Category: ATTRACTION

  • KONSERT SULUNG FAZTIVAL FAZURA 2022 MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI DAN DUA REKOD BAHARU

    KUALA LUMPUR 12 September 2022 – Axiata Arena, Bukit Jalil menganjurkan konsert pertama Fazura Fazura 2022 pada malam Jumaat, yang disambut dengan penuh bergaya. Di hadapan lebih 8,000 peminat, persembahan dimulakan dengan lagu pengenalan oleh YBhg. Dato’ M. Nasir dan penampilan istimewa oleh Fattah Amin, yang mempersembahkan lakonan silat sebagai pelengkap lagu “Mentera Semerah Padi.”

    Konsert yang dianjurkan dibawah jenama Fazura tersebut turut menghimpunkan penyanyi terkemuka tempatan yang lain seperti YBhg. Dato’ Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Selain dari itu, konsert Faztival juga telah digamatkan dengan persembahan memukau daripada kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi. 

    Pengasas Fazura, Nur Fazura binti Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz, meluahkan rasa sangat terharu beliau dengan sambutan luar biasa terhadap  konsert sulung Faztival pada tahun ini dan berharap untuk menjadikan Faztival Fazura  sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya. 

    “Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records” 

    Konsert Faztival Fazura 2022 telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan penciptaan dua rekod baharu peringkat kebangsaan iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia

    Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, Faz juga telah melancarkan produk terbaru dipasarkan syarikatnya iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semulajadi. 

    Sorakan berterusan penonton di Axiata Arena malam tadi turut diserikan oleh nyanyian Nur Fazura sendiri dengan medley lagu popular beliau dan diakhiri dengan gubahan semula lagu “Jika Cinta Allah” yang diiringi petikan gitar akustik oleh Ahmad Dhani.

    Ahmad Dhani dan Mulan adalah dua orang artis Indonesia jemputan khas yang telah membuat persembahan pada konsert sulung Faztival malam tadi. Konsert Faztival Fazura 2022 diakhiri oleh persembahan khas Ahmad Band yang diketuai Ahmad Dhani. 

    Selain daripada menghargai para peminatnya, anjuran konsert seperti ini juga disasarkan oleh syarikat Fazura untuk membantu merancakkan industri hiburan tanahair dan kegiatan ekonomi industri hiliran yang lain seperti pelancongan dan  Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) tempatan yang telah  banyak menerima kesan akibat pandemic COVID-19, selaras dengan aspirasi  #MilikSemua.

  • FAZURA LANCAR ‘BEAUTY WATER’, MINUMAN TANPA GULA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT SECARA SEMULAJADI

    KUALA LUMPUR 12 September 2022 – Sehubungan dengan konsert Faztival Fazura 2022 malam semalam, Nur Fazura binti Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Faz telah memperkenalkan produk untuk mencantikkan kulit secara semulajadi yang diberi nama “Fazura Beauty Water” di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Jenama Fazura yang sentiasa menitikberatkan kualiti telah menghasilkan produk minuman kecantikan kulit dalam bentuk minuman tanpa gula, sesuai dengan gaya hidup alaf baharu. 

    “Faz bersyukur kerana dapat menghasilkan produk minuman kecantikan yang selamat dan dapat menunjukkan kesan seawal tujuh hari, secara semulajadi. Jadi Fazura Beauty Water bukan sahaja terdiri dari ramuan yang dapat membantu mencantikkan kulit, malah rasa manis tanpa gula dapat membantu pengguna yang lebih gemarkan gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.” 

    Minuman Fazura Beauty Water tersebut diperkayakan dengan ramuan lycopene, milk thistle, beta carotene dan multivitamin diyakini berpotensi menunjukkan kesan positif pada kulit seawal tujuh hari. Berbeza dengan kebanyakkan produk lain, minuman Fazura Beauty Water dengan kandungan 100% semulajadi mempunyai rasa manis tetapi tidak mempunyai gula kerana menggunakan pemanis semulajadi dari Monkfruit. 

    Fazura Beauty Water didatangkan di dalam tiga perisa semulajadi iaitu laici, mangga dan beri campuran dengan rekaan botol yang menarik perhatian. Selain membantu organ badan menghasilkan kolagen secara semulajadi, Fazura Beauty Water dapat membantu masalah jerawat dan membantu proses anti-penuaan.  

