Bank Rakyat diiktiraf Jenama Ikonik Tahun 2022 The Brandlaureate

Bank Rakyat diiktiraf Jenama Ikonik Tahun 2022 The Brandlaureate

SHAH ALAM – Bank Rakyat telah menerima Anugerah Jenama Ikonik Tahun 2022 The Brandlaureate pada majlis Anugerah Jenama Terbaik Bumiputera dan Anugerah Jenama Terbaik Halal Dunia The Brandlaureate 2022 anjuran Yayasan Jenama Dunia, baru-baru ini.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar turut menerima Anugerah Ikon Pemimpin Korporat Kepimpinan Transformasi Jenama Brandlaureate 2022.

Anugerah itu bagi mengiktiraf organisasi melibatkan pelbagai sektor yang layak dan berjaya dalam membangunkan imej jenama mereka.

Sementara itu, Abd Rani sentiasa menekankan kepentingan dalam mengekalkan imej korporat yang mesra untuk meletakkan Bank Rakyat pada kedudukan yang kukuh sebagai ‘Bank Pilihan Anda’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya komited dalam melipatgandakan usaha bagi mengekalkan kecekapan saluran penyampaian produk dan perkhidmatan bank dengan meletakkan sasaran dalam pasukan untuk terus membantu pelanggan dan masyarakat mencapai matlamat kewangan mereka serta mencipta masa hadapan yang lebih baik bersama Bank Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Abd Rani telah menerima anugerah yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia, Tan Sri Darshan Singh Gill, Presiden Dunia Brandlaureate, Dr KK Johan, dan Lembaga Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Datuk Wira Jalilah Baba.

Sumber