PERANGKAAN GETAH BULANAN, MALAYSIA MEI 2022

PERANGKAAN GETAH BULANAN, MALAYSIA MEI 2022

Pengeluaran getah asli Malaysia menurun sebanyak 6.3 peratus pada Mei 2022. Pengeluaran getah asli pada Mei 2022 untuk Malaysia disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (83.3%) berbanding dengan pembahagian ladang (16.7%). Perbandingan tahun ke tahun juga menunjukkan bahawa pengeluaran getah asli berkurangan sebanyak 25.2 peratus (Mei 2021: 28,164 tan).

Jumlah stok getah asli Malaysia pada Mei 2022 menurun sebanyak 2.8 peratus kepada 289,430 tan metrik berbanding 297,654 tan metrik pada April 2022. Kilang pemproses getah menyumbang 92.7 peratus daripada stok diikuti oleh kilang pengguna getah (7.2%) dan ladang getah (0.1%) . Eksport getah asli Malaysia berjumlah 43,197 tan metrik iaitu penurunan sebanyak 26.3 peratus berbanding April 2022 (58,596 tan metrik). China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli yang menyumbang 44.6 peratus daripada jumlah eksport.

Sentimen pasaran getah global disokong oleh prospek bekalan getah asli yang lebih ketat, rangsangan ekonomi di China dan keyakinan yang mengelilingi perdagangan Amerika Syarikat-China. Keuntungan selanjutnya ditimbang oleh kebimbangan inflasi, ketidakpastian yang meningkat mengenai kelembapan ekonomi global daripada dasar sifar COVID-19 China, dan konflik Rusia-Ukraine yang berterusan. Pergerakan harga bagi semua Standard Malaysian Rubber(S.M.R) bercampur-campur dengan penurunan antara 2.2 hingga 2.3 peratus dan meningkat sehingga 0.6 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang menjalankan Tinjauan Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas Isi Rumah (HIES/BA) 2022 dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 dan Tinjauan Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) dari 15 April 2022 hingga 30 September. DOSM amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh responden terpilih dengan berkongsi maklumat mereka dengan DOSM.