Category: ATTRACTION

  • Sacco kekalkan momentum blazer mutu tinggi

    Sacco kekalkan momentum blazer mutu tinggi

    Sacco sebenarnya bermaksud blazer dalam bahasa Jerman dan dalam bahasa Itali memberi pengertian ‘banyak sekali’.

    Jenama itu semakin menjadi sebutan apabila koleksi sulungnya yang dinamakan ‘Colori’ Di Napoli’ mula diperkenalkan di Singapura kemudian disusuli di Tokyo, Kobe dan Nagoya di Jepun.

    Sacco dalam satu kenyataan berkata, jenama dari Singapura yang berada dalam kelas tersendiri itu sentiasa percaya kepada konsep less is more.

    Seperti yang dikatakan oleh pengasasnya, Alexander Hascher, blazer label itu tidak terlalu slim dan tidak terlalu longgar.

    Pendek kata, ia berpadanan dengan struktur tubuh seorang lelaki.

    JANGAN tidak percaya, blazer daripada jenama Sacco turut digemari golongan wanita.

    JANGAN tidak percaya, blazer daripada jenama Sacco turut digemari golongan wanita.

    “Sekiranya seseorang sedang mengembara, si pemakai akan masih kelihatan bergaya dan selesa,” kata kenyataan itu.

    Blazer Sacco diperbuat menggunakan kain hopsack dari kilang tertua di Itali, Vitale Barberis Canonico. Hopsack merupaka cara menenun serat yang menghasilkan kain yang tahan lasak.

    Perincian Pada koleksi terbaharu, terdapat 12 rona warna yang menakjubkan yang diilhamkan daripada (warna-warna) dari Pulau Procida, Teluk Naples.

    Antaranya ialah biru laut klasik, hitam dan kelabu, emas, merah jambu dan warna langit biru.

    Kesemuanya sesuai ditampilkan dalam apa sekalipun suasana.

    Sacco pada masa sama, memberi perhatian kepada perincian terutama pada butang blazer.

    Butang pada jaket berkenaan begitu mampan apabila menggunakan butang corozo semula jadi.

    Berkenaan dengan rekaan pada poket luar jaket, ia didesain dengan bentuk bawah melengkung dengan sudut tepat 90 darjah.

    “Ketepatan itu adalah luar biasa dalam pakaian lelaki, tetapi ia telah menjadi signatur unik untuk Sacco,” kata kenyataan itu lagi.

    BUTIK Sacco yang terletak di Singapura.

    BUTIK Sacco yang terletak di Singapura.

    Sumber

  • My #QuranTime bakal jadi fenomena, cetus gelombang ‘tsunami’

    My #QuranTime bakal jadi fenomena, cetus gelombang ‘tsunami’

    Nota yang dibuat oleh Hasnah sepanjang mengikuti My #QuranTime. (Gambar dalam : Gharizah (kanan) dan Hasnah.)

    Nota yang dibuat oleh Hasnah sepanjang mengikuti My #QuranTime. (Gambar dalam : Gharizah (kanan) dan Hasnah.)

    SEREMBAN – Penganjuran Majlis Konvensyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 bakal menjadi satu fenomena yang mampu mencetuskan gelombang tsunami dalam usaha memperkasa budaya pembacaan dan pemahaman al-Quran.

    Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, program bacaan dan tadabbur al-Quran itu yang telah memasuki 838 episod berjaya mengumpulkan lebih 15 juta penonton bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

    “Bagi saya ia telah berjaya mengubah fikiran ummah untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan mereka.

    “Oleh sebab itu saya sangat berharap program tersebut diteruskan dengan pengisian yang lebih mantap sekali gus boleh menarik minat anak-anak muda mengikutinya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

    Menurutnya, para asatizah yang menyampaikan ilmu al-Quran secara mudah dan santai merupakan salah satu faktor program itu menarik minat ramai.

    Oleh sebab itu katanya, tempoh satu jam berinteraksi dengan al-Quran itu dirasakan sangat pendek.

    “Dengan tiga kali siaran secara mudahnya, kita dapat menjadualkan waktu untuk istiqamah mengikuti program itu sama ada di hadapan TV, telefon bimbit atau komputer riba.

