Category: ATTRACTION

  • Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

    Peserta Malaysia #QuranHour bergambar setelah selesai bertadabur Surah Al-Insan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.

    Peserta Malaysia #QuranHour bergambar setelah selesai bertadabur Surah Al-Insan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.

    ALOR SETAR – Hampir 70 peserta termasuk dari daerah Pendang menyertai Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Sultanah Bahiyah di sini pada Rabu.

    Ahli Jawatankuasa Rumah Ngaji Kedah, Rosiah Ramli berkata, pemilihan surah pada tahun ini iaitu Surah Al-Insan memberi banyak manfaat kepada peserta.

    “Ia mengingatkan kita mengenai permulaan kejadian manusia, peringatan azab api neraka dan lain-lain lagi,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

    Rosiah (empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.

    Rosiah (empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.

    Menurutnya, mereka tidak pernah terlepas menyertai program #QuranHour yang dianjurkan pada setiap tahun.

    “Insya-ALLAH kalau diberi peluang untuk penganjuran pada tahun hadapan saya berhasrat menarik lebih ramai golongan belia.

    “Ini supaya golongan muda juga dapat menghayati surah yang akan penganjur pilih kelak dan memberi mereka peluang untuk menghayati erti kehidupan,” katanya.

    Sumber

  • Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

    Badaruddin depan (empat dari kiri) bersama sebahagian peserta Malaysia #QuranHour peringkat negeri di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil pada Rabu.

    Badaruddin depan (empat dari kiri) bersama sebahagian peserta Malaysia #QuranHour peringkat negeri di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil pada Rabu.

    MELAKA – Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini menjadi medium untuk memberi pengertian kemerdekaan yang lebih bermakna terutama kepada generasi muda.

    Penyelaras Rumah Ngaji Melaka, Atikah Amir berkata, menerusi penganjuran ini, peserta dapat mendekati al-Quran melalui baca, faham dan amal bersempena sambutan Hari Kemerdekaan.

    Atikah

    Atikah

    Menurutnya, program kali ini yang memberi fokus kepada golongan muda secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat kepada pihaknya untuk memperluaskan pengisian seperti ini di sekolah-sekolah dan kolej di negeri ini.

    “Program Malaysia #QuranHour ini memberi motivasi dan semangat untuk kita bawa ke sekolah-sekolah dan kolej.

    “Ini bagi membolehkan kita mendekati pemuda, remaja agar kenal apa itu al-Quran, keistimewaannya, peranan al-Quran yang menjadi asas kehidupan kita demi kebaikan dunia dan akhirat,” katanya ketika ditemui selepas Malaysia #QuranHour peringkat negeri di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil di sini, pada Rabu.

    Atikah menyampaikan cenderahati kepada Badaruddin pada program itu.

    Atikah menyampaikan cenderahati kepada Badaruddin pada program itu.

    Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Badaruddin Mohd Kassim.

    Tambahnya, program yang dilaksanakan sejak 2015 itu memberi peluang orang ramai dari pelbagai peringkat umur bersama al-Quran, sebagai permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui Quran, Tadabur, Tazakkur (QTT).

    “Kita juga bersyukur program yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr mendapat sambutan menggalakkan hampir 1,000 penyertaan,” katanya lagi.

    Sebahagian golongan muda yang turut menyertai program Malaysia #QuranHour di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil pada Rabu.

    Sebahagian golongan muda yang turut menyertai program Malaysia #QuranHour di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil pada Rabu.

    Pada kali ini Malaysia #QuranHour yang berlangsung selama sejam membawa tema ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.’

    Sumber

  • SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN, ROHANI DAN JASMANI PENONTON DIDAMAIKAN DENGAN PELBAGAI RANCANGAN PROGRAM OLEH TV ALHIJRAH.

    Peristiwa bersejarah yang berlaku pada 31 Ogos 1957, mengingatkan kita agar menghargai sumbangan tentera negara yang telah banyak berkorban untuk melindungi negara sehingga titisan darah terakhir mereka.

    Hari kemerdekaan Malaysia juga menjadi agenda besar rakyat Malaysia saban tahun kerana peranannya sebagai asas pembinaan jati diri Malaysia dan semangat kebangsaan.

