TV ALHIJRAH LANCAR KEMPEN JOM VAKSIN

TV ALHIJRAH LANCAR KEMPEN JOM VAKSIN

Pelbagai usaha telah dilaksanakan pihak kerajaan dalam mengekang penularan wabak
Covid-19 pada ketika ini termasuk melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
pada Jun lalu.Malangnya, usaha pihak kerajaan ini sedikit terbatas gara-gara tindakan segelintir individu
yang masih ragu-ragu untuk menerima suntikan vaksin setelah dimomokkan oleh pelbagai
salah tanggapan,salah faham serta teori konspirasi yang tersebar luas di media sosial.
Cakna akan peri pentingnya mewujudkan imuniti kelompok sebagai usaha memerangi
wabak Covid-19, TV AlHijrah mengambil tanggungjawab penuh membantu usaha pihak
berwajib dengan melancarkan Kempen Jom Vaksin menerusi platform-platform siarannya.
Kempen Jom Vaksin telah dilaksanakan bermula 26 Mei 2021 yang lalu dan dijangka
berakhir pada penghujung Jun 2021.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, “Kempen Jom Vaksin
adalah kempen kesedaran yang bertujuan menjernihkan salah tanggap masyarakat serta
menyeru mereka terutamanya warga emas untuk hadir ke temujanji suntikan vaksin
Covid-19. Insyaallah kita akan lanjutkan kempen ini ke bulan seterusnya sekiranya ia
memberi impak positif kepada masyarakat.
“Menggunakan tema Jom Vaksin: Ikhtiar dan Tawakal, kempen ini bersifat memujuk serta
memberi ilmu kepada orang ramai terutamanya warga emas dan mereka yang berada di
luar bandar untuk tidak mensia-siakan peluang suntikan vaksin.
“Anda telah mendaftar, maka ayuh sama-sama pastikan kita hadir pada waktu yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Menurut Namanzee, TV AlHijrah percaya bahawa suntikan vaksin Covid-19 ini adalah
antara ikhtiar yang bertepatan dengan Maqasid Syariah serta selari dengan Mesyuarat
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang
memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib
diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.“Oleh yang demikian, Kempen Jom Vaksin dilaksanakan secara holistik dan bersifat 360 darjah. Dua inisiatif utama akan digunakan bagi mendokong inisiatif kempen sepanjang
sebulan ianya berlangsung.

“Inisiatif pertama adalah menerusi program-program istimewa yang disiarkan di platform
televisyen. TV AlHijrah membariskan pelbagai program istimewa yang mempunyai DNA
penting iaitu peringatan buat masyarakat untuk hadir ke temujanji vaksinasi.
“Antara program-program tersebut adalah Analisis, My #Qurantime, E-Kaunter Netizen
Versi PKP, Al-Istibyan, Dengar, Assalamualaikum, Kapsul Wabak, Keluarga dan Berita
AlHijrah,” jelas Namanzee.Selain itu, TV AlHijrah juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyiarkan Pesanan Khidmat Masyarakat
(PSA), rerayap, dan video pendek tentang program vaksinasi ini.
Menurut Namanzee. kempen ini mendapat sokongan beberapa pendakwah tempatan
yang berbesar hati memberikan kata-kata sokongan dan suntikan semangat agar
masyarakat hadir pada sesi vaksinasi bagi mewujudkan imuniti kelompok menjelang
penghujung tahun 2021.Antaranya adalah Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali (Pengerusi Dewan Dakwah), Ustaz
Husaini Mahmur (Johan Tilawah Al Quran Remaja), Dato’ Ustaz Badli Shah Bin Alauddin
(Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan), Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi
Azmi (Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah di Universiti Sains Islam
Malaysia), Ustaz Roslan Mohamed (Mantan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya) dan
Ustazah Asma’ Harun (Pendakwah Bebas).


Selain itu, Majlis bacaan Yassin, Al Kahfi dan Al Mulk juga dianjurkan oleh TV AlHijrah
setiap hari, jam 5.30 pagi dan 4.30 petang bagi mendoakan kesejahteraan negara serta
seluruh rakyat Malaysia.Paling istimewa, TV AlHijrah turut melancarkan lagu tema buat kempen ini. Lagu yang
berjudul PadaMu Tuhanku nyanyian kakitangan TV AlHijrah iaitu Norkamal Azhary Ahmad
akan dimainkan setiap hari di kaca televisyen sebagai pembakar semangat untuk rakyat
Malaysia berjuang melawan Covid-19.“Inisiatif kedua adalah inisiatif di platform media sosial. Menerusi inisiatif kedua ini, TV AlHijrah memperkemaskan kandungan media sosial seperti Instagram, Facebook, portal
AlHijrahnews.com dan portal gaya hidup HBit.“Pelbagai poster, artikel serta video seruan dari sudut pandang para agamawan dan pakar perubatan yang memberi penjelasan menyeluruh tentang vaksin Covid-19 akan
dimuatnaik setiap hari,” tambah Namanzee.Jadi ayuh sama-sama kita jadikan TV AlHijrah ladang ilmu sepanjang PKP 3.0 ini dilaksanakan. Jom sama-sama menonton TV AlHijrah untuk informasi terkini mengenai
program vaksinasi.