    “Saya sangat kagum dengan sahabat saya Datin Hasnah Abu Samah yang konsisten mengikuti program itu sejak dari awal lagi dengan menulis nota yang dapat dimanfaatkan bukan saja untuk dirinya tapi juga rakan-rakan,” katanya.

    Selain itu, Gharizah berpendapat, tadabbur al-Quran melalui program berkenaan lebih mudah difahami berbanding program lain dan sesuai untuk semua lapisan usia.

    Ia diakui oleh Hasnah yang berasakan program My #QuranTime lebih mudah difahami dan membuatkan orang lebih bersemangat untuk belajar al-Quran.

    “Bila waktu siaran program ini saya akan ‘pulun’ betul-betul untuk mengenal kalam ALLAH ini lebih dekat.

    “Saya ini sudah bersara, jadi banyak waktu terluang dan tepat jam 12 tengah hari itu memang sudah bersedia depan televisyen dan kalau ada urusan saya akan tengok ulangan,” katanya.

    Sumber

  • Garmin fēnix 6 terbaharu – Sinar Harian

    Garmin fēnix 6 terbaharu – Sinar Harian

    Pengarah Urusan Garmin Asia Tenggara, Engelhard Sundoro berkata, produk itu dicipta untuk aktiviti lasak.

    Ujarnya lagi, koleksi fēnix 6 hadir dengan Power Manager untuk jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri pemantauan tenaga inovatif.

    Body Battery TM yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam siri fēnix itu juga direka untuk membantu pengguna menguruskan jadual latihan mereka, masa rehat dan tidur.

    “Kami faham akan keperluan lebih banyak kuasa bateri untuk penggunaan produk pelbagai sukan kami yang lebih lama dan kami sangat gembira untuk memperkenalkan ciri-ciri inovatif baharu bagi meningkatkan pengurusan kuasa fēnix 6X edisi Pro Solar memberikan pengguna semua ciri-ciri yang mereka harapkan daripada rangkaian fēnix.

    JAM tangan tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri mudah diakses termasuk profil aktiviti yang terbina, anggaran VO2 max dan status latihan dengan pelarasan suhu dan ketinggian.

    JAM tangan tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri mudah diakses termasuk profil aktiviti yang terbina, anggaran VO2 max dan status latihan dengan pelarasan suhu dan ketinggian.

    “Kami telah membina fēnix 6 untuk mentakrifkan semula jangkaan dengan ciri-ciri dan elemen reka bentuk yang dipertingkatkan untuk tampil menarik kepada setiap jenis pengembara dalam apa jua persekitaran.

    “Garmin fēnix 6 sebenarnya merupakan model yang paling maju dan canggih dalam barisan produk fēnix. Kami percaya ia merupakan jam pintar yang sempurna bagi rakyat Malaysia untuk dibawa ke persekitaran luar,” katanya.

    Sama ada mengembara, memburu, berjalan kaki, berbasikal, bermain golf, menyelam atau menggunakan komunikasi satelit, peranti aktiviti luar Garmin ialah alat penting untuk peminat kehidupan lasak di semua peringkat.

    Berdasarkan rekod, Garmin aktif di lima pasaran utama termasuk automotif, penerbangan, kecergasan, laut dan rekreasi luar.

    KOLEKSI fēnix 6 hadir dengan Power Manager untuk jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri pemantauan tenaga inovatif.

    KOLEKSI fēnix 6 hadir dengan Power Manager untuk jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri pemantauan tenaga inovatif.

    Berikut ialah penjelasan lanjut tentang siri fēnix 6:

    Power Manager

    Sumber

  • Hanya mahkamah boleh isytihar isteri nusyuz

    Hanya mahkamah boleh isytihar isteri nusyuz

    SHAH ALAM – Pensabitan isteri sebagai nusyuz hanya boleh dilakukan oleh Mahkamah Syariah dan bukannya dakwaan oleh suami secara lisan.

    Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, seorang suami tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan isteri sebagai nusyuz tanpa memfailkan permohonan di mahkamah berhampiran tempat bermastautin.