    Mengambil kira peri pentingnya sambutan bulan kemerdekaan ini, TV AlHijrah mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai rancangan ilmiah terbaik bermula 14 Ogos 2023 sehingga 3 September 2023 bagi mentahqiqkan erti kemerdekaan yang sebenar melalui konsep yang diajar oleh Islam.

    Sebanyak lapan rancangan terbaik ditayangkan khusus bagi meraikan bulan istimewa ini. Rancangan-rancangan tersebut adalah rancangan Assalamualaikum Istimewa Merdeka, Kapsul Inspirasi, Dakwah Live, Ulama Kemerdekaan, Quran@114, Hijrah Berselawat Merdeka, Waalaikumussalam, dan Filem Ketika Cinta Bertasbih. Kesemua barisan rancangan ini memberi penumpuan terhadap aspek spiritual yang membantu penonton menghayati serta mendalami ilmu agama Islam yang syumul dengan suntikan semangat patriotisme.

    Sebagai permulaan, rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum akan menemui penonton setiap hari, jam 7 pagi hingga 10 pagi. Saksikan perbincangan topik-topik malar segar yang dikupas bersama para asatizah yang komited dalam membangun dan memperkukuh institusi Islam.

    Seterusnya, Kapsul Inspirasi akan menemui penonton pada setiap hari, jam 7.25 malam.  Program yang berkonsepkan tazkirah ringkas ini membicarakan tentang hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan sejahtera. 

    Bagi penggemar rancangan bual bicara, Dakwah Live akan menemui penonton pada 30 Ogos, Rabu, jam 9 malam. Kali ini, Ustaz Faiz Fateh Bersama Dua’t Al-Falah akan mengupas topik-topik penyatuan umah seperti Prinsip dan Penghayatan Madani Dalam Kehidupan, Kepentingan Tabayyun Dan Elak Sentimen Politik Memecahbelahkan Perpaduan, Bahaya Takfiri, Hormati Pemerintah Dan Pilihan Rakyat dan Kepentingan Jadi Masyarakat Berilmu Bukan Ketaksuban.

    Sejurus tamat Dakwah Live, Rancangan berjudul Ulama Kemerdekaan pula akan disiarkan pada jam 10 malam. Rancangan ini membawa penonton mengenang kembali kejerihan para ulama dalam menyebarluas pendidikan secara menyeluruh, antaranya dalam bidang agama, sains, matematik dan lain-lain supaya masyarakat tidak ketinggalan dan terus maju kehadapan.

    Bulan kemerdekaan di TV AlHijrah tambah istimewa dengan episod khas Quran@114 yang disiarkan pada Khamis, 31 Ogos, jam 11 pagi. Quran@114 sebuah rancangan yang menjadi panduan sekaligus membantu memupuk rasa cinta terhadap al-Quran. Rancangan ini dikendalikan oleh mualim yang hebat di dalam bidang al-Quran iaitu ustaz Husaini Mahmur, Ustaz Fahmi Ashraff, Imam Muda Hasan dan ramai lagi ahli al-Quran lain.

    Hijrah Berselawat Merdeka yang bertemakan Wahdatul Ummah akan menemui penonton pada 31 Ogos, jam 9 malam. Rancangan ini menghimpunkan selebriti tanah air seperti Mawi, Inteam, Unic, Lah Ahmad dan ramai lagi dalam berselawat serta berqasidah. Turut dimuatkan adalah tausiah yang akan disampaikan Ustaz Ahmad Shahdan Al-Hadrami dalam memahami istilah kemerdekaan dari kaca mata Islam.

    Sebagai tambahan, rancangan baru dengan judul Waalaikumussalam akan menemui penonton bermula 1 September, Jumaat, jam 11.30 malam. Program ini bertujuan untuk mendidik masyrakat Islam Malaysia agar sentiasa mengakhiri malam mereka dengan sesuatu yang mahmudah dan mengelak melakukan perkara yang mazmumah.

    Filem Ketika Cinta Bertasbih pula akan disiarkan pada pada 3 September, Ahad, jam 9 malam.

    Ketika Cinta Bertasbih mengisahkan tentang kerja keras Khairul Azzam yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menyara hidup ibu dan adik-adiknya di kampung. Khairul Azzam akhirnya bertemu dengan jodohnya dan tetap selalu teguh pendirian kepada ajaran Islam.

