Airbus helikopter H160 diiktiraf CAAM

Airbus helikopter H160 diiktiraf CAAM

Airbus helikopter H160 mendapat pengiktirafan CAAM selepas memperoleh pensijilan daripada Transport Canada Civil Aviation.

Airbus helikopter H160 mendapat pengiktirafan CAAM selepas memperoleh pensijilan daripada Transport Canada Civil Aviation.

GENERASI enjin berkembar Airbus yang terkini iaitu helikopter kelas-sederhana, H160 dianugerahkan pengiktirafan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selepas memperoleh pensijilan daripada Transport Canada Civil Aviation.

Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia, Axel de Pascal berkata, pengiktirafan daripada agensi itu memberi laluan kepada pihaknya untuk membawa masuk rotorkraf ke pasaran negara ini.

Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal Aviation Administration (FAA) dan Japan Civil Aviation Bureau (JCAB).

“Ia (pengiktirafan) membuktikan keyakinan dipamerkan Malaysia terhadap penawaran terbaharu kami yang bakal menguasai ruang angkasa negara beberapa bulan akan datang.

Sumber