    Kandungan ramuan ejen inspirasi alam yang terkandung dalam Fazura Beauty Water sesuai untuk wanita dan lelaki metropolitan yang semakin prihatin dalam menjaga kecantikan kulit mereka. 

    Fazura Beauty Water boleh dibeli secara online di ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties dan ejen Fazura terdekat yang disenarai di fazurabesties.com bermula pada 19 September 2022. Harga Fazura Beauty Water adalah mampu milik iaitu RM27.00 sekotak di mana sekotak mengandungi 4 botol. Pengguna hanya perlu meminum 4 botol bagi empat hari pertama dan secara selang sehari selepas itu dengan penggunaan adalah kurang dari RM100.00 sebulan.

  • AEON lakukan ‘Crowdsource’ #ClassicMalaysianMoments Memperingati Memori Malaysia ke dalam NFT

    KUALA LUMPUR, 13 September – Selaras dengan perayaan Merdeka ini, AEON Malaysia mempamerkan rasa terima kasihnya atas semangat dan kebersamaan orang ramai dengan menganjurkan platform ‘crowdsourcing’ untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia tentang apa yang mereka rasa sebagai pengalaman atau kenangan ikonik Malaysia yang membezakan rakyat Malaysia. Input ini kemudiannya diundi melalui media sosial agar ia dapat diabadikan sebagai aset digital, ‘non-fungible token’ (NFT).

    Sepuluh (10) pilihan #ClassicMalaysianMoments daripada 500+ penyertaan diumumkan hari ini di AEON Taman Maluri, dengan (5) pemenang utama membawa pulang baucar AEON RM1,500 dan lima (5) pemenang saguhati menerima baucar AEON RM500. Reka bentuk pemenang ini juga akan diubah menjadi NFT yang boleh ditebus oleh pelanggan AEON* sebagai momento dalam dunia digital.

    Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen berkata, “Kami sangat teruja untuk melakukan ini bersama-sama dengan pelanggan kami kerana NFT ini adalah pengalaman mereka yang tidak ternilai dalam menjadikan rakyat Malaysia unik. Kami bertuah dapat bekerja secara berterusan bersama pelanggan kami dan membuka peluang mereka berkongsi dengan kami pandangan dan pemikiran mereka – ianya tidak ternilai. Sebagai balasan, kami berharap dapat berkongsi aset digital ini dengan lebih ramai lagi sebagai tanda terima kasih kepada semua orang.”

    Orang ramai dialu-alukan untuk memuat naik visual asli (foto/seni digital/seni tradisional) di Facebook, Twitter, dan Instagram dengan hashtag #AEONxMerdeka65 #ClassicMalaysianMoments serta #IniKonfemMalaysia dari 15 Ogos hingga 29 Ogos. Setiap penyertaan juga boleh memaparkan mana-mana jenama Malaysia kegemaran mereka dan bagaimana jenama itu telah mempengaruhi cara hidup rakyat Malaysia sepanjang 65 tahun ini.

    “Keputusannya sungguh menakjubkan! Kami amat teruja kerana dapat sama-sama berkongsi detik-detik yang dirakam oleh rakyat Malaysia, menunjukkan cara dan rutin harian rakyat Malaysia yang penuh kenangan.” tambah Low.

    Di samping AEON, jenama lain yang sering disebut dalam kebanyakan #ClassicMalaysianMoments termasuk Milo, Hup Seng, 100 plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellogg’s, Munchy’s, F&N, Naturel dan Cap Kipas Udang.

    AEON juga bekerjasama dengan Meta Universe (MU), pembekal penyelesaian perusahaan asli untuk semua perkara NFT dan metaverse, yang memberikan hala tuju dan sokongan yang lancar dalam destinasinya ke arah aliran digital semasa melalui peraduan #ClassicMalaysianMoments ini.