    Kesemua program istimewa ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi digital TV AlHijrah iaitu AlHijrah Plus. Jadi, ayuh bersama memupuk semangat patriotisme di dalam diri kita semua dengan menonton TV AlHijrah sepanjang bulan kemerdekaan ini.

    #tvalhijrah #merdeka #ilmurohani #harikebangsaan #malaysiamadani

  • UNLEASHING THE iQOO Z7 SUPERNOVA ORANGE EXPERIENCE DAY

    As the iQOO Z7 Supernova Orange takes centre stage at the vivo concept shop in Pavilion, Kuala Lumpur, be ready for an exciting tech spectacle. Join us on September 2, 2023 from 11 am to 2 pm to take advantage of this once-in-a-lifetime chance to explore the amazing features of the limited edition iQOO Z7 Supernova Orange.

    Apart from that, you can stand a chance to win prizes worth up to RM15,000 and meet the renowned mega cosplayer, Le Josette!

    Indulge in the iQOO Z7 Supernova Orange experience:

    Don’t miss out on the chance to be among the first to personally experience the exclusive iQOO Z7 Supernova Orange edition and uncover a mystery gift from iQOO Malaysia.  Explore all the details about the iQOO Z7 Supernova Orange, with the store assistants prepared to assist you.

    Engage in a Meet and Greet with the Mega Cosplayer

    Make sure to not overlook the exclusive opportunity to interact with the iconic mega cosplayer, Le Josette!

    Exciting Prizes Worth Up to RM15,000

    Upon purchasing the iQOO Z7 Supernova Orange, you secure your entry into the lucky draw, opening up the possibility to win amazing prizes. The prize encompasses a brand new iQOO Z7 Supernova Orange, TNG Cash, AIOT products, and TWS earbuds.

    Grab the buy one get one free deal

    Experience an exceptional buy 1 get 1 free opportunity when you purchase the iQOO Z7 Supernova Orange on the spot.

    Don’t hesitate and mark your calendar now to join us for an unforgettable event at vivo concept store in Pavilion, Kuala Lumpur on 2 September 2023!

    For more information, please follow iQOO Malaysia official Facebook Page.

  • CELEBRATE MERDEKA WITH ‘V ONE NATION, V ONE FAMILY’

    Vivo is honoured to launch its most recent Merdeka campaign, “V One Nation, V One Family,” in connection with the 66th Merdeka celebration. This campaign, which will run from August 25 to September 3, 2023, embodies the spirit of cohesion and camaraderie that distinguishes the Malaysian community.

    Building upon the success of its collaboration with BananaBro, vivo is thrilled to present yet another exciting announcement for all Malaysians. For all smartphone purchases made until 31st August 2023, customers are in for a delightful treat where they received a free-of-charge opportunity to create their own phone casing.

    1. Free DIY Phone Casing Opportunity
    Customers who have bought any of the specified vivo smartphones, the X90 Series, V27 Series, Y36 5G, Y78 5G, from 1st January to 31st August, 2023, are entitled to an exclusive DIY phone casing experience.

    By presenting a valid purchase invoice, customers can visit the vivo concept store at Pavilion, Kuala Lumpur, on 31st August, during the time slots of 10am-12pm, 1pm-3pm, and 4pm-6pm. The store’s staff will then assist in securing a customization slot for customers’ personalized phone cases.

    2. Last Chance for V27 Series!
    Apart from that, you would not want to miss out on the opportunity to grab the highly acclaimed V27 series smartphone at an astonishing price of RM1799. This remarkable deal offers users a fusion of industry exclusive aura light features and dynamic colour-changing design, making it an ideal choice for those who seek both performance and style.

    Join vivo in celebrating the spirit of unity and camaraderie with vivo’s V One Nation, V One Family. Let’s embrace the essence of patriotism’ and commemorate the nation’s 66th year of independence with a blend of style and innovation.

    For more information, please stay tuned to vivo Malaysia official Facebook page.

  • Tadabbur selepas selesai khatam al-Quran

    Peserta yang menyertai Festival Quran (Quran Fest) dan Malaysia #QuranHour Terengganu di
Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA

    Peserta yang menyertai Festival Quran (Quran Fest) dan Malaysia #QuranHour Terengganu di
    Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA

    KUALA TERENGGANU – Program Malaysia #QuranHour di Terengganu menampilkan kelainan pada tahun ini dengan menganjurkan sesi tadabbur secara ringkas selepas selesai majlis khatam al-Quran.

    Pengarah program Festival Quran (Quran Fest) dan Malaysia #QuranHour Terengganu, Muhammad Syafiq Mohd Sakri berkata, pelbagai pengisian diadakan bermula semalam di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus sempena Malaysia #QuranHour di Terengganu.

    Menurutnya, inisiatif berkenaan bagi memastikan orang ramai bukan hanya sekadar pandai membaca dan menghafal malah turut memahami isi kandungan ayat-ayat al-Quran.

    “Setakat ini penyertaan daripada orang ramai amat mengalakkan dan sejak semalam sehingga hari ini sudah mencecah 100 orang sertai slot khatam al-Quran.

    “Selepas selesai khatam al-Quran, kita ada sesi tadabbur secara ringkas mengikut juzuk selama setengah jam untuk meningkatkan pemahaman mengenai setiap isi kandungan ayat-ayat al-Quran.

    “Usaha ini dapat meningkatkan minat orang muda membaca al-Quran sekali gus memperluaskan lagi ilmu tadabbur kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Muhammad Syafiq berkata, sambutan hangat daripada kalangan anak muda di Terengganu susulan ada yang menjadi ahli jawatankuasa untuk terlibat sama bagi menjayakan program tersebut.

    Selain itu, katanya, pelbagai pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program diadakan sejak semalam antaranya antaranya bengkel tajwid, tadabur dan forum.

    “Penyertaan daripada orang ramai dapat mengalakkan amalan membaca dan menghafal surah dengan betul sekali gus menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam kehidupan,” jelasnya.

    Masjid UniSZA menjadi lokasi perdana bagi program tahunan Malaysia #QuranHour di Terengganu yang akan diadakan serentak pada 30 Ogos.

    Penganjuran acara itu di Terengganu pada kali ini menampilkan beberapa kelainan antaranya dimulakan dengan Quran Fest selama tiga hari sebelum acara kemuncak yang dijadualkan pada esok.

    Malaysia #QuranHour yang akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini bakal membawa agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam misi ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

    Acara yang memasuki tahun kesembilan itu juga akan bersiaran langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

    Sumber

  • Forum remaja kelainan Malaysia #QuranHour di Kelantan

    Malaysia #QuranHour di Kelanta akan menampilkan kelainan apabila Rumah Ngaji Kelantan menganjurkan forum remaja khas sejurus selepas majlis bacaan al-Quran dan tadabbur pada Rabu ini.

    Malaysia #QuranHour di Kelanta akan menampilkan kelainan apabila Rumah Ngaji Kelantan menganjurkan forum remaja khas sejurus selepas majlis bacaan al-Quran dan tadabbur pada Rabu ini.

    KOTA BHARU – Malaysia #QuranHour di negeri ini akan menampilkan kelainan apabila Rumah Ngaji Kelantan menganjurkan forum remaja khas sejurus selepas majlis bacaan al-Quran dan tadabbur pada Rabu ini.

    Forum yang akan berlangsung selepas solat Zohor itu akan bertempat di lokasi yang sama dengan Malaysia #QuranHour iaitu di Masjid Muhammadi sehari sebelum negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-66 tahun.

    Pengerusinya, Datuk Adnan Hashim berkata, ia bertepatan dengan tema kali ini ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

    “Saya berharap anak-anak muda tidak melepaskan peluang ini yang dilihat mampu menyuntik motivasi, semangat serta hala tuju sebagai pelapis pemimpin.

    Adnan

    Adnan

    “Malaysia #QuranHour kali ini adalah khas untuk meraikan, mendekati serta menyantuni golongan muda,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

    Menurut beliau, forum itu akan dipengerusikan oleh Mohamad Haniff Mustaffa, Mohd Afiq Syawan (moderator), serta empat panel iaitu Nur Nabihah Asyikin Pauzi, Ismer Jibril, Imam II Masjid Muhammadi, Nik Mohd Afif Azhan Nik Mohd Naidi dan Mohd Syakirin Yuslan.

    Ujarnya, mereka semua adalah anak-anak muda yang mempunyai pengalaman luar biasa dalam bidang masing-masing.