    “Undang-undang menetapkan pensabitan sama ada seorang isteri nusyuz atau tidak, hanya boleh ditentukan oleh Hakim Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 59 (2) Akta Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.

    “Oleh itu, untuk melepaskan tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri atas dasar nusyuz, bukan dengan cara suami yang mengisytiharkan (isteri nusyuz). Selagi tiada permohonan di mahkamah, maka isteri dianggap taat sekali gus suami masih bertanggungjawab memberi nafkah.

    “Apabila seorang isteri telah disabitkan sebagai nusyuz (oleh mahkamah), maka suami tidak lagi bertanggungjawab untuk memberi nafkah. Itu kesan daripada sudut hukum yang diperuntukkan dalam Seksyen 59,” katanya ketika program Celik al-Quran 4:34 dengan tajuk ‘Siapa Yang Nusyuz: Isteri @ Suami’ yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Ahad.

    Turut diundang sebagai panelis adalah Pengarah Sebarkan Bahagia, Fatimah Syarha Mohd Nordin, manakala Pengasas Akedemi Dr Har, Datuk Dr Harlina Halizah Siraj bertindak sebagai moderator.

    Dalam pada itu, Mohd Na’im yang juga Ketua Hakim Syarie menegaskan, seorang isteri yang meninggalkan kediaman atas dasar menyelamatkan diri daripada keganasan rumahtangga tidak boleh disabit sebagai nusyuz, malah suami yang boleh disabitkan dengan perbuatan itu.

    “Isteri yang dipukul (dan) keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri daripada kezaliman, selagi mana suami tidak memfailkan sabitan nusyuz di Mahkamah Syariah, tetap dianggap taat (walaupun) dia keluar daripada rumah tanpa izin suami.

    “Namun masyarakat sering salah anggap apabila isteri keluar rumah atas dasar untuk menyelamatkan diri, bimbang dikatakan nusyuz, (maka) dia tinggal juga di rumah hingga mengalami kecederaan akibat keganasan suami, ini yang perlu diperbetulkan,” ujarnya.

    Cari penyelesaian terbaik, elak nusyuz suami isteri

    Sementara itu, pasangan suami isteri yang sedang menghadapi konflik rumahtangga perlu mengambil tindakan awal bagi menyelesaikan perselisihan tersebut

    Fatimah Syarha berkata, keadaan itu tidak boleh dibiarkan kerana akan melumpuhkan fungsi pasangan yang akhirnya menyebabkan matlamat perkahwinan gagal dicapai.

    “Kebijaksanaan untuk mencegah sebelum merawat adalah lebih baik dan apa sahaja yang berkaitan dengan kemurkaan ALLAH, kita perlu perbaiki dan bukan melabel pasangan dengan perkataan yang kita sendiri tidak mahu (dilabelkan).

    “Implikasi nusyuz amat buruk dalam kehidupan pasangan suami isteri (dan) antara langkah pencegahan seperti yang tercatat dalam al-Quran menerusi Surah an-Nisa’ ayat 19 ialah, jika kamu tidak suka yakni kalau suami tidak suka kepada isteri, bersabarlah kerana mungkin apa yang kamu tidak suka, ALLAH jadikan ia satu kebaikan. ALLAH bukan suruh ceraikan (isteri) kalau tidak suka.

    “Ini antara kebijaksanaan yang ALLAH ajar (iaitu) sabar, (namun) jika keadaan tidak mampu dipulihkan, kita akui talak adalah jalan penyelesaian, tetapi bukan (dilafazkan) semberono, semudah itu sahaja,” katanya.

    Dalam pada itu Fatimah Syarha berkata, istilah nusyuz tidak boleh dilabel kepada pasangan secara lisan kerana hanya Mahkamah Syariah yang layak mensabitkan suami atau isteri atas perbuatan berkenaan.

    Sumber

  • Work out ketika jerebu? Ikuti tip ini

    Work out ketika jerebu? Ikuti tip ini

    MURAD menunjukkan cara yang betul untuk work out.

    MURAD menunjukkan cara yang betul untuk work out.

    MUNGKIN anda tertanya-tanya sama ada sesuai atau tidak membuat aktiviti work out atau jogging ketika negara dilanda jerebu.