    Senarai Pemenang:

    x5 Pemenangx5 Saguhati
    ·         Lim Goh Chit – Roti Gardenia for 75 years·         Aida – MILO piring·         Ariel Lee – Good Game with 100 Plus·         Kin RZ – MILO Kotak·         Syukur Rani – Merdeka bersama Nescafe·         Rusydi – The MILO moment·         Afi Sulaiman – Classic Malaysian·         Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel·         Kin RZ – MILO Kotak·         Syukur Rani – Merdeka bersama Nescafe·         Rusydi – The MILO moment·         Afi Sulaiman – Classic Malaysian Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel·         Arif Hafizuddin- The best pairing; MILO with Munchy’s Oat Krunch·         Fatin – Hup Seng cicah Susu for life·         Hairrey – Childhood memory with MAGGI

    Untuk butiran lanjut tentang peraduan dan untuk melihat semua penyerahan yang kreatif dan menarik, sila layari https://www.aeonretail.com.my/merdeka2022.

  • ADUAN JIWA MUSIM 2 MENDALAMI KISAH-KISAH TRAUMA DENGAN LEBIH MENDALAM

    Musim baharu rancangan sembang ADUAN JIWA telah bermula di TV9. Pada musim kedua, ADUAN JIWA akan menarik semula penonton bersama penyampai dan personaliti terkenal Ahmad Fedtri Yahya dan menunjukkan perkongsian pengalaman sebenar kes trauma tertentu dengan lebih terperinci. Bermula pada 18 September 2022, jam 10.30 malam. pada hari Ahad di TV9, cerita dari pelbagai latar belakang ini akan mula disiarkan. Ia juga akan disiarkan secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

    Menurut Ahmad Fedtri Yahya yang juga merupakan tulang belakang program ADUAN JIWA, “Selepas perkenalan musim pertama, ramai yang ingin meluahkan kisah-kisah trauma tapi takut. Mungkin kerana ia adalah sesuatu topik yang taboo. Namun, banyak juga yang hubungi saya di Twitter dan Instagram. Hari-hari saya menerima mesej yang menjadi tular dan diperkatakan. Pelbagai isu yang saya perolehi daripada mereka seperti hal rumah tangga, ibu bapa, keluarga, persahabatan dan masalah seksual.” 

    Lebih istimewa, ADUAN JIWA musim kedua membawakan Ahmad Fedtri Yahya terus ke lokasi pengadu bagi mendengar kata-kata luahan orang ramai. Tambah Ahmad Fedtri lagi, “Bukan mudah untuk mendapatkan responden yang ingin berkongsikan masalah atau isu ketika di suasana terpencil seperti di dalam studio. Mungkin mereka menjadi segan apabila berhadapan dengan kamera, jadi musim kali ini akan menjadi lebih selesa untuk pengadu yang ingin berkongsi kisah mereka.”

    Namun Fedtri mengakui ia bukan sesuatu yang mudah baginya untuk mendapatkan responden. Katanya, “Ada yang menarik diri selepas penggambaran kerana atas faktor keselamatan. Ada juga yang membatalkan hasrat sebaik tiba di lokasi penggambaran. Apa yang kami boleh buat adalah memberikan masa dan ruang serta menggunakan medium alternatif seperti panggilan video bagi memastikan kisah mereka dapat disampaikan.”

    Episod pertama yang akan bersiaran pada 18 September ini bertajuk “Setelah Ayah Pergi” dan  memaparkan topik luahan Da’i Amirah yang mengambil tugas berat selepas kehilangan bapanya. Da’i Amirah meneruskan amanah dan legasi penjagaan rumah orang tua yang ditinggalkan oleh ayahnya. Dalam menguruskan amanah yang diberi dan melayan kerenah penghuni, Amirah turut rindu akan kasih sayang seorang bapa. 

    Manakala, episod kedua yang bertajuk “HIV Di Usia Senja” menceritakan kisah-kisah lelaki warga emas di Rumah Perlindungan HIV Muslim. Oleh kerana penyakit mereka sudah di tahap kritikal, kini mereka ditempatkan di pusat perlindungan dan menghitung hari untuk sesuatu yang samar akibat kesilapan silam. 

    “Saya mengharapkan program ini akan berterusan kerana ia dapat membantu orang ramai. Mungkin ada antara mereka menonton secara santai tetapi masih boleh mendapat info yang banyak daripada panel jemputan seperti pakar psikiatri, ustaz, ustazah dah ahli motivasi. Sebelum ini, Aduan Jiwa memaparkan kisah namun tiada kata putus. Pada musim baharu ini, kami akan memberi cadangan bagi membantu individu yang berada dalam situasi yang sama. Semoga  penonton mendapat manfaat dari program dan mereka mendapat sesuatu untuk memulihkan trauma atau masalah yang mereka hadapi,” ujar Ahmad Fedtri Yahya. 

