‘Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022’

‘Art of Wheels – Rim Design Challenge 2022’

Baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan ‘Art of Wheel –Rim Design Challenge 2022’ yang dianjurkan oleh Giant Light Metal Technology Malaysia (GLM) dan My Lives Global Marketing & Event.

Menerusi pertandingan ini, pereka Malaysia dan luar negara dapat menonjolkan kemahiran mereka dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 serta berpeluang untuk hasil karya mereka ditampilkan pada kereta Porche.

Hasil kerjasama ini adalah sebagai inisiatif untuk mengasah bakat para pereka di Malaysia. Justeru itu, aspek estetika adalah diutamakan dalam pertandingan ini. Melalui pertandingan ini, para pereka bakal memanfaatkan kepakaran GLM bagi menghasilkan rim aloi yang bermutu tinggi yang menggabungkan fungsi yang unggul, reka bentuk yang berkualiti serta memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

10 orang pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi, serta hasil karya mereka akan dibentuk kepada rim aloi dan dipasangkan pada 10 buah kereta Porche 911 dan 718 yang terpilih.

Peserta mesti menyerahkan ‘curriculum vitae’ (CV) dan reka bentuk rim mereka selewat-lewatnya pada 27 Julai 2022. 30 pesaing terbaik akan beralih ke Fasa 2 pertandingan, di mana mereka akan bertemu pemilik Porsche secara peribadi sebelum bersaing untuk sepuluh tempat teratas. Sila layari https://www.glmwheels.com/pages/rdc22 untuk maklumat lanjut.