    Tidak mahu aktiviti sihat anda terjejas gara-gara jerebu?

    Usah bimbang kerana Pemilik Gim Xklusive Fitnesz, Murad Zaidi yang juga jurulatih profesional bertauliah ada tip yang boleh membantu anda untuk meneruskan amalan gaya hidup sihat.

    Ikuti perkongsian ringkas beliau untuk pembaca e-Trend. Selamat mencuba!

    Penerbit: Arziana Mohmad Azaman

    Penyunting video: Nurul Adriana Amir

    Sumber

  • JKSM, AGC selesai bincang perlaksanaan hukuman diyat

    JKSM, AGC selesai bincang perlaksanaan hukuman diyat

    Mohd Naím ketika menjadi panelis pada program Celik al-Quran 4:34 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Ahad.

    Mohd Naím ketika menjadi panelis pada program Celik al-Quran 4:34 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Ahad.

    SHAH ALAM – Perbincangan mengenai perlaksanaan konsep pampasan atau hukuman diyat telah selesai antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi beberapa siri perbincangan meja bulat (RTD).

    Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbincangan tersebut mencapai kata sepakat bahawa hukuman diyat tidak boleh disabitkan di peringkat mahkamah syariah ekoran melibatkan mangsa jenayah seperti bunuh atau mendatangkan kecederaan.

    “Hukuman diyat tidak boleh dilaksanakan (di mahkamah syariah) kerana ia melibatkan qisas dan diyat adalah alternatif kepada hukuman mati mandatori. Mahkamah syariah tiada hukuman mati kerana ia di bawah kuasa Mahkamah Sivil. Jadi dalam konteks JKSM, kita mendokong titah dan hasrat Yang di-Pertuan Agong supaya diyat diperkenalkan.

    “Cuma dalam konteks bidang kuasa mahkamah syariah, kita rasa lebih sesuai AGC yang tentukan diyat (diperuntukkan) di bawah mahkamah mana (syariah atau sivil). Saya tidak tahu perbincangan di peringkat AGC dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri sudah sampai setakat mana,” katanya ketika ditemui selepas program Celik al-Quran 4:34 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Ahad.

    Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya menzahirkan harapan supaya cadangan konsep diyat dapat dilaksanakan dan pelaksanaan hukuman tersebut sudah dicadangkan oleh Baginda sejak lima hingga enam tahun lalu, namun ia masih di peringkat kajian hingga kini.

    Dalam pada itu, Mohd Naim yang juga merupakan Ketua Hakim Syarie memaklumkan, pihaknya telah mencadangkan pindaan terhadap beberapa peruntukan undang-undang bagi mengimbangi hukuman diyat dan mati mandatori.

    “Antaranya yang berkaitan dengan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kalau katakan keluarga mangsa bersetuju untuk memaafkan dan menerima diyat sebagai pampasan, peruntukan perlu dipinda dan dibuat agar undang-undang itu dapat mengimbangi undang-undang sedia ada,” ujarnya.

    Pada Jun lalu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

    Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Jemaah Menteri.

    Sumber

  • Koleksi Capsule Wardrobe 2019 tampil 10 rekaan yang lebih dinamik

    Koleksi Capsule Wardrobe 2019 tampil 10 rekaan yang lebih dinamik

    Cetusan ilham oleh jenama penggubah busana yang terkemuka di tanah air itu mengetengahkan penampilan berbeza meliputi lima gubahan utama, dikhususkan untuk dipakai dalam apa jua majlis atau acara.

    Daripada gubahan sut urusan untuk pemakaian formal hinggalah ke Sports Jacket yang menzahirkan penampilan yang serba rapi dan kasual, ternyata koleksi Capsule keluaran Wardrobe terus mengungguli koleksi pakaian yang perlu dimiliki oleh setiap lelaki.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, Lim Fang Heng, pihaknya menyifatkan rekaan pakaian itu bakal menjadi keperluan ikonik yang harus dimiliki oleh setiap lelaki untuk memenuhi cita rasa fesyen mereka.