    Nantikan topik-topik menarik penuh informasi yang akan dibawa selama 10 episod di ADUAN JIWA musim kedua mulai 18 September, setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di TV9 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

  • JOHN LEGEND’S HIGHLY ANTICIPATED 8TH STUDIO ALBUM, LEGEND OUT NOW VIA REPUBLIC RECORDS 

    LEGEND, the highly anticipated eighth studio album from multi-platinum, 12-time Grammy Award winner John Legend, was released today by Republic Records. The lively double album is infused with an unapologetic sense of sensuality and joy, informed by the complete vulnerability of grief, praise, and healing, and is executive produced by Legend and prolific producer-writer Ryan Tedder (Beyoncé, Adele, and others). LEGEND is available to stream/download HERE.

    ACT I of the epic double album recalls vividly the worldly, sensual pleasures of Saturday night – full of lust, self, sex and adventure.  It opens with “Rounds”, an immersive joint featuring Rick Ross, an artist with whom Legend has collaborated perhaps more than any other.  Other tracks include the smoldering R&B bedroom romp “Splash” featuring Jhene Aiko and rapper Ty Dolla $ign, “Dope,” a “summery, feel-good track” featuring rapper JID (Rolling Stone) and “Love,” featuring Jazmine Sullivan, whom Legend has known since she was a young artist.  ACT I climaxes in the immediately addictive and utterly uplifting “All She Wanna Do” featuring Saweetie, which Uproxx called a “sexy, dancefloor banger” and Rolling Stone described as a “roller disco jam.”

    ACT II evokes the feeling of a Sunday morning, with its focus on healing, intimacy, soulfulness and commitment.  It includes “Honey,” “a sultry, jazz-inspired” R&B track featuring Muni Long (Billboard) and “Wonder Woman,” a touching tribute to the power and grace of all the women in Legend’s life featuring the nostalgic, soulful Dap Kings.  Other tracks on ACT II include “Good,” featuring Ledisi, a tale of intimate healing and the relief that comes with knowing you’re in a relationship with the right person and “Pieces,” a devastatingly beautiful ballad about living with loss and grief.

    LEGEND has the feeling of a classic, and yet feels new, representing a fresh start for the artist with record label Republic, and a playful, adventurous feel. At the same time, it asserts its place in the canon of Black art, where honoring one’s ancestral story is as much part of existence as is that love, beauty and joy.

    Legend is set to perform “Pieces” from the new album at the 74th Primetime Emmy Awards on September 12th.  Next month, the EGOT winner will return to Las Vegas for his critically acclaimed “Love in Las Vegas” residency, with shows running from October 14th through  October 29thBillboard previously raved about the show, saying “…Legend held the full house in his hands as they danced, screamed and aah-ed their way through a generous set encompassing the multiple Grammy winner’s eight-album catalog of hits and fan faves.” Tickets are available HERE

    LEGEND Track List:

    ACT I 

    1 Rounds ft. Rick Ross

    2 Waterslide

    3 Dope ft. JID

    4 Strawberry Blush ft. Free Nationals

    5 Guy Like Me

    6 All She Wanna Do

    7 Splash ft Jhene Aiko, Ty Dolla $ign

    8 You

    9 Fate ft. Amber Mark

    10 Love ft. Jazmine Sullivan

    11 One Last Dance

    12 All She Wanna Do ft. Saweetie

    ACT 2

    1 Memories

    2 Nervous

    3 Wonder Woman

    4 Honey ft. Muni Long

    5 I Want You to Know

    6 Speak in Tongues ft. Jada Kingdom

    7 The Other Ones ft. Rapsody

    8 Stardust

    9 Pieces

    10 Good ft. Ledisi

    11 I Don’t Love U Like I Used To

    12 Home

  • BMW Malaysia unveils the newly enhanced BMW M850i xDrive Coupé MY Edition

    The newly improved BMW M850i xDrive Coupé MY Edition is unveiled by BMW Malaysia. The luxury M Performance sports coupé has been overhauled by the premium manufacturer with a new front profile and a host of additional standard features.

    Kuala Lumpur, 14th September 2022 – BMW Malaysia today introduced several enhancements for the BMW M850i xDrive Coupé, first introduced in Malaysia back in 2018. Now featuring a distinct, new front profile, the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition has received a suite of sporty design updates for both its exterior and interior, as well as an expanded list of standard equipment.

