AEON lakukan ‘Crowdsource’ #ClassicMalaysianMoments Memperingati Memori Malaysia ke dalam NFT

AEON lakukan ‘Crowdsource’ #ClassicMalaysianMoments Memperingati Memori Malaysia ke dalam NFT

KUALA LUMPUR, 13 September – Selaras dengan perayaan Merdeka ini, AEON Malaysia mempamerkan rasa terima kasihnya atas semangat dan kebersamaan orang ramai dengan menganjurkan platform ‘crowdsourcing’ untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia tentang apa yang mereka rasa sebagai pengalaman atau kenangan ikonik Malaysia yang membezakan rakyat Malaysia. Input ini kemudiannya diundi melalui media sosial agar ia dapat diabadikan sebagai aset digital, ‘non-fungible token’ (NFT).

Sepuluh (10) pilihan #ClassicMalaysianMoments daripada 500+ penyertaan diumumkan hari ini di AEON Taman Maluri, dengan (5) pemenang utama membawa pulang baucar AEON RM1,500 dan lima (5) pemenang saguhati menerima baucar AEON RM500. Reka bentuk pemenang ini juga akan diubah menjadi NFT yang boleh ditebus oleh pelanggan AEON* sebagai momento dalam dunia digital.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen berkata, “Kami sangat teruja untuk melakukan ini bersama-sama dengan pelanggan kami kerana NFT ini adalah pengalaman mereka yang tidak ternilai dalam menjadikan rakyat Malaysia unik. Kami bertuah dapat bekerja secara berterusan bersama pelanggan kami dan membuka peluang mereka berkongsi dengan kami pandangan dan pemikiran mereka – ianya tidak ternilai. Sebagai balasan, kami berharap dapat berkongsi aset digital ini dengan lebih ramai lagi sebagai tanda terima kasih kepada semua orang.”

Orang ramai dialu-alukan untuk memuat naik visual asli (foto/seni digital/seni tradisional) di Facebook, Twitter, dan Instagram dengan hashtag #AEONxMerdeka65 #ClassicMalaysianMoments serta #IniKonfemMalaysia dari 15 Ogos hingga 29 Ogos. Setiap penyertaan juga boleh memaparkan mana-mana jenama Malaysia kegemaran mereka dan bagaimana jenama itu telah mempengaruhi cara hidup rakyat Malaysia sepanjang 65 tahun ini.

“Keputusannya sungguh menakjubkan! Kami amat teruja kerana dapat sama-sama berkongsi detik-detik yang dirakam oleh rakyat Malaysia, menunjukkan cara dan rutin harian rakyat Malaysia yang penuh kenangan.” tambah Low.

Di samping AEON, jenama lain yang sering disebut dalam kebanyakan #ClassicMalaysianMoments termasuk Milo, Hup Seng, 100 plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellogg’s, Munchy’s, F&N, Naturel dan Cap Kipas Udang.

AEON juga bekerjasama dengan Meta Universe (MU), pembekal penyelesaian perusahaan asli untuk semua perkara NFT dan metaverse, yang memberikan hala tuju dan sokongan yang lancar dalam destinasinya ke arah aliran digital semasa melalui peraduan #ClassicMalaysianMoments ini.

Senarai Pemenang:

x5 Pemenangx5 Saguhati
·         Lim Goh Chit – Roti Gardenia for 75 years·         Aida – MILO piring·         Ariel Lee – Good Game with 100 Plus·         Kin RZ – MILO Kotak·         Syukur Rani – Merdeka bersama Nescafe·         Rusydi – The MILO moment·         Afi Sulaiman – Classic Malaysian·         Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel·         Kin RZ – MILO Kotak·         Syukur Rani – Merdeka bersama Nescafe·         Rusydi – The MILO moment·         Afi Sulaiman – Classic Malaysian Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel·         Arif Hafizuddin- The best pairing; MILO with Munchy’s Oat Krunch·         Fatin – Hup Seng cicah Susu for life·         Hairrey – Childhood memory with MAGGI

Untuk butiran lanjut tentang peraduan dan untuk melihat semua penyerahan yang kreatif dan menarik, sila layari https://www.aeonretail.com.my/merdeka2022.