SYAFEEK & ZAZO BERGELAR JUARA LAGU CINTA KITA MUSIM KETIGA

SYAFEEK & ZAZO BERGELAR JUARA LAGU CINTA KITA MUSIM KETIGA

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga melabuhkan tirai pada malam ini secara langsung dari Studio 1, Glenmarie Shah Alam dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam menerusi TV3 serta strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Tahniah kepada Syafeek & Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) yang telah merangkul gelaran Juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga. Mereka membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM 50,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.  

Naib juara menjadi milik Hariz & Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA. Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasya & Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dengan membawa pulang hadiah wang tunai  RM 20,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.  

Achik & Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul), pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.  

Malam ini, tema persembahan pentas akhir ialah ‘Lagu Cinta Kita’ dan para finalis perlu mempersembahkan dua buah lagu iaitu sebuah ‘cover lagu’ dan sebuah lagu baharu. Ini merupakan kali pertama para finalis program ini memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio Hot FM pada minggu ini. Video muzik bagi keempat-empat lagu ini dapat disaksikan di Youtube TV3Malaysia Official mulai hari ini.

Pentas akhir Lagu Cinta Kita Musim Ketiga dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee, manakala Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan di samping juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Selain itu, Aina Abdul dan Hael Husaini turut mempersembahkan lagu istimewa berjudul ‘Manusia Kuat’ oleh Tulus. 

Berikut ialah senarai lagu untuk pentas akhir Lagu Cinta Kita Musim Ketiga:

  1. Syafeek & Zazo (Juara)
  • Akhirnya Kini Pasti oleh Anita Sarawak
  • Bagai Cahaya (Single Baharu)
  1. Hariz & Wanie (Naib Juara)
  • Akan Ku Tunggu oleh Candy
  • Seribu Gundah (Single Baharu)
  1. Pasya & Puteri (tempat ketiga)
  • Kejoraku Bersatu oleh Search
  • Cinta Sejati Aku (Single Baharu)
  1. Achik & Maria (tempat keempat)
  • Jangan Pisahkan oleh Deddy Dorres & Mayang
  • Pertahan Cinta (Single Baharu)

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit. Program ini diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dan TV3 dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja, Hot FM sebagai rakan radio rasmi serta Oh Bulan & Xtra sebagai rakan digital. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.