Ambank sedia bantuan pembayaran semula, lanjutan moratorium

AMBANK menawarkan bantuan pembayaran semula dan lanjutan moratorium kepada individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas berakhirnya moratorium pada 30 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, bank komited membantu pelanggan ketika mereka memerlukan.

“Program ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu serta pekerja yang dikurangkan gaji.

“Kami sedang menerima permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman daripada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, bantuan turut diperluaskan kepada usahawan PKS tempatan.

“Kami faham banyak perniagaan terjejas terus akibat penularan koronavirus (Covid-19).

“Justeru, pelanggan boleh menghubungi pasukan perkhidmatan dan pegawai kami untuk mendapatkan bantuan,” katanya.



Sumber