Agrobank Umum Pemenang Hadiah Cabutan Kempen Kita-Kita Aje 2 Bertuah Bernilai RM 2 Juta

Agrobank Umum Pemenang Hadiah Cabutan Kempen Kita-Kita Aje 2 Bertuah Bernilai RM 2 Juta

Kuala Lumpur – Agrobank hari ini mengumumkan pemenang hadiah cabutan dengan nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan iaitu RM 2 juta bagi Kempen Kita-Kita Aje 2 (KKA 2). Pemenang hadiah cabutan bertuah bagi dua kategori utama yang dibuka kepada pelanggan yang berjaya membuat simpanan wang selama satu tahum, KKA 2 menerusi cawangan-cawangan Agrobank di seluruh negara.

Menurut Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, kempen ini telah dibuka kepada semua pelanggan dan pemegang AgroPrimaS di semua cawangan Agrobank dengan hanya membuat deposit serendah RM500.00 dan mengekalkan jumlah itu sehingga tamat tempoh kempen, iaitu selama 12 bulan.

“Kempen KKA 2 telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 60,000 akaun mengambil bahagian dan kami mensasarkan angka ini akan meningkat kepada 90,000 akaun menerusi kempen KKA 3 yang sudah pun bermula pada 1 Ogos lalu,” katanya.

Beliau berkata, kempen KKA Agrobank ini juga turut memberi peluang mudah kepada pelanggan Agrobank di kawasan luar bandar untuk memenangi hadiah dengan memperkenalkan “Cabutan Bertuah Setempat” yang agak unik jika dibandingkan dengan kempen cabutan lain.

“Seramai 5,796 pemenang terpilih di bawah kategori Cabutan Bertuah Setempat dengan 21 pemenang daripada setiap cawangan Agrobank (138 cawangan Agrobank di seluruh negara menerusi dua (2) kali cabutan hadiah dibuat.”

“Manakala 31 pemenang diumumkan bagi Kategori Cabutan Perdana yang mempunyai dua sub-kategori iaitu Kategori Umum dan Kategori Junior yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kenderaaan Ford Ranger XLT dan wang tunai berjumlah RM 30,000 serta telefon pintar iPhone XS, ” katanya.

Berucap di Majlis Penyampaian Hariah Cabutan Perdana Kempen KKA 2 Agrobank, Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri I Pertanian dan Industri Makanan berkata, ” Program atau kempen seperti KKA 2 ini bukan sahaja berperanan sebagai satu sistem ganjaranatau ‘Reward System’ kepada pelanggan setia Agrobank, malah dalam masa yang sama dapat memupuk semangat menyimpan di kalangan para pelanggan Agrobank, tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang terutamanya dalam menghadapi waktu sukar seperti sekarang ini.”

“Saya yqkin dan percaya, mungkin ada di kalangan pelanggan Agrobank yang akan menggunakan duit lebihan gaji hasil daripada kemudahan auto-moratorium yang ditawarian oleh Bank Negara Malaysia, berikutan penangguhan bayaran pembiayaan rumah, kereta dan beberapa pembiayaan lain yang bermula 1 April lepas sehingga penghujung bulan ini, untuk menyertai Kempen KKA 3 ini dan mu ykin anda akan menjadi pemenang hadiah cabutan perdana Kempen KKA 3 Agrobank yang seterusnya,” tambah beliau lagi.

Kempen KKA 3 yang berlangsung sehingga 31 Julai 2021, merupakan tahun ketiga penganjuran Kempen KKA bakal menawarkan lebih banyak wang tunai sebagai bantuan kewangan kepada pelanggan Bank dalam menghadapi keadaan sukar ketika COVID-19 dan juga ketidaktentuan ekonomi bagi tempoh satu hingga 2 tahun.