    “Tidak kira apa jua situasinya, anda boleh menaruh keyakinan terhadap busana yang digubah ini. Pakaian siar atau streetwear sesuai untuk situasi yang tertentu, namun dengan koleksi gubahan pakaian yang bersifat abadi ini, anda boleh mengenakannya pada bila-bila masa,” ujarnya.

    Dengan menekankan nuansa kementerengan dan gaya urban, koleksi tersebut mempamerkan keterampilannya yang memenuhi keperluan pakaian untuk tujuan mesyuarat bisnes, mahupun untuk acara waktu malam.

    Koleksi Capsule 2019 yang menyerlahkan elemen fesyen lelaki itu kategorikan kepada gaya-gaya berbeza.

    KETUA Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, Lim Fang Heng, pihaknya menyifatkan rekaan pakaian itu bakal menjadi keperluan ikonik yang harus dimiliki oleh setiap lelaki untuk memenuhi cita rasa fesyen mereka.

    KETUA Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, Lim Fang Heng, pihaknya menyifatkan rekaan pakaian itu bakal menjadi keperluan ikonik yang harus dimiliki oleh setiap lelaki untuk memenuhi cita rasa fesyen mereka.

    Berikut ialah perinciannya:

    Sut rasmi

    Rekaan sut rasmi membuka tirai Capsule Wardrobe 2019 dengan pakaian dunia perniagaan dan lambang elegan.

    Ia terdiri daripada jaket dan seluar panjang sama warna dan corak serta tenunan fabriknya.

    Bersama sehelai baju kemeja dan tali leher, sut itu biasanya dipakai untuk tujuan perniagaan atau situasi formal.

    Di samping itu, ia juga menawarkan waistcoat yang memberi sentuhan formal ke atas penampilan yang lebih kemas dan rapi.

    Sut berbutang dua baris

    Lagi satu variasi sut rasmi tersebut ialah sut berbutang dua baris yang disertakan dua lapisan fabrik yang bertindan.

    Sut berbutang dua baris itu dipakai dengan mengenakan butang sebenarnya menyuntik kepada penampilan yang serba rapi.

    Diukur, dipotong dan digubah dengan tepat untuk tubuh badan pemakainya, sut jenis tersebut juga memberi penampilan yang penuh sofistikated buat si lelaki.

    Pakaian formal untuk lelaki bergantung kepada waktu-waktu yang tertentu dan sut siang (Day Suit) berfungsi sebagai pakaian yang tepat yang hadir dengan warna lebih ringan seperti kelabu cair dan tona warna bumi.

    The Blazer

    Koleksi Capsule 2019 keluaran Wardrobe juga memperkenalkan The Blazer iaitu pakaian yang diinspirasi daripada pakaian tentera laut.

    Biasanya blazer dipakai dalam warna biru kelasi, dipadankan dengan butang bras serta diukir dengan ikon yang melambangkan kapal tentera laut.

    Kini, butang bras tidak lagi dikenakan pada pakaian itu, namun blazer terus mengekalkan tona warna biru kelasi yang sama.

    Seperti warga tentera laut, blazer juga dipakai oleh individu untuk mesyuarat perniagaan yang kasual, aktiviti pelancongan termasuk aktiviti kelab sukan seperti mengayuh, tenis dan golf.

    Blazer dalam koleksi kapsul itu membawakan tona warna biru kelasi yang dapat diserasikan dengan baju kemeja, kemeja polo dan seluar panjang yang meliputi pelbagai palet warna termasuk kelabu, putih atau khaki.

    KOLEKSI jaket sukan yang diserlahkan dengan warna, corak dan tekstur yang menarik, ia sempurna untuk majlis jamuan dan makan malam.

    KOLEKSI jaket sukan yang diserlahkan dengan warna, corak dan tekstur yang menarik, ia sempurna untuk majlis jamuan dan makan malam.

    Jaket sukan

    Untuk menzahirkan penampilan yang kasual dan versatil, label itu turut memperkenalkan jaket sukan (Sports Jacket).

    Sports Jacket disarungkan di atas chino dan kemeja polo atau denim klasik dan kemeja putih untuk menambahkan lagi elemen tekstur dan gaya ke atas pakaian tersebut yang biasanya tampak sederhana.

