Category: ATTRACTION

  • ‘Bangun malam beribadat, mampu bina kekuatan lebih besar’

    ‘Bangun malam beribadat, mampu bina kekuatan lebih besar’

    SHAH ALAM – Pemilihan Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj dilihat sangat signifikan dengan tema Arafah #QuranHour 1443H iaitu Haji Membina Umat Bertakwa.

    Qari, Amirahman Abas berkata, Surah Al-Sajdah misalnya, menceritakan bagaimana seseorang yang mampu bangun malam untuk beribadat, akan menggalakkan dirinya untuk membina kekuatan yang lebih besar.

    Kekuatan itu katanya, tidak ada pada mereka yang tidak mampu bangun malam untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

    “Selalunya kita hanya fokus pada tahajud tapi kesan besar yang kita tak nampak adalah refleksnya pada kehidupan seharian.

    “Kita lebih nampak kepada nak kejar pahala untuk akhirat sahaja tetapi sebenarnya ia memberikan kita motivasi untuk bangun awal sebab ia ada kesan yang besar untuk kejayaan diri di dunia dan akhirat.

    “Ayat-ayat surah Al-Sajadah dan Surah Al-Hajj cukup indah kerana ia banyak memberikan motivasi untuk kita bergerak ke depan dalam kita menjalani kehidupan kita seharian,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjayakan program Arafah #QuranHour 1443H: Haji Membina Umat Bertakwa yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Sabtu.

    Pada tahun ini, program Arafah #QuranHour berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal mengangkat Surah Al-Sajdah ayat 15 dan Surah Al-Hajj ayat 18 dan 77 untuk mengajak seluruh manusia bersujud kepada ALLAH SWT.

    Ia dikendalikan hos, Hifdzi Zaim Zamri yang juga Hos TickTalk TV manakala bacaan ayat pilihan Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj dibimbing oleh Qari Amirahman Abas.

    Sesi tadabbur pula dijayakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdulllah Bukhari Abdul Rahim dan Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah, Dr. Mohd Shafiq Sahimi.


    Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub turut tampil dalam sesi Pesan Tokoh.

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • Ambil semangat berwukuf di Arafah

    Ambil semangat berwukuf di Arafah

    SHAH ALAM – Program Arafah #QuranHour dianjurkan pada Sabtu bersamaan 9 Zulhijjah dengan mengambil semangat berwukuf di Padang Arafah melalui penyerahan jiwa seorang hamba kepada ALLAH SWT secara total.

    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, program tersebut mengajak seluruh umat Islam untuk menghayati al-Quran dan diperkukuhkan lagi semasa berada di Arafah.

    Menurutnya, pada tahun ini, program Arafah #QuranHour berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal dengan mengangkat Surah Al-Sajdah ayat 15 dan Surah Al-Hajj ayat 18 dan 77 untuk mengajak seluruh manusia bersujud kepada ALLAH SWT.

    “Program ini mengambil momentum perhimpunan terbesar umat Islam menelusuri Surah Al-Sajdah, Surah Al-Hajj dan ayat-ayat pilihan daripada al-Quran dalam membina karakter hamba ALLAH SWT yang bersujud dan patuh.

    “Bertitik tolak dari ini, lahirnya nilai-nilai pembinaan tamadun bangsa ‘God centered’ kesan daripada haji yang mabrur yang diformulasikan daripada al-Quran,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

    Mengulas lanjut, Marhaini berkata, Arafah #QuranHour menyasarkan golongan seperti tetamu, alumni dan bakal haji dari seluruh dunia.

    “Kita hendak menghayati semangat perjumpaan terbesar di dunia dengan harapan untuk membawa semangat haji dalam membina umat yang bertakwa.

    “Mereka yang ada pengalaman dan latihan dalam melaksanakan ibadah haji diharapkan menjadi ejen perubahan masyarakat selepas kembali ke tanah air,” katanya.

    Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, manakala Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj dibimbing oleh Qari, Amirahman Abas dan sesi tadabbur dibawa oleh Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdulllah Bukhari Abdul Rahim serta Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Dr Mohd Shafiq Sahimi.

    Arafah #QuranHour yang buat pertama kalinya bersiaran dari Studio Karangkraf turut disertai oleh kira-kira 15 ahli Kelab Pesara Muslimah Selangor (KPMS).


    Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah WUIF, Ahmad Yani Abd Manaf berkata, program itu juga bertujuan menyuntik penghayatan dan pemahaman ayat-ayat suci al-Quran terhadap jemaah haji ketika berada di Arafah.

    “Kalau boleh kita ingin jemaah haji merasakan bagaimana (ayat-ayat) al-Quran masuk ke hati mereka ketika di Arafah.

    “Selain itu, program ini diharapkan dapat menyuntik semula suasana di Arafah bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sana. Manakala bagi yang belum pernah pergi, Arafah #QuranHour akan memberi pendedahan dan kefahaman kepada mereka,” katanya.

    WUIF bekerjasama dengan pelbagai wakil agensi haji berkongsi pengisian berkaitan ibadah haji pada enam siri program Road to Arafah #QuranHour yang disiarkan di Facebook World Quran Hour dan YouTube QuranHour TV pada Selasa dan Khamis jam 6 hingga 6.45 petang bermula 21 Jun lalu.

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • Arafah #QuranHour bawa penghayatan ibadah wukuf

    Arafah #QuranHour bawa penghayatan ibadah wukuf

    SHAH ALAM – Penganjuran program Arafah #QuranHour dengan bertemakan ‘Haji Manifestasi Ketaatan dan Penyerahan Jiwa Menuju Takwa’ bakal membawa orang ramai untuk menghayati pelaksanaan ibadah wukuf yang merupakan perhimpunan terbesar umat Islam.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, peserta akan dibawa untuk mendalami peristiwa ibadah tersebut melalui surah al-Sajdah, surah al-Hajj dan beberapa ayat pilihan daripada al-Quran.

    “Sebenarnya kita mahu membina dan memfokuskan momentum sejam pada Arafah #QuranHour dengan merefleksi ayat dan surah pilihan tersebut untuk menjadi hamba ALLAH yang bersujud, dan memecah kesombongan.

    “Bertitik tolak dari sini, akan lahirnya nilai pembinaan sebuah tamadun bangsa berasaskan God centered kesan daripada haji mabrur yang diformulasikan daripada al-Quran. “Kita hendak menghayati semangat perjumpaan terbesar di dunia dengan harapan untuk membawa semangat haji bagi membina umat yang bertakwa,” katanya dalam satu kenyataan.

    Marhaini berkata, program Arafah #QuranHour yang akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 11.30 pagi pada Sabtu bersamaan 9 Zulhijah itu akan dikendalikan oleh hos, Hifdzi Zaim Zamri yang juga merupakan Hos TickTalk TV.

    Katanya, bacaan ayat pilihan surah al-Sajdah dan surah al-Hajj akan dipimpin oleh Qari, Husaini Mahmur dan Qari, Amirahman Abas.

    “Manakala sesi tadabbur dibawa oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdulllah Bukhari Abdul Rahim dan Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah, Dr Mohd Shafiq Sahimi.“Turut ditampilkan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam sesi Pesan Tokoh,” ujarnya.

    Sementara itu, Marhaini memaklumkan program yang menyasarkan penglibatan alumni dan bakal haji itu turut melibatkan aktiviti berinteraksi dengan al-Quran bersama jemaah haji di padang Arafah pada hari wukuf.

    Katanya, aktiviti itu dapat dilakukan menerusi kerjasama dengan beberapa operator haji, antaranya Eiman Travel & Tours Sdn Bhd, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd, Felda Travel Sdn Bhd Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd dan Juara Travel & Tours Sdn Bhd.

    Orang ramai boleh mengikuti siaran Arafah #QuranHour di Facebook Quran Hour dan YouTube QuranHour TV dengan aktiviti baca serta tadabbur al-Quran boleh dilaksanakan di lokasi masing-masing.


    Arafah #QuranHour pertama kali diadakan pada tahun 2016 sebelum diteruskan pada 2017 dan 2018 dengan menggerakkan aktiviti berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal pada Hari Wukuf di Padang Arafah yang jatuh pada tanggal 9 Zulhijah setiap tahun.

    Aktiviti itu terpaksa dihentikan sementara waktu sebelum ini berikutan pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021.

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • Iconic JomRun KL Tower International Towerthon Challenge Kembali Lagi.

    Iconic JomRun KL Tower International Towerthon kembali lagi selepas 2 tahun terhenti akibat Kovid-19 yang melanda Malaysia.  Larian tangga terkemuka Malaysia akan berlangsung pada 14 Ogos, Ahad jam 6 pagi dan akan dijangka menarik lebih 2000 peserta.

