ABPBH34 MENCAPAI 4.4 JUTA PENONTON DI TV3!

ABPBH34 MENCAPAI 4.4 JUTA PENONTON DI TV3!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH34) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 13 November 2021 (Sabtu), dari 9.00 malam hingga 11.50 malam telah mencapai 4.4 juta penonton dan 34% syer penonton. (sumber: Nielsen)

Acara anugerah hiburan pilihan peminat terunggul anjuran Berita Harian ini juga berjaya meraih tontonan lebih 460,000 di penstriman langsung Karpet Merah dan Malam Kemuncak di platform YouTube TV9, TV3, Tonton dan BH sepanjang siaran langsung tersebut. Sehingga 22 November 2021, acara itu telah menerima tontonan hampir 800,000 di semua platform. ABPBH34 yang turut disiarkan di platform TikTok juga mendapat tontonan serentak tertinggi hampir 10,000 penonton dengan jumlah tontonan mencecah 350,000 tontonan. Manakala tanda pagar #ABPBH34 turut menduduki carta topik tular di platform Twitter apabila meraih lebih 35,000 ciapan sepanjang siaran langsung acara tersebut. (sumber: SproutSocial, Tonton, TikTok & YouTube).

Untuk makluman, ABPBH34 telah mengangkat Janna Nick sebagai Bintang Paling Popular ABPBH34 dengan kiraan undian sebanyak 86,374,777 undian, sekaligus membawa pulang sebuah trofi dan sebuah kereta. Undian ABPBH34 dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my.

ABPBH34 yang menampilkan Xiaomi sebagai penaja utama telah bersiaran secara langsung melalui saluran TV3 dan tonton termasuk YouTube BH dan TV3, TikTok dan laman web ABPBH www.abpbh.com.my.

Berikut ialah SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR ABPBH 34

Pemenang Utama Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 34:
Janna Nick

Kategori Utama:
Artis Baharu Lelaki Popular : Dinie Rashid
Artis Baharu Wanita Popular : Dolla
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi : Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi : Siti Nordiana
Pelakon Filem Lelaki Popular : Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular : Janna Nick
Pelakon TV Lelaki Popular : Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular : Siti Saleha
Artis Versatil Popular : Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular : Aina Abdul & Khai Bahar
Artis Komedi Popular : Asif Suhaimi
Pengacara TV Popular : Janna Nick
Penyampai Radio Popular : DJ Lin
Watak Animasi Popular : Ejen Ali

Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular : Kamal Adli & Uqasha Senrose
Gandingan Serasi Filem Popular : Wanna Ali & PU Riz
Watak Antagonis Popular : Liza Abdullah
YouTuber Popular : Aqil Zulkefli
Artis Tiktok Popular : Khai Bahar
Anugerah FANtastik Popular : Siti Nordiana FC

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Habsah Hassan

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia