BOLEHKAH AQEESH PESERTA TERPALING MUDA MENJADI TERPALING JUARA ?

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian > ATTRACTION > BOLEHKAH AQEESH PESERTA TERPALING MUDA MENJADI TERPALING JUARA ?

BOLEHKAH AQEESH PESERTA TERPALING MUDA MENJADI TERPALING JUARA ?

Hakikat bahawa bintang baru ini adalah peserta termuda bukan penghalang. Memandangkan bintangnya bersinar dan dia mempunyai pengalaman luar biasa untuk seseorang seusianya untuk terus mencabar dirinya dan memikat penonton, Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18) yakin dia boleh memerintah pentas.

Aqeesh pernah menjuarai sebuah pertandingan nyanyian sejak berumur 9 tahun dan telah mempunyai single pertamanya pada usia 14 tahun. Namun Aqeesh akui dirinya masih mentah dan banyak lagi yang harus dipelajari olehnya. Dengan penglibatan memasuki TERPALING JUARA memberi peluang kepada Aqeesh untuk memperbaiki ke arah menjadi yang lebih baik dan mengambil peluang sebagai masa untuknya mempelajari segala tips dan nasihat oleh kaptennya, Akim Ahmad. 

Beliau sangat gembira dan teruja dapat bekerja bersama Kapten Akim, kerana amat meminati beliau, suka suaranya dan pembawaan jiwa beliau di dalam sesebuah lagu, menurut Aqeesh yang amat berbesar hati dipilih sebagai anak didik kepada Kapten Akim. Aqeesh mengharapkan dengan bantuan Kapten Akim membolehkan agar dirinya menjadi seorang penyanyi profesional dan dapat memberikan persembahan yang berkualiti. 

Aqeesh telah menunjukkan penambahbaikan dengan prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu dan berjaya membawa pelbagai genre lagu seperti pop dance, rock, dan balada. Beliau juga  turut menerima pujian dan sokongan yang tinggi daripada netizen malahan dari juri tetap seperti Dato Hattan yang menyukai persembahannya. Antara komen Dato Hattan, “Saya suka semangat awak, awak mempunyai suara yang sangat powerful jika diasah lagi awak ada potensi” yang dibuat pada minggu ketiga program ini.  Di minggu keempat pula Dato Hattan menyatakan bahawa “Nada pitch awak sangat kuat, awak boleh pergi sangat jauh dalam industri ini.”

Dapatkah Aqeesh membuktikan kebolehannya dan melengkapkan kemenangan pasukan Kapten Akim untuk Persembahan Terpaling Padu apabila minggu sebelumnya rakan senior sepasukannya Hazami telah merangkul gelaran ini? Saksikan TERPALING JUARA Ahad ini ,18 September 2022, pukul 9.00 malam, bersiaran langsung di Studio Sri Pentas 2, Shah Alam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.