    “Kami telah mengambil langkah untuk melindungi peserta kami. Untuk mengelakkan kemalangan atau situasi buruk yang lain, pelari akan menaiki menara satu demi satu, dan pemenang akan ditentukan mengikut jumlah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan cabaran”

    “Kami gembira melihat kebanyakan peserta kami setakat ini adalah warga Malaysia dan warga asing dari Singapura, Brazil, Jepun, Jerman dan banyak lagi dengan peserta tertua kami berumur 73 tahun dan yang paling muda hanya 11 tahun” kata Yi Hern

    Pendaftaran untuk KLTITC kini dibuka dan ditutup pada 12 Ogos. Warganegara Malaysia yang ingin menyertai boleh menikmati kadar istimewa pendaftaran awal berharga RM80 manakala peserta antarabangsa boleh mendaftar sekarang pada harga RM120.

    Pemenang dari kategori terbuka masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1000 dan trofi, tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM 500 dan trofi dan tempat kedua menerima RM250. Bagi kategori veteran, pemenang akan menerima RM 500, RM250 dan RM100 masing-masing berserta trofi. Untuk maklumat lanjut berkenaan JomRun KL Tower International Towerthon Challenge, sila layari https://www.jomrun.com/event/JomRun-KL-Tower-International-Towerthon-Challenge-2022

  • PELANCARAN BUKU MASAKAN SULUNG CHEF NETTE, “WHAT TO COOK LAAA…”

    Bertempat di TCH Foodworks Tingkat 6 Menara Symphony telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Masakan Pertama Chef Annette “What To Cook Laaa…”. Buku masakan itu dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, tetamu khas di upacara pelancaran tersebut.

    Apa yang membezakan buku masakan Chef Nette daripada yang lain ialah resipinya yang ringkas lagi lazat. Citarasa makanan ini terbit dari minat Chef Nette untuk memasak, selera makanan yang dibentuk dari pengembaraanya yang digabungkan dengan bakatnya sebagai perumus resipi baharu dan penggaya makanan.

    Tetamu media yang hadir pada acara ini sememangnya bertuah kerana berpeluang memasak bersama-sama Chef Nette dan menikmati hidangan istimewa yang direka khas oleh Chef Nette sendiri.

    Antara hidangan yang disediakan ialah Telor Keropok Zaleha, Telur Kukus Celia, Nina’s Beef Bolognese, Ayam Serai dan Almond Crumble.

    “Memasak adalah mudah dan saya ingin membina perasaan cinta bagi memasak hidangan yang enak, sihat dan ringkas kepada orang ramai,” katanya. Chef Nette juga percaya bahawa sebahagian besar daripada warisan turun temurun rakyat Malaysia ditanam dan diwarisi dari generasi ke generasi melalui masakan. Beliau berhasrat untuk memelihara dan memupuk warisan masakan Malaysia yang unik dan pelbagai, melalui bukunya.

    Chef Nette juga berharap resipinya yang ringkas dan mudah dapat membantu menyelesaikan dilema mereka yang sibuk mengenai apa untuk dihidangkan kepada keluarga dan kenalan mereka.

    Buku Chef Nette diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan sudah berada di pasaran di semua kedai buku MPH dan secara dalam talian.

    Untuk maklumat lanjut tentang Chef Nette atau tempat membeli bukunya, sila layari https://mphonline.com/products/what-to-cook-laaa

  • FOURTWNTY MENGIKUT KEINGINAN DI KUALA LUMPUR Bertemu peminat 1 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur

    Bukan kali pertama muncul di Kuala Lumpur, namun kemunculan kali kedua ini sepertinya lebih ditunggu-tunggu oleh para peminat FOURTWNTY di Kuala Lumpur. 

    Shiraz Projects Sdn Bhd mempersembahkan KONSERT FOURTWNTY HELIOTROPISME LIVE IN ZEPP KUALA LUMPUR pada 1 Oktober 2022 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

    Kumpulan asal Jakarta ini muncul dalam sebuah konsert yang dihadiri beribu peminat yang dibina secara organik di Malaysia. Pada tahun ini, konsert dengan nama Heliotropisme yang dibawakan oleh Shiraz Projects adalah untuk ,mengubat kerinduan para peminat. 

    Diberi nama Heliotropisme kerana diambil dari kisah bunga matahari yang hidup di dataran tinggi dengan cuaca tropika. “Sama seperti logonya, dimana bunga matahari selalu menghadap kearah matahari, Fourtwnty juga dengan sentiasa melihat dan mengikut apa yang ingin menjadi keinginan penggemar.” jelas Fourtwnty.

    Judul yang sama merupakan konsert tour Fourtwnty di 10 buah lokasi di Indonesia antaranya Medan, Makassar, Malang, Palembang dan Yogyarta. Judul ini sama dibawakan khas ke Malaysia sebagai salah sebuah lokasi dalam rangkaian tour tersebut. 

    Kumpulan yang digawangi Ari Lesmana, Nuwi dan Roots tersebut ingin menyajikan sebuah konsert yang bersifat peribadi buat mereka bukan hanya kepada peminat tegar tetapi juga buat penikmat muzik.

    Tiket konsert akan mula dijual pada 8 July 2022, pukul 2 petang di www.mytickets.asia pada harga RM500 (Meet and Greet), RM200 (Diamond – Free Standing), RM150 (Platinum – Free Standing) RM200 (Gold – Seated) dan RM150 (Silver – Seated). Peminat-peminat Fourtwnty juga akan beroleh merchandise eksklusif apabila membeli tiket Meet & Greet.

    KONSERT FOURTWNTY HELIOTROPISME LIVE IN ZEPP KUALA LUMPUR dibawakan khas pada 1 Oktober 2022, di Zepp Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam.

    Pihak Shiraz Projects berterima kasih kepada PENJANA, KKMM dan MyCreative kerana memberi sokongan kerana tanpa sokongan dari mereka adalah sukar untuk melaksanakan konsert dalam skala besar di kala industri baru beransur pulih dari pandemic Covid-19. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan media Hot Fm untuk konsert ini. 

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

    Contact : 03 86050196
    Info Hotline : 012 2560082

  • Sebuah Naskah Keluarga Penuh Dugaan, Dipenuhi Dengki Hingga ke Ilmu Hitam Menerusi ‘Cinta Hilang Kata’

    ‘Cinta Hilang Kata’ merupakan sebuah cerita berkaitan dengan perasaan cemburu, cinta yang tidak kesampaian, perkahwinan yang penuh pancaroba serta kesanggupan mengguna ilmu hitam dan santau untuk merealisasikan kehendak merupakan titik utama yang diketengahkan dalam penceritaan drama terkini Astro Prima.

    Penceritaan ini mempunyai 40 episod yang mengisahkan Nurul Masmin yang menjadi seorang pengarang yang dikenali ramai Ketika di Universiti dengan sokongan teman lelakinya, Rain Akhtar.  Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila ibunya bertegas agar dia berkahwin dengan Amirul, anak kepada Jah Gayah iaitu seorang pengasuh, dengan pujukkannya.  Nurul mengikut Hasrat ibunya dan meneruskan perkahwinan itu, tanpa menyedari bahawa perkahwinan itu sebenarnya adalah sebuah penipuan Jah Gayah untuk mengambil kekayaan keluarganya.

    Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintaynya pada ayah Nurul tidak berbalas. Perkahwinan kepada Nurul hanyalah pembukaan jalan kepada Jah Gayah untuk hidup dalam kemewahan semata-mata. Sepanjang perkahwinannya, nurul tidak pernah berasa Bahagia kerana semua yang dilakukan adalah untuk menjaga hati ibunya sahaja.

     Setelah kematian ibunya, nurul tekad untuk bercerai. Tindakkannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul pula menderita akibat terkena sihir yang dilakukan oleh ibu Sabirah, rakan sekerjanya yang cemburu dengan kehidupannya. Mujur nurul mempunyai rakan baik seperti ezra, wanie dan deena yang sentiasa ada disisinya.

    Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma denga napa yang pernah berlaku dan dia juga tidak mahu digelar perampas. Bolehkan nurul masmin mencari cinta semula? Adakah kehidupannya akan menjadi Bahagia?

    Drama ini juga menyelit isu-isu kekeluargaan yang hancur serta perampasan harta benda yakni menceritakan realiti sesetengah masyarakat. Heroin muda Sophia Albarakbah serta pelakon berpengalaman seperti Shah Jaszle sebagai hero dalam drama ini. Iqram Dinzly membawakan watak antagonis utama dalam drama Astro Prima.

    Drama ‘Cinta Hilang Kata’ merupakan arahan sutradara yang disegani ramai, Kyoll Hamzah dan turut didukung oleh barisan pelakon yang hebat seperti Liza Abdullah, Nelissa Nizam serta Hariz Hamdan.

    ‘Cinta Hilang Kata’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 18 Julai 2022 secara ekslusif di SLOT Tiara melalui Astro Prima (105) seta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di Astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

  • YB Datuk Bandar Adam Yii Menyeru Lebih Banyak Acara untuk Mentransformasi Bandar Miri

    YB Datuk Bandar Adam Yii, Datuk Bandar Miri dan Pengerusi Jawatankuasa Acara Perniagaan (MBEC) Miri menggesa lebih banyak acara perniagaan diadakan di Miri untuk menyumbang kepada transformasi ekonomi dan pembangunan sosial bandar raya.

    Semasa mesyuarat MBEC kali ke-3, beliau menyeru agar lebih banyak perancang acara perniagaan termasuk persatuan, sektor kerajaan, penganjur persidangan profesional, penganjur pameran profesional, rumah insentif, syarikat pengurusan acara dan pengeluar acara untuk menganggap Miri sebagai konvensyen, pameran, korporat negara dan antarabangsa mereka pada peringkat yang seterusnya.

    YB Datuk Bandar Adam Yii berucap, “Dengan sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Acara Perniagaan Sarawak dan rakan industri, Miri lebih bersedia untuk menganjurkan acara perniagaan bertaraf dunia.  Kami sedang melihat acara perniagaan bersaiz sederhana pada masa ini sambil menyokong untuk mempunyai pusat konvensyen dan pameran kami sendiri untuk memacu sektor ini dengan berkesan.  Bandar antarabangsa di seluruh dunia memanfaatkan acara perniagaan sebagai salah satu pemboleh untuk terus mengubah pembangunan ekonomi dan sosial mereka jadi masuk akal untuk Miri menjadi sebahagian daripada pemikiran progresif ini,” tambahnya.

    Seterusnya, di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Sarawak pada 2021, sektor acara perniagaan telah dikenal pasti sebagai aspirasi untuk memperkasakan komuniti dan memulihara warisan, budaya dan biodiversiti, serta menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam semua jenis sektor.

    Puan Amelia Roziman, Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak berkata, “Kami gembira dengan kemajuan MBEC dan kini sedang bekerjasama rapat dengan ahli jawatankuasa dalam menyelaraskan aspirasi mereka untuk menjadi Bandaraya Acara Perniagaan Malaysia yang diterajui oleh objektif PCDS 2030, kami secara progresif membida, menyokong dan membangunkan acara tempatan sambil memberi tumpuan tetapi tidak terhad kepada topik yang berkaitan dengan sektor minyak & gas, kejuruteraan, pendidikan, pertanian dan pelancongan untuk Miri.”

    Mesyuarat MBEC telah diadakan di Miri Marriott Resort and Spa pada 4 Julai 2022. Mesyuarat tersebut berjaya memuktamadkan perancangan strategik dan taktikal suku ke-3 dan ke-4 untuk 2022, di mana pengerusi jawatankuasa kecil membentangkan cadangan mereka untuk pembangunan pihak berkepentingan, pembangunan produk, destinasi. pemasaran & komunikasi, pembinaan kapasiti, dan pembangunan perniagaan.

  • Muzikal Moyang Salleh Bakal Dipentaskan Pada Bulan Kemerdekaan Bertempat Di Istana Budaya

    Selepas Filem Mat Kilau yang mengetengahkan wira dan pejuang dalam sejarah Tanah Melayu menjadi fenomena sinematik, diharap Muzikal Moyang Salleh mendapat manfaat daripada minat rakyat Malaysia yang semakin meningkat dalam cerita tentang sejarah, kepahlawanan, dan perjuangan.

    Persembahan muzik itu berdasarkan lagenda seorang pemimpin Melayu bernama Moyang Salleh dari daerah Jelebu yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan.

    Muzikal Moyang Selleh yang akan dipersembahkan di Istana Budaya bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos ini menampilkan kelainan dalam seni dan teknik persembahan, selain keunikan tersendiri dalam memanfaatkan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan sebagai bahasa pertuturan.

    Menurut Pengarahnya, Roslee Mansor, kebolehan Moyang Salleh berjalan di atas air dan berada di tempat berbeza dalam sekelip mata akan memikat hati penonton.

