BDB Land, Enfiniti Escapes jalin MoU bangunkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary

BDB Land, Enfiniti Escapes jalin MoU bangunkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary

Pengarah Eksekutif Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman (duduk, tengah) mewakili Bina Darulaman Land dan Presiden, Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina (duduk, kiri) menandatangani MoU bagi membangunkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Langkawi, semalam.

LANGKAWI – BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan untuk mengadakan kerjasama dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan dalam sektor eko-pelancongan.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata dengan termeterainya MoU tersebut, kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Menurut beliau, cadangan untuk membangunkan pembangunan tersebut di kawasan seluas 10 ekar di Darulaman Sanctuary di mana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di atas kawasan yang akan dikenalpasti untuk dibangunkan.

“Pihak Enfiniti Escapes pula akan memfokuskan daripada konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.

Sumber