    Beginning with the front profile, the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition has been fitted with M exterior mirrors and the signature M emblem on the kidney grille as standard, courtesy of the standard inclusion of the M Performance package. This is complemented by the “Iconic Glow” lighting feature for the kidney grille, with LED units that provide a waterfall-like illumination that cascades down the grille slats. From the side, the sportiness of the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition is enhanced by 20-inch double-spoke style M light alloy wheels in 895 M Bicolour with performance and staggered tyres, as well as M Sport brakes in high-gloss black. Lastly, adding to the distinctive profile of the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition are the M Lights Shadowline and M high-gloss Shadowline with extended contents.

    Moving onto the interior of the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition, the driver is greeted by a larger, high-resolution control display, now measuring at 12.3 inches. M Sport seats are also standard for the driver and front passenger. Besides that, Carbon Fibre M interior trim finishers furnish the cabin, while the doors are also equipped with electroplated controls. For a higher level of comfort and ambience, the automatic air conditioning with 2-zone control, while onboard entertainment is provided by the Bower & Wilkins Diamond surround sound system as standard. The alarm system also enhances safety within the vehicle.

    Exterior colour offerings for the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition include BMW Individual Frozen Pure Grey Metallic and BMW Individual Frozen Tanzanite Blue Metallic. On the other hand, interior upholstery features BMW Individual Extended Leather Trim “Merino”, with colour offerings of Black, Cognac, Ivory White, Night Blue, Tartufo and Fiona Red. 

    For more details on the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition, please visit https://bmw.com.my/en_MY/all-models/8-series/coupe/2022/bmw-8-series-coupe-highlights.html. To view the configurator for the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition, visit https://configure.bmw.com.my/en_MY/configure/G15/BC42/.

    Dynamic financial programme. 

    With the Straight Line Financing Plan from BMW Group Financial Services Malaysia, the New BMW M850i xDrive MY Edition can be owned with a monthly instalment plan starting from RM 12,797.00 (based on estimates of an 80% loan on a five-year tenure).

    Complete premium ownership experience.

    Owners of the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition will receive the complete BMW Group Malaysia Premium Ownership experience which includes:

    •             BMW 5-Year Unlimited Mileage Warranty with Free Scheduled Service Programme

    •             BMW Roadside Assistance and Accident Hotline

    •             The BMW Group Loyalty+ Mobile App – BMW Privileges Card

    •             BMW Service Online

    The recommended retail pricing for the New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition, with BMW Service and Repair Inclusive as well as Sales and Service Tax (on the road, without insurance) are:

    The New BMW M850i xDrive Coupé MY Edition                                RM 1,102,800.00

  • AEON’s Crowdsourced #ClassicMalaysianMoments and Commemorates Definitive Malaysian Memories into NFTs

    KUALA LUMPUR, Sept 13 – This Merdeka season, AEON Malaysia showed its respect for community spirit and togetherness by offering a crowdsourcing platform where Malaysians could submit their interpretations of great Malaysian moments that defined Malaysians. These entries are then voted on via social media in order to be immortalised as digital assets, as non-fungible tokens (NFTs).

    The ten (10) selected #ClassicMalaysianMoments out of 500+ submissions were announced today at AEON Taman Maluri, with the top (5) winners walking away with RM1,500 in AEON vouchers and five (5) consolation winners receiving RM500 in AEON vouchers. These winning designs will also be transformed into NFTs that AEON customers may redeem* as keepsakes in the digital world.

    AEON’s Chief Merchandise and Marketing Officer Low Ngai Yuen said, “We are thrilled to do this together with our customers as these NFTs are their priceless experiences on what makes Malaysians unique. We will cherish being able to continuously work alongside with our customers and have them share with us their views and thoughts – this is invaluable. In return, we hope to share these digital assets with many more as our way to thank everyone.”

    The public is welcomed to upload original visuals (photographs/digital art/traditional art) on Facebook, Twitter, and Instagram with the hashtags #AEONxMerdeka65 #ClassicMalaysianMoments as well as #IniKonfemMalaysia from August 15 to August 29. Each submission may also include any of their favourite Malaysian brands and how the brand has influenced how Malaysians have lived over the previous 65 years.

