Category: ATTRACTION

  • The Ultimate Photography Companion: vivo V27’s IMX766V Sensor and Aura Light Portrait

    The Ultimate Photography Companion: vivo V27’s IMX766V Sensor and Aura Light Portrait

    The vivo V27, the newest model in the vivo V series, will go on sale in Malaysia on March 30, 2023. The vivo V27’s photography capabilities are another outstanding feature in addition to vivo’s unique color-changing design.

    vivo V27 is equipped with IMX 766V flagship sensor and Aura Light Portrait system that allow users to capture stunning night portraits. vivo builds an aura light using nanoscale light guide technology on the vivo V27 that is inspired by the common ring light. The vivo V27 Aura Light Portrait system, in contrast to the typical ring light, emits harsh flash, providing gentle glow and intelligently adjusts the light brightness in accordance with ambient light. vivo V27 is capable in transforming any environment into a studio-like setting to showcase beauty of the users through the camera lens.

    The Sony IMX766V sensor, which was previously exclusive to vivo flagship models, is also included in the vivo V27. The sensor size has increased by 59% in comparison to the previous generation, reaching a size of 1/1.56 inches. In order to make nighttime photos appear more vivid and dazzling, optical image stabilisation (OIS) lengthens exposure and increases light intake by six times.

    As for the front cameras, the vivo V27 comes with 50MP front camera that has Auto Focus (AF) with improved focus algorithm, resulting in faster focus and sharper selfies that look more distinctive, vibrant and full of fine details.

    vivo V27 is available for pre-order now until 31 March at any vivo concept store. Consumers who purchase vivo V27 12+256GB are entitled for free gifts worth up to RM1097. For more information, follow vivo Malaysia’s official Facebook Page.

  • SOMETHING HOT IS BREWING AND WILL BE UNVEILED IN MALAYSIA SOON

    SOMETHING HOT IS BREWING AND WILL BE UNVEILED IN MALAYSIA SOON

    According to Counterpoint Research[1], Infinix had successfully accomplished and was acknowledged as the greatest gainer in 2022 amid many other competing brands that had either had a fall in growth or had experienced no change from 2021. Infinix has big plans for the smartphone market this year, starting with the soon-to-be-released series that will provide Xfans across the country with high-caliber performance and uninterrupted gameplay.

    Infinix has adapted innovative and advanced features that are quite the upgrade from their predecessors. Malaysians can expect upgrades to the device’s processor, charging speed, screen and visual performance at a competitive price.

    Fans will be thrilled to know that the series features 33W fast charging technology, enabling the phone to charge up to 55% in just 30 minutes. In terms of display and visual performance, it has a 6.78-inch perforated screen with 1080P high resolution, 90Hz high refresh rate, and 270Hz touch sampling rate.


    Stay tuned for more information and updates about this soon to be launched series and kindly check out Infinix Malaysia’s Official website, Facebook page, TikTok channel and Instagram page.

  • SESI WALKABOUT PENIAGA DI BAZAR RAMADAN RAHMAH (BRR) NEGERI PAHANG

    Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah melakukan sesi walkabout peniaga di Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan, Pahang diiringi bersama YB Sim Chon Siang, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Pahang dan YH Dato’ Hamdan bin Hussin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan.

    Bazar Ramadan Rahmah (BRR) merupakan inisiatif terbaru KPDN untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar. Ini termasuklah dengan mengalakkan peniaga bagi menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan/ produk yang seimbang berteraskan Menu RAHMAH kepada pengunjung yang datang ke Bazar Ramadan pada tahun ini. Untuk makluman juga, sekurang-kurangnya 30% peniaga menawarkan Menu RAHMAH sebagai pilihan kepada pengunjung BRR.

    Bagi Negeri Pahang, 2 lokasi BRR telah menyertai inisiatif ini iaitu Bazar Ramadan Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan dan Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh. Manakala, Pelancaran BRR seluruh negara akan disempurnakan oleh YB Menteri KPDN pada 27 Mac 2023 di Putrajaya.