    Adnan memberitahu, selain menghayati bacaan dan tadabbur tiga surah pilihan iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr, peserta yang hadir juga akan mendapat ilmu lain.

    “Selain itu sepanjang perjalanan program Malaysia #QuranHour ini turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua yang hadir,” katanya.

    Sumber

  • Asia’s Jewellery, Handbag, Accessories Conference and Trade Show (AJHA) telah berlangsung pada 26 Ogos 2023 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur

    Dalam kegemilangan industri barangan mewah, tas tangan, dan aksesori di Asia, acara Asia’s Jewellery, Handbag, Accessories Conference and Trade Show (AJHA) telah menghiasi Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Kehadiran yang hebat ini disaksikan oleh para pakar terkemuka dan peminat daripada pelbagai penjuru.

    Acara ini dirasmikan oleh Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mencerminkan sokongan kuat pihak kerajaan terhadap industri ini. Ditaja oleh Best Events Productions di bawah kepimpinan Sarah Bakri dan Datin Dr. Raskidah Ali, pengasas Nayli B, AJHA telah muncul sebagai platform penting untuk pertukaran idea dan penjanaan idea dalam kalangan pelaku industri.

    Datin Dr. Raskidah Ali, pengasas Nayli B

    Puncak acara ini menyaksikan pelancaran produk terbaru oleh Nayli B, merenungi inovasi dan kecantikan yang dihasilkan dalam dunia berlian dan perhiasan. Seminar yang berkaitan dengan kelestarian dan pemanfaatan media sosial seperti TikTok telah mencuri tumpuan, memberi wawasan kepada hadirin mengenai dinamika semasa. Booth yang tersedia di acara ini adalah ruang peluang untuk peminat dan pengunjung mendalami lebih lanjut mengenai industri ini. Nayli B, MODA (Malaysia Official Designers Association), China Fashion Association, Nusantara, Jwelin, dan Footprint Mechanis semuanya turut bersinar dalam pameran ini. AJHA telah menghimpunkan pemain-pemain utama dalam industri untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka, menjadikan acara ini sebuah penanda aras dalam kalender berprestij industri.

    Booth yang tersedia di acara ini adalah ruang peluang untuk peminat dan pengunjung mendalami lebih lanjut mengenai industri ini. Nayli B, MODA (Malaysia Official Designers Association), China Fashion Association, Nusantara, Jwelin, dan Footprint Mechanis semuanya turut bersinar dalam pameran ini. AJHA telah menghimpunkan pemain-pemain utama dalam industri untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka, menjadikan acara ini sebuah penanda aras dalam kalender berprestij industri.

  • GEOGRAPHIC PROXIMITY AND  REGIONAL MARKET ACCESS TO THE ASEAN TWO-WHEELER MARKET ARE  PROVIDED BY MALAYSIA (MGBF).

    GEOGRAPHIC PROXIMITY AND REGIONAL MARKET ACCESS TO THE ASEAN TWO-WHEELER MARKET ARE PROVIDED BY MALAYSIA (MGBF).

    The Malaysia Global Business Forum (MGBF) hosted a high-level industry dialogue themed ‘The Two-Wheeler Market – Mobility, ESG and the ASEAN Supply Chain’ as part of the Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL).

    During the moderated panel discussion, industry experts shared their insights on the strategic opportunity for Malaysia to be a greater player in the two-wheeler industry in the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) as well as business prospects for Malaysia especially in the context of the regional supply chain.

    It was also identified that with technology trends capturing the media narratives, especially as electric vehicles and reduced emissions technology become more commonplace, the trade and investment opportunities are what business leaders need to understand.

    The ASEAN two-wheeler market represents at least 25 per cent of the global market and growing exponentially. From urban planning to environmental, social and governance (ESG), the two-wheeler industry can contribute to this trend and ultimately to the nation’s economy.

    The National Automotive Policy 2020 which projects the country’s ambition outward to 2030 mentions motorcycles briefly. This bias towards cars in the policy may need further evaluation as it does not take into consideration the high growth market of the motorcycle market.

    Nordin Abdullah, founding chairman of MGBF, said, “We recommend that the National Automotive Policy be more reflective of this opportunity especially because it will allow for the SME manufacturers and distributors to play a more integrated role in the ASEAN two-wheeler supply chain. At the same time, with the ASEAN free trade agreements that are in place, the government has already done part of its work.”

    “Success lies in the nation’s ability to be focused and create high value leverage points for investors that compete in a global marketplace. Malaysia must compete and win as an investment destination, and leveraging demands of the two-wheeler industry, this is one sector to pay special attention to,” concluded Nordin.

    “Another area we identified is the opportunity in education and safety because it is such a huge challenge. If Malaysia can solve this internally, it could be a leader in ASEAN in this critical issue. This can be an area for export of intellectual property. But any solution needs to be tech-based, private sector driven, public sector endorsed and people-friendly especially in terms of cost to consumers,” said Rizal Kamaruzzaman, co-chairman of MGBF who delivered the welcoming address at the start of the MGBF Industry Dialogue.

    Speakers include Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc, president and group chief executive officer of SIRIM Berhad; Murugason R. Thangaratnam, executive director of Novem-ESG; and Rob Cayzer, executive director of Yasaar Global and board member and shareholder of Kitaran Tabah. The discussion was moderated by Gerard Ratnam, TV host and producer of Bernama TV. The session included special remarks from the inaugural Kuala Lumpur Bike Show 2023 organiser, Farouk Nurish who is the director of Moventuum Sdn Bhd.

    The Malaysia Global Business Forum (MGBF) empowers stakeholders at the intersection of international and Malaysian business. Through government relations, business intelligence, advocacy, media engagement, market research, networking, advisory and business matching, MGBF delivers results for individuals, corporations, trade and business associations, as well as national and state governments. For more information, visit www.malaysiaglobalbusinessforum.com.

    #AUTOMOTIVE #MGBF #KLBS23 #ESG #ASEAN #MOBILITY

  • Cuti sekolah peluang pelajar jayakan Malaysia #QuranHour

    Atikah (enam,kiri) bersama golongan muda mempromosikan #QuranHour 2023 yang akan diadakan di Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil pada Rabu ini

    Atikah (enam,kiri) bersama golongan muda mempromosikan #QuranHour 2023 yang akan diadakan di Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil pada Rabu ini

    MELAKA – Penganjuran Malaysia #QuranHour 2023 bersempena Hari Kebangsaan yang diadakan pada cuti persekolahan dijangka mendapat sambutan ramai termasuk peserta dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

    Penyelaras Rumah Ngaji Melaka, Atikah Amir berkata, program dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang dijayakan bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil pada Rabu ini mendapat sambutan menggalakkan dan penyertaan akan bertambah pada hari berlangsung.

    Menurutnya, dianggarkan seramai 1,000 peserta termasuk pelajar dari beberapa kolej seperti Kolej al Quran Sayyidina Ali (KAQSA), maahad tahfiz, Kolej Komuniti, GiatMARA, dan Institut Kemahiran Mara (IKM) akan memeriahkan program yang diadakan setiap tahun itu.

    Katanya, penyertaan golongan muda membuktikan mereka mempunyai keinginan untuk menjadikan program ilmu agama seperti ini sebagai satu pengisian sempena menyambut tanggal 31 Ogos.

    “Program ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya al-Quran ditanamkan dalam kalangan anak-anak muda.

    “Sejak pagi tadi kita telah membuat persiapan bagi memastikan program berjalan dengan lancar baik dan membawa manfaat kepada semua yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

    Tambahnya, bertemakan Pemuda Merdeka Pemimpin Abrar memberi satu keinsafan bahawa kemerdekaan dan keamanan tidak dapat dicapai tanpa ilmu, tanpa akhlak dan budi pekerti yang mulia.

    Ujarnya, dengan adanya pengisian seperti ini menjelang Hari Kemerdekaan, akan menjadikan manusia insan yang bersyukur dengan segala nikmat dan ujian ALLAH SWT.

    “Semoga kita pelajari, amalkan dan sebarkan apa yang dihidangkan sepanjang program berlangsung.

    “Jangan takut dan gusar menghadapi hari mendatang kerana kita ada al Quran dan sunnah sebagai petunjuk kehidupan,” katanya lagi.

    Sebelum ini, media melaporkan tema Malaysia #QuranHour 2023 iaitu ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ akan mengangkat tiga surah pilihan iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr, bakal berlangsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos depan.

    Sumber