    “The results were breathtaking! What a pleasure to participate in moments captured by Malaysians, highlighting Malaysians unmistakably in a like-minded way of life as part of their everyday routine.” Low added.

    Alongside AEON, other brands that are often mentioned in most #ClassicMalaysianMoments include Milo, Hup Seng, 100 plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellogg’s, Munchy’s, F&N, Naturel and Cap Kipas Udang.

    AEON also partnered with Meta Universe (MU), a native enterprise solutions supplier for all things NFT and metaverse, who provided seamless direction and support in its voyage into the current digital trend through the #ClassicMalaysianMoments contest.

    The list of the winners:

    x5 Winnersx5 Consolation
    ·         Lim Goh Chit – Roti Gardenia for 75 years·         Aida – MILO piring·         Ariel Lee – Good Game with 100 Plus·         Kin RZ – MILO Kotak·         Syukur Rani – Merdeka bersama Nescafe·         Rusydi – The MILO moment·         Afi Sulaiman – Classic Malaysian·         Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel·         Kin RZ – MILO Kotak·         Syukur Rani – Merdeka bersama Nescafe·         Rusydi – The MILO moment·         Afi Sulaiman – Classic Malaysian Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel·         Arif Hafizuddin- The best pairing; MILO with Munchy’s Oat Krunch·         Fatin – Hup Seng cicah Susu for life·         Hairrey – Childhood memory with MAGGI

    For further details about the contest and to see all the creative & interesting submission, please visit https://www.aeonretail.com.my/merdeka2022.

  • MATA MENGANJURKAN MISI DAGANG PELANCONGAN (BIZ CONNECT) KE LONDON SEMPENA WORLD TRAVEL MARKET

    13 September 2022 Kuala Lumpur – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) akan menganjurkan Misi Perdagangan Pelancongan (Biz Connect @WITM London) dengan peserta industri pelancongan tempatan untuk mewujudkan perkongsian komersial dengan syarikat pelancongan di London sempena World Travel Market di London, yang akan diadakan. di Excel, London dari 7 hingga 9 November 2022. World Travel Market London ialah pameran pelancongan antarabangsa terbesar di dunia, dengan hampir setiap negara hadir.

    Biz Connect @WTM London akan diadakan di Holiday Inn Regent’s Park yang terlertak ditengah-tengah bandaraya London pada 6 November 2022 bermula dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang. MATA mensasarkan 50 pemain industri pelancongan tempatan yang akan turut serta dalam misi Biz Connect ini. Peserta bagi Misi Biz Connect ini terdiri daripada Agensi Pelancongan, Hotel, Resort, Inap Desa, Taman Tema, Pusat Membeli-belah, Syarikat Penerbangan, Syarikat Pengangkutan Darat dan Persatuan Pelancongan.

    Sabagai Rakan Strategik MOTAC, MATA sudah tentu akan berganding bahu membantu pihak Kerajaan Malaysia terutama nya MOTAC dan Tourism Malaysia dengan mempromosikan Malaysia sebagai Destinasi Pilihan bagi pelancong dari Eropah terutamanya dari United Kingdom.

    Biz Connect @WTM London diadakan sebagai Pra World Travel Market yang mana peserta dari Malaysia akan dapat menjalinkan sesi perniagaan mereka secara langsung dengan pembeli (Agensi Pelancongan dari United Kingdom) yang dijemput untuk menyertai Biz Connect @WTM London ini. Biz Connect @WTM London lebih mensasarkan pasaran United Kingdom berbanding semasa Pameran WTM adalah pasaran secara terbuka yang bersaing dengan negara lain yang menyertai.