    Pada masa yang sama, KPDN juga meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative – ReDI) dengan pemberian insentif e-tunai kepada pengguna/ peniaga dalam bentuk e-wallet dengan kerjasama rakan penyedia di BRR tersebut tertakluk kepada 1,000 pengguna terawal. Bagi BRR Mahkota Square (Taman Kerang), Kuantan, tarikh pemberian insentif yang ditetapkan adalah sebanyak tiga (3) kali iaitu pada 25 Mac, 10 April dan 15 April 2023. Manakala bagi BRR Lurah Semantan, Temerloh, tarikh pemberian insentif yang ditetapkan juga sebanyak tiga (3) kali iaitu pada 31 Mac, 7 April dan 14 April 2023.

    KPDN Negeri merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Perbandaran Temerloh di atas komitmen yang sangat baik sepanjang menjayakan inisiatif BRR dan ReDI ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di Pahang di samping meningkatkan pendapatan para peniaga di sini.

  • PENDUDUK JERANTUT BOLEH BERJIMAT SEHINGGA 30% MELALUI PROGRAM JUALAN RAHMAH DI ECONSAVE, JERANTUT, PAHANG

    Sehubungan dengan Program Jualan RAHMAH, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah mengadakan walkabout di Pasaraya Econsave Jerantut.

    Penduduk Jerantut boleh berjimat dan dapat mengurangkan kos belanja barang dapur dengan adanya Jualan RAHMAH ini di mana ayam standard bersih dijual pada harga RM7.99 sekilogram berbanding harga siling iaitu RM9.40 sekilogram. Manakala Telur Gred C pula dijual pada harga RM10.00 sepapan berbanding harga siling RM12.30 sepapan.

    Lain-lain barang yang turut dijual pada harga yang menjimatkan antara 10%-30% lebih murah dari harga semasa setempat adalah:

    a. Ikan;

    b. Sayur-sayuran;

    c. Minyak masak;

    d. Gula;

    e. Tepung;

    f. Beras; dan

    g. Barangan yang telah diproses.

    Setakat ini, Jualan RAHMAH telah dilaksanakan di 134 lokasi merangkumi 29 Kawasan Parlimen di seluruh negara. Pejabat KPDN Negeri Pahang komited untuk memperluaskan program Jualan RAHMAH ini ke semua Parlimen di Negeri Pahang secara berperingkat.

    KPDN menyeru supaya lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasaraya supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi menjayakan aspirasi ini.

    KPDN ingin mengajak semua rakyat setempat khususnya pengguna di Jerantut untuk datang beramai-ramai berbelanja di Jualan RAHMAH di mana Inisiatif Payung RAHMAH dilaksanakan sebagai sebahagian dari usaha membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.

  • JUALAN RAHMAH HARI RAYA BERSAMA SABELLA

    Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH bersama SABELLA telah dijalankan di HQ SABELLA Holding Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor, dan telah disempurnakan secara rasmi oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

    Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH oleh SABELLA ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan bermula pada 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. Jualan RAHMAH Bersama SABELLA ini merangkumi pelbagai produk pakaian sedia ada untuk dipakai terus (ready to wear) seperti baju kurung, blaus, tudung dan banyak lagi yang masingmasing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 71% berbanding harga jualan murah sedia ada.

    Untuk pengetahuan, bagi Jualan RAHMAH ini, SABELLA akan mengeluarkan sejumlah 700,000 pasang produk pakaian dengan harga bermula serendah RM 8.00 dan ianya boleh didapati di 6 lokasi terpilih iaitu:

    1. Sabella HQ, Batu Caves, Selangor;
    2. Dewan Kg Melayu Majidee, Johor Bharu, Johor;
    3. Dewan Teratai, Shah Alam, Selangor;
    4. Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, kedah (13/4/2023- 20/4/2023);Mydin Tunjong KB, Kota Bharu, Kelantan; dan
    5. Dewan TER,Kuala Terengganu, Terengganu.

    KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh SABELLA ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan kualiti material pada setiap produk. Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.

    Selaras dgn hasrat kerajaan untuk mendaya upakan rakyat dalam menjana pendapatan bagi mengurangkan kos sara hidup yang makin meningkat, SABELLA turut memperkasa 250,000 orang ‘dropship’ yang majoritinya terdiri daripada suri rumah golongan B40 di seluruh Malaysia.

    KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

    Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang 3 berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

  • JUALAN RAHMAH HARI RAYA 99 SPEEDMART : BARANGAN ASAS PADA HARGA MAMPU MILIK

    99 Speed ​​Mart Cawangan Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH bersama 99 Speed ​​Mart Sdn Bhd.

    Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di seluruh 2,300 cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan selama sebulan mulai 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023. Jualan ini melibatkan sebanyak 150 pelbagai produk barangan asas dan perlu seperti beras, susu tin, air minuman, ketupat mini, kordial, barangan pencuci, mentega, biksut raya dan sebagainya yang masing-masing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 40% berbanding harga jualan murah sedia ada.

    KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh 99 Speed Mart ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

    KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

    Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

  • OPS TIRIS – 5,000 LITER MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DIRAMPAS PENGUAT KUASA KPDN

    Pada 21 Mac 2023, serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas sebuah bangunan tidak dikenali di Semenyih, Selangor yang disyaki digunakan sebagai stor penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi berjaya menumpaskan. daripada aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi melalui OPS TIRIS.

    Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 9.30 malam itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan oleh pihak KPDN selama beberapa hari sebelum serbuan.

    Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 5,000 liter serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

    Minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah 2 disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 13,250.00.

    Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.

    Berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 21 Mac 2023, sebanyak 2,582 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 69 kes telah dihasilkan yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 1.27 juta.

    KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

    Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

    Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

    KPDN akan mempergiatkan operasi ke atas pihak-pihak lain yang terlibat melalui proses pengauditan bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ketirisan dan penyelewengan ke atas barangan kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak diesel ini dapat dibanteras daripada terus berleluasa.

    KPDN juga ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini. Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di 4 Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

    Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan Negara

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

    1. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    2. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my
    3. Call Centre 1-800-886-800
    4. E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my)
    5. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
    6. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245
  • Program Kongsi Rezeki Ramadan

    Program Kongsi Rezeki Ramadan

    Program Perkongsian Rezeki Ramadan telah menyediakan dan akan terus mengagihkan 3,000 kotak juadah sarapan pagi kepada golongan asnaf khususnya kepada anak-anak yatim dan pelajar institusi pengajian tinggi sepanjang bulan Ramadan ini.

    Pengagihan pek berbuka puasa itu telah bermula pada 1 Ramadan melibatkan 200 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi, Selangor.

    Menu yang disajikan adalah berkhasiat dan berkualiti bagi memastikan golongan asnaf benar-benar dapat menikmati juadah yang enak ketika berbuka puasa.

    Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, program ini diadakan bagi memastikan golongan asnaf tidak terpinggir dan dapat merasai nikmat ketika berbuka.

    “Di saat kita mampu membeli pelbagai juadah berbuka dan menikmati makanan yang lazat, masih ada lagi mereka yang tidak bernasib baik.

    “Menginsafi hal ini, Program Kongsi Rezeki Ramadan menyediakan juadah berbuka berupa pek makanan kepada golongan fakir miskin dan Asnaf melalui pengagihan secara reach out kepada golongan sasar, ” kata Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata demikian ketika menyantuni dan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada pelajar-pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat di sini hari ini.

    Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri, program ini juga memupuk dan menyuburkan semangat Keluarga Malaysia, untuk saling bantu membantu khususnya terhadap golongan memerlukan di bulan yang mulia ini.

    Pada hari ini, sebanyak 100 pek makanan di agihkan kepada pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan 120 pek makanan kepada penghuni Rumah Limpahan Kasih yang beroperasi di Puchong, Selangor.

