
Usah cepat menghukum, berprasangka pada orang lain
AKHLAK mulia dan penampilan seseorang merupakan aset penting bagi setiap individu sama ada lelaki mahupun perempuan. Tanpa kedua-duanya, seseorang itu akan dipandang rendah dan hina kerana manusia secara fitrahnya tidak suka seseorang yang buruk sikapnya dan jelek penampilannya. Kepentingan akhlak yang ditekankan dalam Islam dapat dilihat dengan jelas melalui kaitannya dengan keimanan sepertimana sabda Rasulullah…