    Karakteristik Sports Jacket diserlahkan dengan warna, corak dan tekstur yang menarik dan ia sememangnya sempurna untuk majlis jamuan dan makan malam.

    Tuksedo dan jaket makan malam

    Koleksi Capsule turut membawakan konsep tuksedo dengan rekaan lapel berbutang sebaris dalam warna biru gelap iaitu alternatif bagi warna hitam.

    Ia digandingkan dengan tali leher kekupu dan kemeja majlis makan malam berwarna putih. Padanan itu mampu menyerlahkan ciri formaliti.

    Akhir sekali, koleksi tersebut juga menampilkan jaket majlis makan malam dan versi tuksedo yang lebih versatil.

    Sesuai untuk majlis formal terutamanya jika kod pakaian tali leher hitam dikenakan, ia juga tepat untuk acara-acara sosial seperti parti mewah dan majlis penganugerahan.

    Sumber

  • Sedia terima lebih 5,000 peserta

    Sedia terima lebih 5,000 peserta

    SHAH ALAM – Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya sudah bersedia untuk menerima lebih 5,000 peserta yang bakal hadir dalam Majlis Konvensyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 pada Sabtu ini.

    Penolong Pengarah Kanan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkata, Rashidi Salleh berkata, dengan kapasiti penuh berjumlah 20,000 orang, venue tersebut tidak mempunyai masalah untuk memastikan keselesaan semua peserta sepanjang program berkenaan.

    “Jadi buat masa ini persiapan yang telah kita sediakan membabitkan contohnya kawasan utama program iaitu di ruang solat utama.

    “Kemudian dari segi persiapan logistik seperti tempat jamuan dan tempat rehat tetamu kehormat juga telah kita sediakan. Cumanya kita sekarang ini sedang menunggu hari terakhir untuk lengkapkan persiapan utama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

    Rashidi

    Rashidi

    Majlis Konvensyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 merupakan acara kemuncak bagi program rancangan harian, My #QuranTime yang sudah bakal mencapai jumlah siaran sebanyak 838 episod sejak mula disiarkan pada 8 Jun 2020.

    Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menjadikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai lokasi perdana itu akan bermula pada jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.

    Sementara itu, Rashidi yang juga penyelaras persiapan dan teknikal majlis tersebut berkata, peserta dinasihatkan agar datang lebih awal pada hari acara untuk memastikan kelancaran perjalanan mereka.

    Katanya, pihak masjid juga menyediakan kawasan tempat meletak kenderaan yang agak luas sama ada di kawasan masjid termasuk di luar venue terbabit.

    “Kemudian dengan mengambil kira jumlah peserta yang agak ramai ini, kita juga ingin nasihatkan peserta untuk berhati-hati dan menjaga segala barangan keperluan atau peralatan beg yang dibawa. Kita khuatir jika ada berlaku kehilangan atau keciciran.

    “Selain itu, kita juga harap agar peserta menitikberatkan soal kebersihan sepanjang program diadakan atau semasa jamuan.

    “Pada masa sama, peserta juga diharapkan dapat menjaga aspek yang paling utama iaitu menjaga adab dan disiplin berada di masjid,” ujar beliau.

    Dalam pada tu, Rashidi berkata, penganjuran acara tersebut agak istimewa kerana ia berbeza dengan acara khatam biasa apabila turut memberikan penekanan terhadap aspek tadabbur.

    “Di samping kita membaca dan mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran, dalam masa sama untuk sesi kali ini kita ada sesi tadabbur, maksudnya setiap dibacakan ditadabburkan dengan peserta diberikan pendedahan dengan lebih terperinci,” jelas beliau.

    “Jadi kita harap peserta akan nilai tambah yang ditawarkan pada majlis ini menerusi sesi tadabbur yang diadakan itu.

    “Pada masa sama kita berharap agar peserta dan masyarakat yang menyertai My #QuranTime khususnya yang ikut serta dalam acara kemuncak pada Sabtu ini dapat mengamalkan segala ilmu diperoleh daripada al-Quran dalam kehidupan mereka,” katanya.

