ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’

ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’

Sebuah drama premium “KUASA” yang mengisahkan tentang seorang yang amat dikenali didalam industri hiburan, Tan Sri Dhameer. Selama 35 tahun didalam industri, beliau telah membina sebuah empayar terbesar yang meliputi daripada menghasilkan filem-filem tempatan dan juga platform pelaburan. Drama siri premium ini menceritakan tentang kisah keluarganya dan tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharma, yang berebut untuk menjadi waris tunggal syarikatnya. Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang?

Buat pertama kalinya, kisah fiksyen tentang sebuah keluarga yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam dunia hiburan yang hidup dengan penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan. Drama siri premium berjudul KUASA ini bakal ditayangkan di Astro Originals. Drama ini merupakan arahan Kroll Azry.

Acap kali bergabung dan menghasilkan filem pecah panggung seperti Abang Long Fadil 2, KL Special Force dan Misteri Dilaila, dua penerbit filem blockbuster Astro Shaw dan Skop Productions bekerjasama dalam menghasilkan drama siri premium ini.

Turut bekerjasama dalam meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2 bagi memperluaskan kuasa bersama. Drama bersiri premium KUASA ini bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.