PESERTA GERUN DENGAN ELLIE SURIATY?

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian > ATTRACTION > PESERTA GERUN DENGAN ELLIE SURIATY?

PESERTA GERUN DENGAN ELLIE SURIATY?

Cabaran bersama pengarah Ellie Suriaty adalah sebahagian daripada program pertandingan realiti FIT FOR ACTION, yang mencari pelakon Malaysia yang serba boleh melalui cabaran fizikal dan lakonan di hadapan kamera. Adakah peserta bersedia untuk menyahut cabaran yang dikemukakan oleh beliau? Bekerja dengan seseorang yang mempunyai profil tinggi dalam dunia seni dan auranya sendiri sering menjadi impian artis. Bolehkah peserta memenuhi standard dan jangkaan Ellie Suriaty?

Seperti biasa, juri cabaran fizikal Nana Al- Haleq akan menilai kecerdasan para peserta dalam menempuhi dan melepasi halangan dalam cabaran fizikal. Pada kali ini, para peserta harus mengharungi 3 halangan iaitu Tyre Flip, Rope Climb dan Hands on Fire. Semakin sukar cabaran fizikal buat para peserta dari minggu ke minggu sehingga ada yang tidak dapat mengatasi cabaran. Siapakah yang berjaya memenangi cabaran fizikal dan memegang watak utama pada episod kali ini ?

Bagi cabaran lakonan minggu ketiga, Aidil, Amir, Danish, Kavita, Lenny, Lisa, Marc Syahmie, Muaz, Raden, dan Zooey akan berlakon di bawah arahan sutradara Ellie Suriaty untuk genre seram. Rata-rata mereka tentu merasa gerun untuk bekerjasama dengan Ellie Suriaty kerana beliau adalah detail oriented. Pasti ada yang tidak kena dengan aksi peserta apabila laungan dan jeritan Ellie Suriaty dalam mengarah sehingga kecut perut mereka dan terjadinya insiden tak diingini. Keadaan mula menjadi serius dan semakin mencabar apabila salah seorang peserta mengalami kecederaan ketika penggambaran. Dapatkah mereka meneruskan penggambaran?

Siapakah yang akan berada di kedudukan yang terendah? Adakah akan ada penyingkiran pada minggu ini, hanya satu penyingkiran mungkinkah dua? Apakah keputusan daripada juri tetap, Datuk Yusof Haslam dan juri jemputan minggu ini, Farid Kamil? Jangan lupa saksikan FIT FOR ACTION pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my 

FIT FOR ACTION menampilkan Dutch Lady sebagai penaja utama dan Centrum sebagai penaja bersama. FIT FOR ACTION berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.