    Sumber

  • RDH jenama jean kebanggaan negara

    RDH jenama jean kebanggaan negara

    PEMBUAT jean tempahan khas tempatan, RAW Denim House (RDH) yang berpangkalan di Besut, Terengganu ternyata membuka mata pencinta dunia fesyen antarabangsa mahupun tanah air sejak diasaskan pada tahun 2012 lagi.

    Dalam tempoh tujuh tahun, RDH yang bermula dengan perkhidmatan pengubahsuaian jean, kini semakin mengorak langkah menjadi perniagaan tempahan khas serba lengkap yang mempunyai pelanggan di merata-rata tempat

    Identiti tersendiri dengan lambang ‘cakar ayam’ pada poket belakang menjadi tanda jenama (trademark) buat pengasas RDH. Hasil kerja tangan RDH dikatakan mencerminkan mitos tempatan yang menceritakan bagaimana Besut menjadi satu daerah di negeri Terengganu.

    Pengasas RDH, Ahmad Safuan Nizam Kamarudin yang baru menerima Anugerah Tokoh OKU Negeri Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah bakal menjawab beberapa persoalan signifikan berhubung dunia pembuatan jeans yang dikemukakan e-Trend baru-baru ini.

    Boleh terangkan bagaimana saudara boleh berkecimpung dalam bidang pembuatan jean ini?

    Saya memang berminat tentang jean lebih-lebih lagi aspek artisan dalam pembuatan jean. Kami memberi tumpuan dengan mengekalkan keaslian penciptaan jean dengan menggunakan mesin klasik dari tahun 1940-an. Kami melihat usaha ini sebagai satu bentuk seni yang mana setiap hasil kerja yang kami cipta adalah unik dan lain daripada yang lain dan kami mahu mengekalkan nilai artisan dalam pembuatan jean.

    Apakah yang mendorong saudara untuk belajar dalam bidang jahitan buatan tangan?

    Pada asalnya, saya tiada kemahiran dan pengalaman untuk mereka cipta jean tetapi disebabkan sifat ingin tahu tentang gaya, potongan dan cara jean dibuat, telah menggalakkan saya untuk menuntut ilmu selain mendapatkan maklumat lanjut mengenai seni membuat jean. Akhirnya, minat yang berputik untuk menghasilkan denim bermutu tinggi telah mendorong saya untuk membuat jean sendiri.

    SENTUHAN RDH yang diyakini berkualiti tinggi dan mendapat permintaan ramai.

    SENTUHAN RDH yang diyakini berkualiti tinggi dan mendapat permintaan ramai.

    Bagaimana saudara menterjemahkan budaya dan warisan kraftangan Besut itu sendiri?

    Kraf tangan memang sudah lama menjadi cara penduduk tempatan menterjemahkan budaya dan warisan mereka menjadi suatu sumber pendapatan. Kami berbangga melihat individu memanfaatkan hasil kerja harian menjadi suatu sumber sara hidup dan akhirnya berkembang menjadi sebuah perniagaan yang berjaya.

    Mungkin saudara boleh kongsi kelebihan yang ada pada RDH yang terus relevan menjadi pilihan ramai?

    RDH cukup memberi tumpuan dalam menghasilkan produk berkualiti dan sangat teliti bagi memastikan hanya bahan bermutu tinggi digunakan untuk setiap perincian seperti butang, jahitan dan label. Kami mengekalkan keaslian jean dengan menggunakan mesin klasik seperti Union Special dan Reece 101, yang merupakan mesin dari tahun 1940-an. Dengan cogan kata The Fighting Spirit, saya percaya bahawa berjuang dan berusaha mengatasi ketakutan dan keraguan dalam diri sendiri penting untuk mencapai kejayaan. Dengan semangat tersebut, RDH memberikan perhatian teliti kepada kualiti jean tempahan khas demi mencapai kecemerlangan bagi jenama RDH.

    Apakah material dan pilihan benang yang membuatkan produk RDH cukup istimewa?