    Biz Connect @WTM London menyasarkan seramai 60 lebih agensi pelancongan di United Kingdom yang telah dipilih akan hadir bagi sesi ini. Pemain Industri Pelancongan tempatan digalakkan mengambil kesempatan ini unuk mencari peluang menjalinkan perniagaan mereka sekali gus membantu pihak MOTAC dalam merealisasikan jumlah sasaran 10 Juta kedatangan pelancong,

    Bagi penggiat industri yang ingin menyertai Misi Dagang Biz Connect, boleh mendaftar melalui pautan dibawah https://docs.google.com/forms/d/1mJt4W75PSXtZylTOqBrEAWn13E1cI9in15b72eUO68/prefill

    MATA juga dalam rangka mengadakan Misi Dagang Biz Connect @ITB Berlin dan Biz Connect @ATM Dubai pada awal tahun 2023. Bagi pemain industri yang berminat untuk menyertai Misi Dagang Biz Connect @WTM London ini boleh menghubungi Sekatariat di info@mata.travel

  • Barisan Pemenang Anugerah Industri Muzik 23

    Selepas berehat selama lima tahun, Anugerah Industri Muzik (Anugerah Industri Muzik atau AIM) kembali dengan penuh kejayaan untuk meraikan dan mengiktiraf penyanyi tempatan. Versi ke-23 acara itu diadakan oleh Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), menunjukkan bahawa AIM masih signifikan dan tidak kehilangan tarikannya.

    Acara itu menyaksikan peminat muzik tempatan meraikan pemenang, terdiri daripada penyanyi kegemaran mereka yang lagu-lagu mereka dianggap terbaik sepanjang tahun. Yang mencuri tumpuan di AIM23 ialah label rakaman Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia menggondol 12 anugerah daripada 21 kategori.

    Berikut adalah barisan pemenang yang berjaya meraih gelaran dalam Anugerah Industri Muzik (AIM):

    Artis Baru Terbaik

    Vanessa Reynauld

    Persembahan Vokal Terbaik di

    Dalam Lagu (Lelaki)

    Arddley Nicholas

    Lagu: Pilu

    Persembahan Vokal Terbaik

    Di Dalam Lagu (Wanita)

    Ernie Zakri

    Lagu: Sinar Mata Hati

    Persembahan Vokal Terbaik

    Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

    V.E

    Lagu: Tunggu

    Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik

    Di Dalam Lagu

    Shila Amzah and Liza Hanim

    Lagu: Bahagiakan Dia

    Video Muzik Terbaik

    Pengarah: Chuan Looi

    Video Muzik: Gatal

    Artis: Janna Nick

    Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam

    Filem atau Drama

    Bahagiakan Dia

    Shila Amzah & Liza Hanim

    Komposer & Penulis Lirik: 

    Aliff Iskandar & Que Afiq

    Lagu Rock Terbaik

    Tugu Ugut

    Sekumpulan Orang Gila

    Komposer: Nazrin

    Penulis Lirik: Ajim Juxta

    Lagu Pop Terbaik

    Goodbye Hello

    Syamel and Ernie Zakri

    Komposer & Penulis Lirik:

    Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

    Lagu R&B/Hip Hop Terbaik

    CIAO

    Joe Flizzow

    Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions

    Penulis Lirik: Joe Flizzow, Jay Park

    Lagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik

    Fun, Lust, Love

    Late Night Frequency

    Komposer & Penulis Lirik: Moja LNF

    Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

    Game of Charades

    Sophia Zuhri

    Komposer & Penulis Lirik: Sophia Zuhri

    Lagu Cina Tempatan Terbaik

    Wu Ren Qian Shou De Xin Fu

    Uriah

    Komposer: Uriah, Jia Wang

    Penulis Lirik: Hong Jian Rui

    Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang 

    Dipersembahkan Oleh 

    Artis Luar Negara

    Tak Ingin Usai

    Keisya Levronka

    Komposer & Penulis Lirik: Mario G. Klau

    Lagu Nasyid Terbaik

    Thank You Allah

    Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris

    Komposer: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K

    Penulis Lirik:

    Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, 

    Cat Farish, Ustaz Haris

    Lagu Pop Etnik Terbaik

    Adat Kasih

    Ziha Salleh

    Komposer: Aubrey Suwito

    Penulis Lirik: Tinta

    Album Terbaik

    Penerbit: Wolfy

    Album: Yonny (Deluxe Version)

    Artis: Yonnyboii

    Lagu Terbaik

    Goodbye Hello

    Syamel and Ernie Zakri

    Komposer & Penulis Lirik: 

    Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

    PRA-ANUGERAH

    Kulit Single atau Album Terbaik 

    Pereka: Patrick Leong Kok Soong

    Album: Adat Kasih

    Artis: Ziha Salleh

    Rakaman Album Terbaik

    Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito

    Album: Belagu

    Artis: Dayang Nurfaizah

    Rakaman Lagu Terbaik

    Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito

    Lagu: Tudung Periuk

    Artis: Dayang Nurfaizah

    Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 

    Arranger: Aubrey Suwito

    Lagu: Tudung Periuk

    Artis: Dayang Nurfaizah

    Lagu Paling Tinggi Di Strim

    Lotus

    Artis: ForceParkBois

    Label: FORCEPARKBOIS

    Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi 

    Ditonton di YouTube

    Malam Semakin Dingin

    Artis: Tajul & Afieq Shazwan

    Label: FMC Music

    Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi 

    Adakah Ini Mimpi

    Artis: Reedzwann

    Label: Rusa Marketing/Universal Music

  • KEMENANGAN PERTAMA HAZAMI DI TERPALING JUARA!

    Hazami bangkit dan “membalas dendam” di pentas Terpaling Juara dengan memenangi anugerah persembahan terbaik dalam episod 4 dengan lagu “Portret,” yang ditulis oleh kapten Akim Ahmad, selepas didedahkan berada di tangga paling bawah dalam episod 3. Anugerah wang tunai RM 5,000 turut diberikan sebagai meraikan kejayaan tersebut.

    Persembahan Hazami yang mengubah genre lagu Potret daripada Rock kepada R&B telah menerima komen-komen positif daripada juri tetap, Dato’ Hattan. “Satu persembahan yang sangat memuaskan daripada Hazami di episod 4 kerana beliau telah menyuntik elemen R&B dalam lagu Rock dan hasilnya sangat sedap didengar. Hazami telah buktikan beliau boleh nyanyi lagu R&B dengan baik. Di episod akan datang, saya nak lebih lagi daripada Hazami kerana saya yakin beliau boleh memberi dan menyampaikan semua lagu dengan baik.”Komen Dato’ Hattan. 

    Bertemakan ‘Kapten’ yang mempertandingkan lagu – lagu ciptaan 3 kapten iaitu Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang bersaing di Terpaling Juara. Berikut ialah senarai Pilihan Lagu Terpaling dan persembahan istimewa daripada Ramlah Ram dan Datuk Nash di episod lepas. 

    1. Canggung (SFMM35, nyanyian asal oleh Wany Hasrita) – Shaz
    2. Potret (AJL30, nyanyian asal oleh Akim & The Majistret) – Hazami
    3. Sumpah (AJL34, nyanyian asal oleh Naim Daniel) – Aqmal
    4. Jampi (AJL32, nyanyian asal oleh Hael Husaini) – Rahmad Mega
    5. Purnama (AJL36, nyanyian asal oleh Naim Daniel) – Ifa Raziah
    6. Rampas (AJL34, nyanyian asal oleh Akim & The Majistret) – Aqeesh
    7. Persembahan pembukaan – Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu oleh Ramlah Ram
    8. Persembahan penutup – Pada Syurga Di Wajahmu oleh Datuk Nash

    Pusingan penyingkiran di episod 4 menyaksikan Ifa Raziah (kapten Naim Daniel) telah meninggalkan pentas Terpaling Juara. Persaingan semakin sengit dengan berbaki 5 peserta, Hazami & Aqeesh (Kapten Akim Ahmad), Rahmad Mega & Shaz (Kapten Hael Husaini) dan Aqmal Ramdan (Kapten Naim Daniel) di episod akan datang dengan tema ‘Vice Versa‘ yang mahu melihat sisi berbeza para peserta dengan genre muzik yang berlainan daripada portfolio masing-masing. Nantikan juga persembahan hebat daripada Azlan The Typewriter an Misha Omar di episod 5 pada 18 September 2022. 

    1. Terlalu Istimewa (AJL21, nyanyian asal oleh Adibah Noor) – Hazami
    2. Janji Manismu (AJL5, nyanyian asal oleh Aishah) – Aqmal
    3. Segalanya Ku Terima (AJL4, nyanyian asal oleh Ilusi) – Aqeesh
    4. Bunga (AJL33, nyanyian asal oleh Ara Johari) – Rahmad Mega
    5. Kau Pun Sama (AJL33, nyanyian asal oleh Syamel) – Shaz

    TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij  untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior mempertaruhkan lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL). 

    Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap dan bersiaran untuk 8 episod. Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000. 

    Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.  Layari www.xtra.com.my/terpalingjuara untuk info terkini. 

    Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit. Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.