    Dari jumlah 3,000 pek makanan yang diagihkan sepanjang Ramadan, sebanyak 500 diperuntukkan kepada petugas keselamatan.

    Sumbangan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban pengawal keselamatan yang berpendapatan rendah.

  • 313 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN KOTAK MAKANAN DAN WANG TUNAI SEMPENA BANTUAN PASCA BANJIR DAERAH ROMPIN

    313 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN KOTAK MAKANAN DAN WANG TUNAI SEMPENA BANTUAN PASCA BANJIR DAERAH ROMPIN

    313 isi rumah di Rompin yang dilanda banjir baru-baru ini diberikan bekalan dan wang tunai berjumlah RM72,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

    Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh (gambar) dalam kenyataan berkata sumbangan pasca banjir itu bertujuan meringankan beban mereka yang telah ditimpa bencana.

    Beliau berkata ia disampaikan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di kampung Orang Asli dan kampung tradisi antaranya Kampung Bukit Serok, Kampung Meripoh, Kampung Rekoh, Kampung Perwira Jaya, Kampung Lubok Batu selain Kampung Gadak.

    Katanya Bakul Rahmah itu disumbangkan oleh Rakan Strategik KPDN antaranya Yayasan Food Bank Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, manakala wang tunai disumbangkan oleh Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Takwa.

    “Sejak banjir melanda pada 1 Mac lepas, KPDN menerusi pejabat KPDN Pahang telah menghulurkan bantuan kepada 837 mangsa banjir di Pahang melibatkan kawasan Chini (Pekan), Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin. Sejumlah 800 bungkusan sumbangan bantuan Food Bank dan Bakul Rahmah disampaikan kepada mereka yang terkesan akibat musibah ini,” katanya.

    Selain itu, menurut Fuziah sepanjang berlakunya banjir Sekretariat Food Bank Malaysia bersama Rakan-Rakan Strategik Utama program Bakul Rahmah telah mengagihkan sumbangan berbentuk makanan sedia dimakan dan keperluan diri kepada mangsa yang terlibat.

    Menurutnya bantuan diagihkan kepada mangsa yang ditempatkan di 41 buah Pusat Penempatan Sementara di lima negeri iaitu Terengganu, Perak, Pahang, Johor dan Kelantan.

  • TV9 ajak ummah bersama martabatkan al-Quran

    TV9 ajak ummah bersama martabatkan al-Quran

    SHAH ALAM – TV9 di bawah Media Prima Berhad memberi sokongan dan bersama mengambil tanggungjawab untuk mengajak orang ramai menyertai World #QuranHour yang diadakan secara serentak di seluruh dunia pada 13 April ini bersamaan 22 Ramadan 1444H.

    Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman berkata, penganjuran World #Quran Hour adalah sangat berketepatan dengan objektif untuk menyampaikan mesej kepada umat Islam untuk bersama bersoladiriti dalam memartabatkan al-Quran dan menghayati makna di sebalik ayat-ayat al-Quran.

    Makna di sebalik ayat-ayat al-Quran merupakan asas hala tuju manusia yang seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian atau lebih dikenali sebagai kitab asas kehidupan umat Islam.

    “Pihak TV9 bertanggungjawab untuk menjemput orang ramai turut sama memeriahkan World #QuranHour di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau di lokasi masing-masing untuk membaca dan bertadabur al-Quran pada hari tersebut.

    “Sempena Ramadan yang mulia ini, TV9 berbesar hati dalam menyebarkan aktiviti dakwah ini. Semoga kita dapat menyampaikan mesej kepada komuniti al-Quran yang lebih besar dan menarik minat orang ramai untuk mendekatkan diri dengan al-Quran setiap hari,” katanya.

    Ditanya mengenai misi Surah Al-Insan yang membawa tema “Memanusiakan manusia” pada World #QuranHour 1444H, Khairunnisa berpendapat, sifat kemanusiaan semakin terhakis hari ini disebabkan kurang pengetahuan dan penghayatan manusia mengenai agama Islam.