    Teater itu akan menampilkan lebih 150 kakitangan produksi, termasuk pelakon, penari, pemuzik, dan kakitangan produksi, dan akan diterbitkan oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu dan di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Budaya Malaysia (MOTAC).

    Muzikal Moyang Salleh akan memuatkan lebih 16 lagu yang ditulis dan digubah oleh pelakon lagenda tanah air, Dato’ Ahmad Tamini Serigar sebagai Moyang Salleh, Khir Rahman sebagai Sultan Abdul Jalil Muazam Shah, Along Eyzendy sebagai Si Amat, Eliza Mustapa sebagai Moyang Timah, dan Hairi Safwan sebagai Dato Bendahara, serta Pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Motion Horse.

    Tambahan pula, gandingan teater ini diperhalusi dengan kemasukan muka baharu dalam rancangan ini. Antaranya ialah Melisa Kelvin sebagai Seri Banun dan Nen Tebabo dari Radio Negeri Sembilan.

    Muzikal Moyang Salleh merupakan penerbitan teater muzikal pertama di Istana Budaya sejak penubuhannya.

    Menurut Puan Hajjah Salbiah Zahari, Penerbit Muzikal Moyang Salleh, beliau sentiasa mendoakan kejayaan dan impak positif kepada masyarakat menerusi teater ini. Dari 24 Jun hingga 31 Julai 2022, pengeluaran menawarkan diskaun hebat yang jarang ditawarkan oleh produksi lain, antara 10% hingga 20% daripada harga pembelian awal. Pelajar dan warga emas akan diberi diskaun 5% daripada harga biasa. Harga tiket antara RM49 hingga RM299, tetapi mereka yang membayar RM79 atau lebih akan menerima cenderahati percuma seperti poster, buku cenderahati, termasuk skrip Muzikal Moyang Salleh, baju-T, bertemu dan bersalaman dengan pelakon, dan makan malam bersama mereka.

    Muzikal Moyang Salleh ini dipentaskan pada tahun ini sempena bulan kemerdekaan kita yang ke-65, dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama.’ Jadi kami berharap agar komuniti Keluarga Malaysia tidak melepaskan peluang hebat ini untuk menyaksikan Muzikal Moyang Salleh ini di ilassoticket.com. Untuk pertanyaan pembelian tiket, sila hubungi 012-275 5981 (Sekretariat), 014-636 4636 (Suhairi), 017-375 2739 (Adibah), dan 017-644 6120 (Firdaus), atau layari laman facebook Moyang Salleh Musical.

  • PRECESSION CAPITAL BERHAD (PCB) KEKAL TEGUH DENGAN MISI UNTUK MEMACU DAN MEMPERKASA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

    Precession Capital Berhad (PCB), sebuah firma latihan keusahawanan dan pengurusan pelaburan yang mencipta nama dalam bidang strategi kewangan, terus komited untuk memacu dan memperkasakan PKS negara. Sejak penubuhannya pada 2016, PCB telah mengekalkan tumpuan untuk memberikan pulangan yang luar biasa dan jangka panjang untuk kedua-dua pelabur dan syarikat melalui pemikiran inovatif, penyelidikan menyeluruh, pelaksanaan satu-satunya, integriti dan akauntabiliti.

    Menurut Nash Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif PCB, “PKS memainkan peranan yang besar dalam memacu pasaran ekonomi, terutama sekali dalam negara-negara yang sedang membangun. PKS mempunyai pegangan besar dalam pasaran perniagaan global dan merupakan antara penyumbang penting kepada peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi dunia. PKS mewakili 90% perniagaan dan lebih daripada 50% ruang pekerjaan di seluruh dunia. Di Malaysia, PKS menyumbang sekitar 38% atau lebih daripada RM500 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dengan kewujudan 1.15 juta perniagaan PKS di seluruh negara, mereka membentuk 97.2% daripada jumlah keseluruhan perniagaan di Malaysia dan membuka ruang pekerjaan kepada hampir 70% tenaga kerja di negara ini.”

    Beliau menambah selanjutnya, “Oleh itu, seperti negara-negara membangun yang lain, PKS Malaysia berdepan dengan empat kekangan pertumbuhan utama, iaitu akses terhad kepada sumber-sumber kewangan, kesukaran untuk mengembangkan pasaran mereka, kegagalan untuk menarik dan mengekalkan bakat-bakat yang baik, dan ketidakmampuan untuk bergerak selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Menerusi cabaran-cabaran ini, PCB tampil untuk membantu PKS merealisasikan misi mereka untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya, berdaya tahan dan berkeuntungan menerusi penawaran perkhidmatan mereka yang pelbagai.”

