Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020 Pencetus Pembikinan Lagu Nasyid Baharu

Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020 Pencetus Pembikinan Lagu Nasyid Baharu

KUALA LUMPUR -YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad AlBakri yang merupakan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) telah memberi saranan supaya memartabatkan industri nasyid di Malaysia. Justeru, pihak IKIM menyahut saranan YB Zulkifli AlBakri dengan menganjurkan Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020 yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2020.

Dengan memasukkan unsur- unsur murni seperti ILMU, HIKMAH, ADAB, AMANAH, ADIL, TAQWA dan BENAR dalam penciptaan lagu baharu sewaktu anugerah oleh 7 orang penerbit lagu, 7 orang penulis lirik, 7 orang penyusun lagu serta 7 kumpulan nasyid. Malah ia adalah julung – julung kali diadakan secara talian dan akan diabadikan di dalam buku notasi muzik sebagai rujukan dan koleksi.

Antara penerbit terkenal iaitu Hafiz Hamidun, Azmee Abdul Manap, Muhammad Yasin Sulaiman, Ikhwan Fatanna, Fuad Zabidi dan ramai lagi.Manakala penyanyi yang akan terlibat adalah Rabbani, Hijjaz, Inteam dan ramai lagi.

Dengan berkembangnya media sosial, IKIM berharap Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) ini bakal mendapat tempat di hati penonton dan penggemar muzik nasyid. Pada jam 9 malam 20 Disember 2020, APNI bakal mampu di akses melalui empat platform iaitu TV IKIM, Youtube, FB IKIM dan juga boleh didengar di Radio IKIM.