4 FILEM BOX-OFFICE TERBAIK CERIAKAN MALAM MINGGU ANDA!

4 FILEM BOX-OFFICE TERBAIK CERIAKAN MALAM MINGGU ANDA!

Luangkan hujung minggu anda bersama keluarga ataupun rakan serumah dengan menyaksikan 4 filem box-office terbaik dan berkualiti pada setiap Ahad, pukul 9:00 malam hingga 11:30 malam sepanjang bulan Ogos ini.  Filem-filem yang disusunkan khas buat penonton setia TV3 ini juga pernah dicalon dan juga merangkul anugerah tempatan dan antarabangsa seperti People’s Choice Awards, Asian Film Awards, International Indian Film Academy (IIFA) dan Zee Cine Awards..

Now You See Me 2 (8 Ogos 2021)

Filem ilusi hebat Now I Can See Me 2 ini mengisahkan sekumpulan ahli silap mata iaitu The Four Horsemen dan seorang FBI cuba merungkai beberapa kes misteri. Mereka  berhadapan dengan masalah sebaik tiba di Macau. Ejen FBI Dylan (Mark Ruffalo) ingin mencari jawapan kepada kematian bapanya Liona Shrike yang mati ketika membuat pertunjukan silap mata. Dia mengesyaki Thaddeus Bradley (Morgan Freeman) penyebab kepada kematian bapanya. Pada masa yang sama kumpulan ini cuba  menyelesaikan kes kecurian yang berlaku 30 tahun lalu dan melibatkan anak Arthur Tressler iaitu Walter Mabry (Daniel Radcliffe). Namun mereka berhadapan dengan masalah besar sebaik tiba di Macau, China. Adakah mereka berjaya merealisasikan misi mereka dan berhadapan dengan kelicikan Walter?

Bajirao Mastani (15 Ogos 2021)

Filem epik romantis sejarah ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk barisan pelakonnya. Antaranya adalah Anugerah Filem Asia 2016 dan International Indian Film Academy 2016 (IIFA) dan Filmfare Award. Filem ini mengisahkan tentang cinta tiga antara Perdana Menteri dari empayar Maratha di kurun 18, iaitu Bajirao (Ranveer Singh), isteri pertama Kashibai (Priyanka Chopra) dan isteri kedua Mastani (Deepika Padukone). Mastani seorang wanita cantik dan cekal, sentiasa menyertai peperangan yang dipimpin oleh suaminya. Kelebihan yang dimiliki Mastani membuatkan Bajirao memberikan lebih perhatian kepada Mastani dan telah menimbulkan perasaan iri hati Kashibai. 

The Foreigner (22 Ogos 2021)

Kejayaan Jackie Chan dalam membawa watak yang berlainan daripada filem-filem sebelum ini membuktikan beliau seorang pelakon versatil. Kali ini Jackie Chan bekerjasama dengan pengarah terkenal Martin Campbell dalam menghasilkan The Foreigner. Kisah bermula apabila Quan Ngoc Minh (Jackie Chan) nekad membalas dendam atas kematian anak perempuannya Fan (Katie Leung), berusia 15 tahun akibat serangan bom pengganas di kota London. Quan merupakan bekas tentera Vietnam dan berbekalkan pengalaman, dia nekad untuk menjejak pengganas dengan usaha sendiri apabila tidak mendapat kerjasama daripada Timbalan Menteri Ireland, Liam Hennessy (Pierce Brosnan)  

Helios  (29 Ogos 2021)

Filem thriller jenayah ini menggabungkan pelakon-pelakon dari Hong Kong, China, Taiwan dan Korea Selatan. Kisah bermula apabila pihak polis mencari penjenayah paling dikehendaki iaitu Helios (Chang Chen) dan pembantunya Messenger (Janice Man) kerana merampas peranti nuklear untuk dijual di pasaran gelap di Hong Kong. Ini telah menimbulkan krisis antarabangsa. Pasukan kecemasan ditubuhkan dan dianggotai oleh pakar-pakar dari 3 negara China, Hong Kong dan Korea Selatan. Antaranya ialah Ketua Inspektor Eric Lee Yan-Ming (Nick Cheung) dari Unit Tindak Keganasan, pegawai kanan Song An dari China (Wang Xueqi), dan dua pakar senjata Korea Selatan Choi Min-ho (Ji Jin-hee) dan Park Woo-Cheol (Choi Siwon). Kes ini turut dibantu oleh Profesor Fizik Siu Chi-yan (Jacky Cheung) dari Universiti Hong Kong yang bertindak sebagai penasihat khas untuk operasi tersebut.

Jangan lupa temujanji anda bersama kami setiap Ahad pada pukul 9:00 malam sepanjang Ogos ini! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.