    Sepanjang lima tahun yang lalu, PCB telah menyumbang dengan ketara kepada kejayaan kebanyakan syarikat permulaan dalam pelbagai industri sebagai syarikat pelaburan portfolio yang mendidik, memupuk dan melabur dalam perniagaan berpotensi tinggi. Melalui bimbingan tenaga kerja PCB yang berkelayakan dan boleh dipercayai, syarikat itu telah berjaya membimbing dan memupuk lebih 400 PKS sehingga kini. PCB baru-baru ini melancarkan semula dan mengembangkan program Advance Business Course (ABC), yang merupakan satu siri kursus perniagaan unik yang bertujuan untuk pengasas PKS dan pemilik perniagaan yang ingin membawa syarikat mereka daripada “boleh dilaksanakan” kepada “boleh dilaburkan.” PCB telah mengembangkan ABC dengan menyediakan program yang merangkumi pelbagai asas perniagaan serta strategi perniagaan dan pelaburan.

    Tiga bulan latihan intensif dan pengalaman langsung disertakan dalam program ini. Usahawan yang tidak mempunyai atau tidak mempunyai pengetahuan untuk mengembangkan perniagaan dan modal mereka akan memperoleh kemahiran untuk membina model perniagaan yang unik, serta pengetahuan dalam Kewangan Korporat, Perbankan Pelaburan, Tadbir Urus Korporat, Pematuhan, Aliran Tunai Bebas, Penilaian, Penciptaan Kekayaan , dan Kebebasan Kewangan dan Masa melalui program ini.

    “Di PCB, fokus kami adalah untuk menambah baik akses PKS kepada program-program pertumbuhan perniagaan dan menawarkan solusi-solusi inovatif secara berterusan. Kekurangan inovasi dalam kalangan PKS bukan sahaja menghalang pertumbuhan mereka, bahkan ia juga mengurangkan nilai keuntungan jangka panjang, dan seterusnya mengakibatkan kekurangan daya saing. Antara punca kegagalan untuk berinovasi adalah kos R&D yang tinggi, kekurangan dana, kurang keinginan untuk melabur dalam peningkatan kemahiran, latihan, dan pembangunan sumber manusia, kurang ilmu pengetahuan, dan lain-lain lagi. Perniagaan yang kurang daya kreativiti dan inovasi lazimnya tidak mampu untuk bersaing dalam pasaran akibat kekurangan nilai tambah yang mampu memberikan persaingan. Menjadi hasrat kami untuk memainkan peranan penting dalam menyahut seruan kerajaan untuk mendokong PKS selaras dalam misi kami untuk terus mengangkat perniagaan-perniagaan berkenaan ke sebuah tahap yang mampu menarik perhatian para pelabur,” ujar Shah Mohamad, Ketua Hubungan Pelabur PCB.

    Bank Dunia, dalam laporannya Malaysia – Penilaian Kajian Ekosistem Pembiayaan Permulaan dan Kajian Kecekapan Program PKS, yang diterbitkan pada Februari 2022, membuat beberapa cadangan dan memberi input kepada Malaysia dalam usahanya untuk mengubah landskap mikro PKS sebagai kuasa baharu untuk pertumbuhan negara. “Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) telah mengumumkan misi mereka tahun lalu untuk membina ekosistem syarikat pemula yang kondusif menerusi pelancaran Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER) 2021-2023 dan Program MyStartup. Menerusi program ini, Malaysia mensasarkan lima syarakat bertarafkan ‘unicorn’ dan 5,000 syarikat pemula menjelang akhir tahun 2025. PCB percaya bahawa kewujudan pembiayaan kewangan di peringkat awal akan menjadi alat yang amat efektif bagi menggalakkan penubuhan firma-firma inovatif tersebut. Walau bagaimanapun, pembiayaan kewangan hanya akan mengambil tempat seiring dengan peningkatan keyakinan dalam pulangan hasil perniagaan yang positif. PCB komited untuk memastikan aksesibiliti ilmu dunia perniagaan dan peluang- peluang pelaburan menjadi lebih kukuh”, tegas Nash lagi.

    Sila pergi ke www.precessioncapital.com jika anda ingin memacu perniagaan anda.