Beri kesegaran ketika beribadah – Sinar Harian

Beri kesegaran ketika beribadah – Sinar Harian

Ameer (dua dari kanan), Don Daniyal (kanan) dan Nantha (kiri) menyembur sejadah dengan Febreze Inspirasi Attar sebagai simbolik memperkenalkan produk itu sempena program Solat Tarawih bersama Ustaz Don.

Ameer (dua dari kanan), Don Daniyal (kanan) dan Nantha (kiri) menyembur sejadah dengan Febreze Inspirasi Attar sebagai simbolik memperkenalkan produk itu sempena program Solat Tarawih bersama Ustaz Don.

BAGI memberikan kesegaran ketika beribadah, Mydin Mohamed Holding Sdn Bhd (Mydin) dan pengeluar produk kelengkapan rumah, Procter and Gamble (P&G) menjalankan usahasama strategik menerusi program Solat Tarawih bersama Ustaz Don.

Melalui program itu, Mydin yang juga syarikat rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan membantu memperkenalkan produk penyegar fabrik Febreze Inspirasi Attar yang dilancarkan P&G sempena Ramadan kali ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, penyegar fabrik itu berfungsi seperti dua dalam satu kerana bukan sahaja membunuh kuman tetapi mengeluarkan aroma minyak atar iaitu wangian Timur Tengah.

“Produk Febreze terbaharu ini menjadikan minyak atar sebagai inspirasi dan belum pernah ada lagi produk seperti ini di pasaran.

“Ia boleh digunakan untuk sejadah, telekung dan baju Melayu yang boleh memberi kesegaran ketika beribadah,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama Ustaz Don yang disertai 20 penuntut tahfiz dari Ma’ahad Tahfiz Al-Madani, di sini pada Khamis.

Program yang menampilkan penceramah terkenal, Don Daniyal Don Biyajid sebagai imam solat tarawih tersebut turut dihadiri Pengurus Besar P&G Malaysia, Nantha Kumaran Kalimuthu.

Sebelum bersolat tarawih serta bermoreh, pelajar tahfiz yang hadir turut bersolat Maghrib, berbuka puasa, mendengar tazkirah dan bacaan al-Quran serta solat Isyak bersama Don Daniyal bagi menyemarakkan bulan Ramadan.

Ameer menjelaskan, program sama akan dianjurkan di Mydin Tunjong, Kelantan pada 6 April ini sebelum dilaksanakan di cawangan-cawangan pasar raya itu yang lain.

Don Daniyal mengimamkan solat Tarawih di Mydin Subang Jaya pada program yang dianjurkan Mydin dan ditaja P&G pda Khamis. FOTO: MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Don Daniyal mengimamkan solat Tarawih di Mydin Subang Jaya pada program yang dianjurkan Mydin dan ditaja P&G pda Khamis. FOTO: MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Sementara itu, Don Daniyal berkata, kehadirannya dalam program itu sebagai tanda sokongan kepada Mydin dan P&G kerana menggalakkan umat Islam menjaga kebersihan dan berwangi ketika beribadah seperti sunnah Nabi Muhammad SAW.

“Aroma minyak atar ini sendiri sememangnya boleh membangkitkan memori kepada orang tersayang contohnya mengingatkan kita pada ayah dan mak masing-masing yang suka memakai wangian ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nantha memberitahu, program itu juga diadakan bagi membolehkan pihaknya menyumbang semula kepada masyarakat sempena meraikan bulan puasa.

Sumber