BDB umum Raja Shahreen sebagai CEO Kumpulan baharu

BDB umum Raja Shahreen sebagai CEO Kumpulan baharu

Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli

Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli

LEMBAGA Pengarah Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan pelantikan Raja Shahreen Raja Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif berkuat kuasa 1 November ini.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli akan ditetapkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) bermula 31 Oktober 2022.

Menurut pemakluman di Bursa Malaysia, Lembaga Pengarah BDB telah meluluskan pelantikan dan penyusunan jawatan pengurusan kanannya itu pada 23 Oktober lalu.

Raja Shahreen, 55, pernah menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) bermula 1 Disember 2014 hingga 30 November 2019.

Dalam tempoh sama, beliau dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan Peransang Selangor Berhad pada 31 Mac 2015 sebelum dilantik semula sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif pada 21 Jun 2018 dan meletak jawatan pada 17 Januari 2020.

Beliau yang merupakan lulusan akauntan dari La Trobe University, Melbourne Australia juga pernah berkhidmat di Ernst & Young pada 1989 sebelum dilantik sebagai Pengarah pada tahun 2000.

Raja Shahreen kemudian berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Pos Malaysia Berhad pada 1 Mac 2004 hingga 31 Ogos 2007 sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar merangkap Ketua Pegawai Kewangan/Setiausaha Syarikat Pemasaran Minyak Oman SAOG dari 1 November 2007 hingga 30 Jun 2013.

Beliau turut pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Duta Klasik Sdn Bhd bermula 7 November 2013 hingga 30 November 2014.

Sumber