12 PASANGAN IDEAL BERTARUNG DI PENTAS LCK2

12 PASANGAN IDEAL BERTARUNG DI PENTAS LCK2

Selepas 3 episod, program ‘music dating’ Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) yang diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’ telah menemui 12 pasangan duet yang serasi! Mereka bakal berentap di pentas LCK2 untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. 

Sedia maklum bahawa para peserta tidak mengenali pasangan masing-masing dan dipasangkan berdasarkan pilihan lagu yang sama. Hanya mendengar suara di sesi latihan, para peserta perlu bijak mencari keserasian dan memberikan persembahan dengan harmoni selepas mendengar tone nyanyian masing-masing.

Enam pasangan duet yang bertanding di LCK2 episod 3 ialah Zhafri & Lopes (Sandarkan Pada Kenangan), Syazwan & Shahida (Sampai Ke Hari Tua), Aiman & Nadja (Bunga – Bunga Cinta), Syahmi & Yazmin (Cinta Luar Biasa), Indra & Farah (Belaian Jiwa) dan Khareez & Nadeera (Kaulah Segalanya). Empat pasangan duet berjaya mara ke pusingan seterusnya, manakala dua pasangan terpaksa disingkirkan iaitu Syazwan & Shahida dan Aiman & Nadja. 

Pasangan duet pertama, Zhafri & Lopes telah memilih lagu ‘Sandarkan Pada Kenangan’. Sebagai penyanyi asal kepada lagu ini, Siti Sarah memuji persembahan mereka kerana tak ada persamaan dan dapat membawa lagu itu dengan gaya sendiri. Oleh kerana terlalu melayan persembahan itu, Siti Sarah hampir terlupa nak tekan buzzer

Syazwan & Shahida terserlah keserasian dari segi ketrampilan. Sayangnya Syazwan mempunyai masalah pitching dan gagal harmonize lagu tersebut walaupun dia mempunyai tone suara yang cantik. Gagal mencipta keserasian dalam persembahan duet itu menjadi punca mereka berdua tersingkir apabila gagal menambat hati Mas Idayu dan Siti Sarah. 

Aiman & Nadja tidak mendapat sebarang undian daripada ketiga-tiga juri cinta menerusi persembahan lagu popular Misha Omar, ‘Bunga-bunga Cinta’. Mas Idayu memberi komen hanya Aiman yang menonjol dan suara Nadja terus tenggelam kerana menukar kepada key rendah. Siti Sarah juga berpendapat apabila key diturunkan, nyanyian Nadja terlalu mendatar dan Nadja harus ada inisiatif untuk tukarkan melodi. Hazama juga bersetuju bahawa tak nampak kekuatan Nadja dalam lagu itu dan suara mereka tak ‘blend’

Syahmi & Yazmin berjaya menunjukkan cinta luar biasa mereka apabila pentas bercantum. Hazama berkata bahawa dia dapat melihat pasangan ini sudah bersedia, mereka membuat persiapan dengan menyampaikan lagu ini dalam dwibahasa. Mas Idayu juga sangat suka dengan keserasian mereka di atas pentas dan vokal tetapi energi Syahmi kurang ketika di atas pentas, dia perlu memperbaiki kelemahan itu. 

Pentas Farah & Indra bercantum di saat-saat akhir kerana Mas Idayu menekan buzzer di hujung persembahan. Sebenarnya Mas Idayu tidak memberikan undian tetapi dia bersetuju dengan pilihan Siti Sarah dan Hazama dimana kekuatan pada Farah & Indra ialah keserasian. Mereka berdua perlu memperbaiki vokal. Pandangan pertama pada Farah & Indra menyakinkan Hazama bahawa mereka berdua sesuai sebagai pasangan duet  dan berjaya membawakan lagu solo secara berduet 

Khareez & Nadeera, pasangan duet yang tampil sebagai peserta terakhir berjaya mendapat komen-komen hebat daripada panel juri. Adakah mereka mampu menandingi 8 pasangan duet yang lain? Anda perlu terus menonton LCK2 untuk mengetahui pasangan manakah yang bergelar juara di musim ini. 12 pasangan duet yang meneruskan perjuangan dalam perjalanan LCK2 ialah Kael & Evie, Amir & Balqis, Syafiq & Serra, Hariz & Mafa, Ariff & Hidayah, Fariq & Mina, Adly & Darling, Mya & Iss Arffan, Zhafri & Lopes, Syahmi & Yazmin, Indra & Farah dan Khareez & Nadeera.