Awesome TV Membawakan Kembali “Mic On”. Mengangkat Tema, “Kasi Pecah Speaker!” , Musim Kedua Bakal Menemui Peminat Mulai 28 Januari 2022.

Awesome TV Membawakan Kembali “Mic On”. Mengangkat Tema, “Kasi Pecah Speaker!” , Musim Kedua Bakal Menemui Peminat Mulai 28 Januari 2022.

Kuala Lumpur- 20 Januari 2022 – Demi merancakkan lagi industri hiburan tanah air dan susulan dari kejayaannya di musim pertama, stesen penyiaran swasta milik Awesome Media Network Berhad, Awesome TV, hari ini membawakan kembali program pertandingan realiti nyanyian, MIC ON!, untuk musim yang kedua. Mulai bersiaran pada 28 Januari 2022,setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran 123 (Astro) dan 112 (Mytv) MIC ON ! musim ini bakal menyaksikan kehadiran tiga pelawak poular negara, Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus kepada 15 anak didik iaitu peserta yang akan bertanding lagi merebut gelaran Juara seterusnya membawa pulang wang kemenangan yang bakal dihebahkan semasa episod 1.

MIC ON!, Sebuah program realiti yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi ini diterbitkan bertujuan untuk mencungkil bakal anak-anak muda tempatan agar boleh dijadikan barisan pelapis dan mewarnai lanskap seni tanah air di masa hadapan. Kesemua 20 peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang ini meletakkan kepercayaan sepenuhnya keatas ketiga-tiga pemain komedi ini untuk menjadi pengurus dalam menguruskan sesi latihan nyanyian serta membimbing dan mempersiapkan mereka untuk pesembahan mingguan.

Senarai 20 talent adalah :

  1. Mohamad Farhan Zahi Bin Mohd Zaini (Tuah )
  2. Muhammad Haziq Zikri Bin Badrul Hisham (Haziq Hisham)
  3. Ahmad Izzuddin Jefari (Izzuddin )
  4. Yulia Kamelia Binti Kasim (Yulia )
  5. Nuur Atiqah Binti Aziz (Ira Aziz )
  6. Nur Annisa Binti Kasim(Annisa)
  7. Mohd Salehudin Bin Che Mohd Dini ( Jay)
  8. Mohamed Hafiy Bin Badrol Halim ( Hafiy Halim )
  9. Muhamad Danial Qusyairi Bin Kamaruddin ( Danny)
  10. Nurul Asyikin Binti Zainal Aimi ( Syikin)
  11. Siti Fatin Qhalilah Binti Osman Bashah (Qhal)
  12. Nadzira Sari (Zeera)
  13. Aiman Amsyar Bin Rahmat (Aiman)
  14. Muhammad Asyraff Bin Mohd Zamani (Bulan)
  15. Muhammad Muzzakir Bin Hazri ( Zakir)
  16. Ikmal Fariq Bin Mohd Idzham (Ikmal)
  17. Hidayat Bin Zainal (Haze)
  18. Muhammad Alif Fahmi Bn Sabri (Awan)
  19. Raziq Qadree Elhamshah (Raziq Elham)
  20. Farah Nabilah Binti Mohd Faizalrudin Shah (Farah Nabilah)

Menariknya lagi, untuk musim ini, MIC ON! akan menampilkan tiga nama tersohor dalam bidang seni tanah air dan begitu dihormati ramai untuk menerajui tugas sebagai Juri Tetap. Kepercayaan tersebut diberikan kepada Legenda Rock ; Dato’ Awie dan Dato’ Hattan serta Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Dalam pada itu, keluarga MIC ON! musim ini turut mengalu-alukan kehadiran figura sensasi, Diva AA atau Azwan Ali sebagai pengacara yang mana beliau akan mengemudi bersama Issey Fazlisham. Untuk musim ini, MIC ON! telah menerima sambutan hangat menerusi atas talian dan seramai 100 orang peserta telah disenaraipendek untuk menghadiri uji bakat secara bersemuka. Dari jumlah tersebut, seramai 15 orang telah berjaya menepati kriteria yang ditetapkan pihak juri dan akhirnya dipilih untuk bertanding di pentas utama MIC ON! musim ini.

Pengarah Unit Kandungan, Datin Ezzan Zalilah Binti Zulfadzli berkata ” kami begitu teruja untuk membawakan kembali MIC ON! musim terbaharu ini kepada penonton luar sana. Seperti ramai sedia maklum, MIC ON! ini merupakann salah satu platform yang kami sediakan untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi dijadikan pelapis kepada industri hiburan tanah air di masa hadapan. Kami akui elemen nyanyian dan lawak adalah dua ansur utama yang selalunya menjadi pilihan penonton khususnya di kalangan penonton tempatan. Justeru, bagi menepati citarasa penonton, kami suntik kedua-dua elemen ini kedalam MIC ON! pada masa yang sama, kami yakin bahawa formula ini dapat memikat hati setiap lapisan masyarakat yang mana ianya sesuai untuk ditonton oleh setiap lapisan masyarakat”.

Di MIC ON, setiap peserta akan diberikan tugasan mingguan mengikut tema yang ditetapkan. Pihak produksi juga akan turut menerapkan elemen kejutan yang perlu dilaksanakan peserta di mana ia akan menguji bakat meereka bukan sahaja dari aspek vokal semata-mata, malah dari segi persembahan secara keseluruhan. Persembahan mingguan peserta akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik liveband yang diketuai oleh Datuk Hashridz Murshim bin Hassim atau lebih dikenali sebagai Datuk Azis. Beliau bertindak sebagai Pengarah Muzik untuk musim ini.

Akhir kata, jangan lupa saksikan MIC ON! musim kedua pada 28 Januari 2022, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran 123 (Astro) dan 112 (MyTV). Penonton juga boleh mengikuti perkembangan terkini MIC ON! musim ini menerusi akaun media sosial Awesome TV dan siaran tertunda MIC ON! musim kedua boleh mengikuti perkembangan terkini MIC ON! musim kedua boleh ditonton di lama web rasmi www.awesometv.my.

  • instagram : @awesometvmalaysia
  • Facebook : Awesome TV
  • Tiktok : @awesometv.my
  • Twitter : Awesometv_my
  • Youtube : Awesome TV