.17 mata untuk ditutup pada paras tertinggi harian 1,424.69 daripada 1,413.52 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks pandu pasaran itu dibuka 0.84 mata lebih rendah kepada 1,412.68 pagi ini sebelum bergerak mencecah paras serendah 1,412.38 pada sesi awal, sebelum memperoleh momentum untuk bergerak dalam trajektori menaik sebelum ditutup.

Walau bagaimanapun, keseluruhan pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 568 berbanding 368, manakala 399 kaunter tidak berubah, 958 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 3.29 bilion unit bernilai RM1.78 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng yakin unjuran ekuiti Malaysia secara keseluruhannya akan kekal stabil dalam jangka masa sederhana memandangkan penilaian yang menarik, keuntungan korporat lebih kukuh dan keadaan ekonomi bertambah baik.

“Walau bagaimanapun, ketidaktentuan global juga akan amat mempengaruhi dalam menentukan hala tuju pasaran tempatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, dari sudut pandangan teknikal, indeks penanda aras pasaran itu telah menembusi paras rintangan 1,415 susulan sokongan belian asing yang berterusan.

“Indeks ini dijangka menguji paras 1,430 tidak lama lagi, disokong oleh sentimen pelabur yang bertambah baik. Paras sokongan tidak berubah pada 1,400,” katanya.

Pak Leng juga berkata, prestasi saham serantau ditutup bercampur-campur ekoran pelabur berhati-hati menunggu hasil mesyuarat Rizab Persekutuan Ameria Syarikat, yang bermula esok, dengan bank pusat itu mungkin menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

“Walaupun begitu, ramai yang percaya bahawa ini boleh menandakan berakhirnya kitaran pengetatan, memandangkan bahawa inflasi semakin turun sejak musim panas lepas,” katanya.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank naik 14 sen kepada RM8.92; CIMB menambah lima sen kepada RM5.35; Tenaga Nasional melonjak 35 sen kepada RM9.46; manakala Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM3.98 dan RM6.50.

Antara saham aktif, Classita Holdings turun 1.5 sen kepada 15 sen; Malaysian Resources Corp susut dua sen kepada 37.5 sen; UEM Sunrise kurang lima sen kepada 43.5 sen manakala Hong Seng Consolidated dan XOX masing-masing tidak berubah pada 8.5 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 58.29 mata kepada 10,507.08; Indeks FBMT 100 menambah 64.52 mata kepada1 0,195.89; Indeks FBM Emas Syariah menokok 63.93 mata kepada 10,810.88; Indeks FBM 70 naik 22.81 mata kepada 13,899.10 manakala Indeks FBM ACE susut 9.73 mata kepada 5,319.86.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 93.79 mata kepada 15,822.29; Indeks Perladangan meningkat 47.72 mata kepada 7,135.31; Indeks Tenaga menambah 5.89 mata kepada 823.61 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian baik 0.02 mata kepada 162.88.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 2.32 bilion unit bernilai RM1.53 bilion daripada 2.46 bilion unit bernilai RM1.78 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 462.79 juta unit bernilai RM63.61 juta daripada 350.74 juta unit bernilai RM48.34 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 512.28 juta saham bernilai RM189.02 juta berbanding dengan 476.36 juta saham bernilai RM180.59 juta pada Jumaat minggu lepas.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 728.96 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (469.39 juta); pembinaan (126.12 juta); teknologi (231.79 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (50.94 juta); hartanah (418.43 juta); perladangan (35.62 juta); REIT (7.93 juta); dana tertutup (7,600); tenaga (121.17 juta); penjagaan kesihatan (44.40 juta); telekomunikasi dan media (27.13 juta); pengangkutan dan logistik (17.54 juta); serta utiliti (42.95 juta). – Bernama

Sumber