    RDH menyediakan pilihan 10 hingga 15 fabrik untuk produk tempahan khas manakala fabrik diimport dari Turki, Itali, Dubai, Zimbabwe, China, Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat dengan berat 296 gram (g) hingga 340g menjadikan jean selesa untuk dipakai. Bagi pilihan benang, kami menggunakan benang warna tembakau untuk mengekalkan rupa denim asli yang original. Produk disesuaikan mengikut kehendak dan pilihan pelanggan dari segi reka bentuk dan jenis fabrik. Fabrik bermutu tinggi akan memberikan kesan pudar semula jadi selepas dipakai selama bertahun-tahun yang membawa maksud, setiap individu akan menghasilkan kesan pudar unik tersendiri mengikut pergerakan seseorang.

    CARA pembikinan jean yang dijalankan di RDH menggunakan material bermutu tinggi dan tahan lasak.

    CARA pembikinan jean yang dijalankan di RDH menggunakan material bermutu tinggi dan tahan lasak.

    Bagaimana saudara mengekalkan kesetiaan pelanggan kepada jenama RDH?

    Pelanggan kami akan menerima perkhidmatan pengubahsuaian percuma sepanjang hayat bagi jean yang dibeli daripada RDH. Selepas dua atau tiga tahun, pelanggan layak menerima diskaun apabila membeli jean baharu setelah memulangkan jean yang lama. Pada masa sama, RDH juga akan mengajar pelanggan tentang jean denim asli dan menunjuk ajar cara-cara untuk menjaga jean mereka.

    Satu soalan lain. Bagaimana Program Mentor Keusahawan ILTIZAM (EMP) mampu membantu usahawan tempatan seperti saudara?

    Sebenarnya, di sinilah kami lihat peranan yang boleh dimainkan oleh ILTIZAM untuk membantu usahawan menambah baik proses dan mencari jalan mengembangkan perniagaan sambil mengekalkan wawasan dan idea asal pengasasnya. Inilah masa yang sungguh mengujakan bagi RDH yang mana kami terus mengembangkan perniagaan dan jenama kami dengan bantuan ILTIZAM. Kami berharap inisiatif yang kami laksanakan dengan pasukan ILTIZAM akan membuahkan hasil dalam usaha kami untuk melonjakkan jenama ke fasa pertumbuhan yang seterusnya dengan mempelbagaikan penawaran produk kami ke pakaian lain.

    Sumber

  • Sibuk bekerja tidak jadi halangan

    Sibuk bekerja tidak jadi halangan

    Mahani (kiri) dan laporan Sinar Harian mengenai program My #QuranTime.

    Mahani (kiri) dan laporan Sinar Harian mengenai program My #QuranTime.

    SHAH ALAM – Kesibukan bekerja bukan halangan untuk umat Islam di negara ini menyertai atau mengikuti setiap program My #QuranTime yang dianjurkan.

    Salah seorang peserta, Mahani Mohamed, 57, berkata, dia tidak pernah ketinggalan menyertai program berkenaan pada dua tahun lalu walaupun ketika itu masih bekerja.

    Selain itu, dia juga mengikuti semua kelas-kelas yang disediakan secara dalam talian.

    “Bagusnya program ini sebab saya boleh mengikuti kelas sambil bekerja, malah saya boleh belajar tanpa mengikuti kelas secara fizikal.

    “Andai kata kita tertinggal kelas, boleh lihat semula rakaman melalui pelbagai platform media,” kata pesara ahli geologi itu kepada Sinar Harian pada Rabu.

    Mahani yang berasal dari Kajang berkata, dia juga tidak sabar untuk menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bakal berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu ini.

    Menurutnya, perkongsian sepanjang penyertaan dalam program tersebut banyak memberi manfaat dan perubahan kepada dirinya.

    “Signifikasi My #QuranTime ini bagi saya satu program yang dapat memberi ilmu mengenai al-Quran. Sebelum ini kita hanya membaca tetapi tidak tahu apa maksud dalam setiap ayat.

    “Bila ada program seperti ini, kita tambahkan lagi pengetahuan, selain membaca tafsir dan tadabbur al-Quran.

    “Cuma baca, faham dan amal. Kita faham dan gunakan pemahaman tersebut untuk kebaikan kehidupan seharian,” ujarnya.

    Sumber