    Beliau berkata, umat Islam seharusnya perlu menjadi khalifah dalam menyebarkan agama Islam dan menunjukkan contoh akhlak umat Islam yang sebenar kepada bangsa lain.

    “Dengan memahami dan menghayati mesej ALLAH melalui al-Quran, ia mampu mendidik hati manusia untuk saling menghormati dan menjaga kata-kata terutamanya di platform media sosial.

    “Kebanyakan umat Islam sibuk dengan urusan pekerjaan dan tanggungjawab masing-masing, sehingga kurang masa untuk membaca dan memahami al-Quran.

    “Oleh itu, program berpandukan al-Quran mampu mendekatkan umat Islam untuk berinteraksi di mana sahaja melalui medium TV, media sosial, dan di studio untuk mendapatkan ilmu daripada asatizah yang bertauliah,” katanya.

    Sementara itu, TV9 menjadi stesen televisyen pertama yang menayangkan program My #QuranTime 2.0 yang dibawakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui dana Tabung Gerakan Al-Quran bermula 5 Februari lalu.

    Khairunnisa berkata, ia merupakan tanggungjawab TV9 untuk memartabatkan program dakwah dan menyebarkan kepada lebih ramai penonton.

    Katanya, TV9 menayangkan My #QuranTime 2.0 pada pukul 12 hingga 1 tengah hari dan ulang siar pada pukul 4.30 pagi dan juga secara digital di TV9 di platform tonton.

    Beliau berharap program seperti ini akan mendapat sambutan lebih ramai penonton, mudah difahami dan lebih penghayatan oleh penonton.

    “Alhamdulillah, penerimaan terhadap My #QuranTime sangat positif dan menerusi platform media sosial. Penonton sangat berterima kasih kerana TV9 menayangkan My #QuranTime di TV penyiaran percuma. Ini memudahkan mereka untuk mempelajari al-Quran di hadapan kaca TV di rumah atau di mana sahaja mereka berada melalui aplikasi Tonton Live.”

    “TV9 ingin menjadi suara bagi setiap komuniti yang ingin membicara sesuatu isu atau permasalahan yang perlu diutarakan kepada pihak yang berwajib iaitu melalui berita terawal iaitu Buletin TV9.

    “Melalui platform Buletin TV9, ia dapat mendekatkan TV9 dengan pelbagai isu rakyat dan kami cuba mencari penyelesaian dan membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Selain itu, TV9 juga ingin menjadi pusat untuk masyarakat mendapatkan makanan kerohanian melalui program seperti Tanyalah Ustaz, My #QuranTime,” katanya.

    Ditanya mengenai cabaran sebagai peneraju TV9, beliau berkata, program kemasyarakatan perlu diberi nafas baru supaya menarik minat penonton untuk kekal menonton. Cabaran utama TV9 adalah meraih perhatian serta kekal relevan dalam menyampaikan mesej positif kepada masyarakat melalui pelbagai platform dan program.

    “Kami di TV9 sentiasa ingin mencari pendekatan dalam mendekatkan diri dengan masyarakat melalui kempen-kempen yang dapat membantu masyarakat dalam menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.

    “Besar harapan kami di TV9 agar program-program agama seperti ini mendapat tempat di hati penonton dan suatu hari nanti akan menjadi genre Nombor 1 di Malaysia dan lebih hebat daripada lambakan program-program hiburan,” katanya lagi.

    Melalui World #QuranHour, al-Quran menjadi tali penghubung dan solusi umat Islam di seluruh dunia. Kerjasama sinergi media Malaysia termasuk TV9 dan lain organisasi media dalam menjayakan kempen #QuranHour sejak lapan tahun lalu agar dapat diteruskan dalam membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah.

    Orang ramai yang ingin menjadi peserta World #QuranHour, sila daftar https://bit.ly/KEHADIRANWQH1444H2023. Untuk mendaftar sebagai penganjur di lokasi masing-masing, sila klik di: https://bit.ly/HOTSPOTWQH2023

    Sumber